Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

16 September 2009

BAGAIMANA NAK MASAK NASI AYAM YANG SEDAP ?


Bagaimana untuk masak nasi ayam yang sedap ? Kena belajarlah cara masak nasi ayam yang betul. Bagaimana nak masak cara yang betul ? Kenalah datang kursus. Kenalah berkorban untuk keluar duit sendiri, bayar yuran kursus. Ok, tahun lepas, November 2008, saya hadir kursus masak nasi ayam dari sorang chef terkenal di Melaka. Chef tu bukan orang Melaka, tapi buat kursus merata tempat.

Dapat Iklan Melalui Akhbar

Sebelum tu saya baca akhbar, iklan dia berjaya menarik minat saya untuk hadir kursus tu. Iklan dia kata, bagaimana untuk menjadikan warna ayam bersinar dan menarik. Bagaimana menjadikan rasa ayam berperisa ? Bagaimana menjadikan ayam tidak keras tetapi lembut ? Bagaimana menjadikan ayam masak keseluruhannya ? Apakah jenis herba yang digunakan untuk masak nasi ayam ? dan lain-lain lagi.

Kat sini saya ajar sikit-sikit, tapi taknak ajar banyak ler, kalau nak, datang sendiri kursus. Lagi pun saya bukan chef, tukang masak pun bukan. Okey, saya ajar sikit-sikit jer. Gambar yang saya muatkan ni adalah gambar yang saya ambil curi-curi masa kursus tu.

Inilah dia apolllo untuk bakar ayam, boleh gantung dalam 16 ekor ayam sekali gus

Apollo ni mahal, harga dalam RM 1600, tapi cukup berguna dan tahan seumur hidup. Saya dah beli Apollo ni tapi dalam bentuk lain sikit secondhand RM 750.00
Ayam ni baru digantung, kejap lagi nak masuk dalam apollo
Ayam kena rendam dalam air yang dicampur pelbagai benda termasuk herba. Herba apa? taknak beritau kat sini
Dah rendam kena gantung ayam, cara gantung pun kena belajar beb, bukan suka-suka gantung je, tu gantung buai baby namanye
 Rebus ayam 10 saat saja untuk menanggalkan kulit, jangan rebus lama-lama, nanti rasa ayam hilang
benda apa ni ?
Chef tunjuk cara potong ayam yang betul, bukan pakai pangkong je

Amboi.. patut le ayam ni berkilat jadi warna merah, rupanya pakai gincu, ops bukan gincu....

Begitulah gambar yang saya ambil pakai telefon murah saya masa kursus tu. Saya bukan sembang kosong, saya dah ada sijil masak nasi ayam, dah tamat kursus.... Hehe, macam pandai sangat je, mentang-mentang dah datang kursus. Chef ni ajar bukan setakat masak ayam saja, tapi ajar keseluruhan iaitu masak nasi, kicap, lada dan sup. Maknanya lengkaplah belajar cara masak nasi ayam terutama kalau nak berniaga di kedai atau warung.

Selepas Kursus

Lepas saja kursus, masak sendiri tak berapa jadi sebab takde apollo, iaitu dapur untuk masak ayam tu. Saya guna minyak dan goreng saja tapi rasa dia tak sama. Lagipun banyak membazir minyak masak. Masa hari terbuka Hari Raya tahun lepas, ramai member opis datang rumah. Saya masak sendiri nasi ayam dah Char Kueh Tiau Penang (nanti lain kali kita cerita resepi ni). Ramai yang puji masakan saya, alhamdulillah. Ada juga yang tak percaya saya masak, dia ingat saya gurau-gurau, susah orang nak percaya rupanya. Lagipun, saya ni selalu cakap macam bergurau.

