Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

20 September 2009

PETROL RON95 : KERETA SAYA JADI LEMBAB (Episod 2)


Saya memandu dari Kluang ke Temerloh melalui Segamat, Gemas dan Bahau. Keesokannya melalui jalan Jerangau-Jabur untuk ke Terengganu.Pemanduan agak mencabar kerana banyak selekoh dan bukit, ditambah dengan jumlah kenderaan yang meningkat. 

Memandu di sini memerlukan kesabaran,kepantasan dan merebut peluang untuk memotong kenderaan di hadapan. Sekali sekala perlu memotong di garisan berkembar serta selekoh dan memotong walaupun menyedari ada kenderaan di jalan bertentangan sebelah kanan kita. Ini memerlukan kenderaan yang pantas dan pemandu perlu membuat jangkaan yang tepat apa bila memotong.

Bagi kereta saya acord SM4 auto,petrol RON95 (petrol yang baru diperkenalkan) nampaknya agak lembab berbanding RON97 terutama apabila mula memucut untuk memotong setelah mengekori kenderaan. Diharapkan pemandu berhati-hati dan tidak memotong sesuka hati kerana kenderaan anda tidak mencapai kepantasan yang diharapkan. Beberapa kali juga kereta saya melahu  (rpm tinggi)sewaktu mula menekan minyak untuk memotong.
Ini boleh membahayakan kita sekiranya kita gagal membuat jangkaan sekingga kereta bertentangan semakin hampir dengan kita. Bagaimanapun, petrol RON95 ini tiada masalah untuk mencapai kelajuan yang diharapkan selepas berada dalam keadaan laju di lebuhraya dan jalan lurus.


 HATI-HATI DI JALAN RAYA, SELAMAT HARI RAYA.

"Jalan Segamat-Gemas,ada satu kemalangan berlaku beberapa saat sebelum saya tiba. Penunggang  motosikal masih lagi terbaring, kemudiannya diangkat. Alhamdulillah selamat, kecederaan tidak serius, mulanyanya saya sangka tak boleh bangun. Tiga lelaki berhenti membantu , inilah sikap dan amalam mulia, membantu orang dalam kesusahan. Semoga Allah membalas jasa kalian".

2 ulasan:

  1. Memang ramai yang complain pasal ron 95 buat kereta jadi lembab.. minyak low kualiti

    BalasPadam
  2. massukkan ubat gegat , masa zaman britisah dulu lori lori tentera buat begitu, ada sejenis bahan kimia yang dapat meningkatkan perstasi minyak tersebut. nisbah tuang RM10 masuk ubat gegat 2 biji ,enjin jadi senyap dan lancar . pikap pula meningkat dan jimat minyak. saya dan kawan kawan dah mencubanya selama 6 tahun. besttttt. tiada kesan sampingan pada enjin kereta . bau asap pun wangi.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.