Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 September 2009

UBAHSUAI :Awas Perangkap Penipuan di Pasaraya Besar.

Hari ini Mazidul cerita tajuk ubahsuai.... http://mazidulakmal.blogspot.com/. Saya juga hendak cerita ubahsuai, saya hampir terpedaya kerana ubahsuai ini.

.Semalam saya singgah membeli barang keperluan di salah sebuah pasaraya besar di Kulai, Johor. Saya tertarik dengan harga susu pekat manis jenama pasaraya berkenaan (sekarang ada barang yang guna nama jenama pararaya masing-masing). Harga satu tin susu RM 1.79 manakala di sebelahnya ada 6 tin susu yang yang sama dalam paket plastik meletakkan harga RM 9.99. Sebelum beli, saya kira 9.99 bahagi 6 bermakna RM 1.665 setin, saya fikir harganya murah.
.
Jadi saya ambil susu  bersalut plastik jernih yang saya kira harganya 9.99 saya ambil 3, bermakna saya dapat 18 tin susu. Saya mencongak anggaran yang saya perlu bayar adalah RM 30, tidak lebih dari itu. Selepas itu saya juga beli barang lain seperti minyak masak, gula, meehon dan sebagainya.
.
Waktu bayar, saya lihat harganya yang keluar bagi susu adalah RM 10.99 kali 3, jadi RM 32.97. Saya hairan kenapa lebih hampir RM 3. Saya bantah dan beritau juruwang,  harga yang saya lihat adalah RM 9.99, bukan 10.99. Kemudian datang seorang pekerja menjelaskan, harga RM 9.99 adalah harga setin-setin kali 6 tin, kalau yang sudah dalam salut plastik yang ada 6 tin, harganya RM 10.99. Bermakna kalau saya ambil yang tidak disalut sebanyak 18, baru saya dapat harga itu. Saya tak puashati dengan penjelasan itu dan saya kata saya akan buat bantahan kepada pihak berkuasa.

Kemudian dia terus menenangkan saya dengan mengambil sendiri 18 tin susu yang tidak bersalut dengan harga RM 9.99 kali 3. Dia sendiri yang angkat dengan troli untuk memujuk saya, ok saya setuju.
.
Persoalannya di sini, kenapa perlu letak harga RM 9.99 (betul-betul letak atas 6 tin susu yang bersalut plastik) kalau harga sebenar RM 10.99. Kedua, kenapa harga kalau beli satu tin susu lebih murah berbanding beli 6 tin. Kalau begitu lebih baik beli sikit, ingatkan beli satu paket lebih murah. Ketiga, takkanlah harga plastik jernih untuk menyalut 6 tin susu sampai RM 1, itu bukan mahal sangat, boleh dikoyakkan dengan tangan sahaja.
.
Saya tak tahu berapa ramai orang yang sudah tertipu dengan taktik ini kalau tidak lihat satu persatu harga waktu membayar. Dalam sehari, berapa ringgitkah hasil muslihat itu. Saya hampir terpedaya. Saya beli hingga 18 tin susu bertujuan untuk berjimat, mungkin sampai 1-2 bulan untuk buat teh tarik, tapi saya hampir tertipu.
.
Inilah dia sebahagian taktik pasaraya besar, pasaraya ini ada rangkaian seluruh dunia, pengusahanya orang luar. Sebelum ini di  sebuah pasaraya besar lain di Johor Bahru, saya tertarik dengan harga minuman Rebina RM 9.90, tapi masa nak bayar, saya terus beli 3 botol. Tapi masa bayar, keluar harga 12.90 beza 3 ringgit, kalau 3 botol sudah 9 ringgit. Bila saya bantah, dia kata itu harga semalam, hari ini sudah harga lain dan dia belum sempat tukar harga.
.
Untuk tenangkan saya, dia kasi juga harga RM 9.90, saya setuju. Persoalannya, sudah berapa ramai yang terpedaya, bukan semua orang perhatikan mesin waktu buat pembayaran. Lagi pun, kalau beli banyak barang, bukannya boleh ingat semua harga. AWAS, JANGAN TERPEDAYA

10 ulasan:

  1. emm..kalau semua org boleh macam ustaz..tak dapat lee pasar raya (besar)tu nak tipu kita lagi kan..hehe..ustaz ni berani ar..