Bila saya pindah Kluang, alhamdulillah rumah kuarters saya besar, dan saya bercadang nak beli apollo. Dulu kat JB duduk rumah kondo,  tak sebesar mana, tak muat nak letak apollo tu. Saya tinjau-tinjau kat kedai, harga dia kalau dalam RM 1400- RM 1800, mahal tu. Saya tak putus asa, masa ada program berzanji kat Mersing saya ternampak kat kedai tepakai dia jual RM 750 secondhand tapi nampak macam baru, terus saya beli. Sekarang ada kat rumah. Jadi bulan Ramadhan ni, kalau takde majlis berbuka kat luar, saya masak nasi ayam sendiri.
Ini dia apollo yang saya beli kat Mersing

Masak ayam guna apollo ni mula-mula memang susah, dah lama tu pandailah. Betul pesanan chef, dia kata kali pertama dan kedua mesti tak jadi. Kalau tak ayam mentah, ayam rentung sebab kena biasakan dengan api dan masa. Alhamdulillah, sekarang saya dah berjaya masak, sekurang-kurang untuk makan sendiri.

NAK DATANG RUMAH, TEL DULU, NANTI SAYA MASAK NASI AYAM ATAU CHAR KUEH TIAU PENANG KALAU ADA MASA.

17 ulasan:

  1. ustaz minat memasak ke..??wahhh..siap beli apollo lak tu..hehe...

    BalasPadam
  2. ... Nak kata minat masak tu, tak jugalah, sekarang ni masa nak masak kurang. Tapi masak nasi ayam memang saya minat.... Sebelum ni, orang kenal ke apollo tu, saya pergi kursus baru tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcmne nk contact chef hazif 2..?sy dh lme nk bljar wt nasi ayam mcm 2..de web dia X?

      Padam
  3. ustaz..gambar yg ke7 tu adalah sejenis gula kan..kan kan kan....hehehe

    BalasPadam
  4. salam ustaz, ayah mas pandai masak nasi ayam, dia belajar dari kawan cina, susah gak cina tu nk agar, bila dah pandai ambik hati dia, baru dia ajarkan ayah mas...bahan2 dan cara buat nasi dan ayam memang sama mcm yg ustaz tunjuk...nasi ayam klu ayam bakar baru sedap, lembut jer isinya...kebanyakkan org kita greng ayam tu, sbb tu kurang sedappp...
    tentang apollo tu, ayah mas guna tong dram baru, dia tempah untuk dijadikan mcm tong apollo tu, masa bkr ayam memang kena pndai jga api, baru cantik ayam tu....
    dengan cara ni baru dapat nasi ayam yg sedapp kan ustaz...
    tersenyum mas menbaca entry ni sebab mas tahu macam mana sedappnya nasi ayam tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. gud idea,utk jimat kos,sama jgk mcm appolo,tapi tong drum lagi classic,like

      Padam
    2. gud idea,lagi jimat kos,walaupun tk nmpk cantik,tapi nampak classic,like

      Padam
  5. salam ustaz boleh tahu nama chef yang ajar ustaz nasi ayam hainan ni berminat nak belajar.tq

    BalasPadam
  6. saya tunggu hari khamis depan...tadi xdapat makan nasi lemak...dapat sambalnye aje...

    BalasPadam
  7. Bagus lelaki pun belajar masak, sekurang2nye mudah jugak bila isteri kursus, kerja luar kawasan, berpantang. Wah...boleh datang rumah ustaz rasa nasi ayam ye??? Apollo tu fungsi dia macam bakar dalam tempayan tu ke?

    BalasPadam
  8. as salam ustaz...boleh berkongsi nama chef yang ustaz belajar ..berminatlah Fauzi 0127115144

    BalasPadam
  9. saya naK BELAJAR buat nasi ayam ni kt mana??,,ni no fon sy,,011-15791606

    BalasPadam
  10. saya sangat berminat nak belajar masak nasi ayam ni..0135412101...hisham kk sabah

    BalasPadam
  11. Klu nk krusus buat nasi ayam mcmna ye?sy mmg org Kluang tp ddk kt Kl..sy mmg minat memasak..

    BalasPadam
  12. Kalau ayam je sedap nasi x sedap ..... Makan ayam aje..... Banyak pahala ustaz kalau btahu kami. rahsia

    BalasPadam
  13. Alahai..nmpk gmbar tgn chef tu kan..mmg sy tau dh sape...hehe.sy pun dh amik kursus tu tp smpai ni dok pegang sijil je la..xde modal nk on biz..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.