    BalasPadam
  2. banyak kali juga perkara camni berlaku pada saya sebab saya ni jenis yang suka tengok harga pada skrin cashier tu. kalau nampak dia bagi harga lain dari yang sepatutnya, saya cancel terus barang tu.

    bagusla ustaz sound diorg camtu. ntah berapa ramai yang dah tertipu.

    BalasPadam
  3. untuk pengetahuan kekawan, benda sebegini selalu terjadi di mana2 pasaraya besar. saya & isteri juga mengalami pengalaman yang sama apabila melihat kembali resit pembayaran tidak sama dengan harga yang di telah paparkan.

    BalasPadam
  4. betul ustaz.. sy selalu kena..kat bandar kluang ni..dh 2 3 kali kena sy tinggal jer.. harga lari.. sy pun pernah tpon pjbt dia..buat aduan.sebagai pengguna ada hak. pgguna yg buat x kisah le yg menyebbkan peniaga berleluasa..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Saya juga pernah mengalami perkara seperti yang uztaz cerita. Suatu hari saya pergi kesebuah pasaraya besar ubtuk membeli sebuah vacuum. Harga tertera ialah RM129 tapi bila nak bayar dah jadi RM159. Saya tak puas hati dan tanya pada juruwang tapi dia tak dapat jawab. Saya suruh dia panggil supervisor dan saya kata saya nak beli dengan harga yang diiklankan. Selepas saya abuat "kecoh" sikit barulah diorang setuju untuk beri saya dengan harga seperti diiklankan. Oleh itu pastikan kita sentia melihat dimuka komputer juruwang sewaktu membuat bayaran.

    BalasPadam
  6. betul kata uztaz tu..sy pon prnh terkena..diaorg ni nk untung dgn cara menipu..kite sbg pengguna yg kna teliti..

    BalasPadam
  7. 2 hari lepas sy beli tin ambi pur di satu pasaraya. harga di pada tin RM9.90 ,mujur sy minta cashier cek dulu.. Rm13.90 rupanya. bila tanya, mudah jawapannya, belum letak harga baru.

    saya kata " harga di tin tu RM9.90 jadi sy berhak utk dapatkan harga tu" . mujurlah sorang lagi cashier cepat bertindak,dia scan barang lain yg harga 9.90 juga. Maka sy pun berjaya dapat harga tu.

    kita berhak dapat harga seperta tertera

    BalasPadam
  8. Kes harga di pamerkan dgn harga d scan berbeza memang banyak berlaku so berhati2. Nasihat saya...kalau harga masa scan tu mahal dari harga tertera atau walaupun dah bayar sekalipun maka kita berhak utk dapat harga yg d pamerkan. Sila buat aduan di counter service kalau depa tak layan buat laporan kpd Hal Ehwal Pengguna.

    BalasPadam
  9. sebagai seorang yg terpelajar n ada kedudukan,sepatutnya ustad boleh menyedarkan org ramai ,tanggung jawab sebagai seorg muslim ,sepatutnya tidak mengiyakan dan membawa ketengah kerana nilai yg kecil itu akan membuatkan org ramai tertipu .saya juga biasa jumpa perkara sebegini,jika ustad tidak guna kedudukan ustad susahla sbb ustad ramai kenal org,sepatutnya ustad gunakan kedudukan ustad untuk membawa ketengah perkara ni dan membantu org lain(nampaknya tanggungjawab ustad belom selesai,tanggung jawab ustad hanya untuk ustad saja tapi tidak untuk org lain dari segi moral dan keadilan)

    BalasPadam
  10. tuan...
    perkara seperti ini BIASA berlaku di pasaraya besar. Jadi, kita sebagai pengguna kena bertegas dan menggunakan hak sebagai pengguna untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan kita pula banyak sangat bertolak ansur ( budaya "takpe") mungkin kerana malas nak bertekak.Kesimpulannya kita kena peka terhadap penipuan seperti ini dan pandai mengambil peranan dalam menyelesaikannya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.