Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Oktober 2009

BULUHMAS : LAMBANG ORANG KITA MUDAH DITIPU

Kalau anda lihat sticker bertulis BULUHMAS di belakang kereta, itulah lambang orang kita mudah kena tipu. BULUHMAS ini sudah menghentikan operasi setelah diserbu Bank Negara kerana menjalankana perniagaan atau pelaburan yang tidak sah. Malangnya masih ramai orang Melayu yang tampal sticker belakang kereta sehingga sekarang, untuk apa ? Untuk menunjukkan orang Melayu mudah ditipu,
Bila Bank Negara atau Suruhajaya Securiti atau polis benteras dan serbu, mereka kata kerajaan nak sekat ekonomi orang Melayu dan lain-lain. Mereka tuduh kerajaan sengaja taknak kasi ekonomi orang Melayu maju kononnya. Sebenarnya, pada saya tindakan kerajaan ini memang patut malah kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas dan lebih awal. Skim pelaburan seperti ini jangan dibiarkan bertapak pada peringkat awal lagi, kalau lambat, lebih ramai mangsa yang kena.
Saya tahu pasal BULUHMAS ini bila ada kawan saya dari pejabt agama daerah lain datang ke pejabat di Johor Bahru. Mereka datang pejabat untuk buat promosi untuk ajak kawan pejabat supaya join sama. Cerita ini sampai kepada saya, terus saya kata, semua ini penipu. Cukup-cukuplah Melayu kena tipu, skim ini adalah jelmaan semula skim cepat kaya ala Pak Man Telo. Sekarang lebih luas cara nak promosi termasuk guna internet. Tapi nasihat saya tak diikuti sepenuhnya, alasannya dia kata saya sendiri tak faham dengan skim itu sebab saya tak dengar penerangan yang jelas.
Mereka salah sangka,  saya mengkaji dahulu apa itu BULUHMAS sebelum saya mengatakan kepada mereka bahawa pelaburan ini adalah satu penipuan. Antara keuntungan kalau masuk skim ini adalah, pertama pelabur perlu menampal sticker di kereta atau motosikal berharga RM 15 dan pelabur akan diberikan RM 1 atau RM 2 atau RM 10 sebulan mengikut tingkatan pangkat pelabur. Biasalah, kalau nak naik pangkat kena cari orang bawah beberapa orang untuk dapat RM 10 sebulan. Bermakna Kalau modal RM 15 saja akan dapat RM 10 sebulan sehingga bila-bila, kalau setahun RM 120, dua tahun RM 240, begitulah seterusnya.
Bila disamakan BULUHMAS dengan pelaburan, mereka menafikan, katanya ini adalah untuk pengiklanan bukan pelaburan. Buluhmas kononnya mengiklankan pasaraya di lembah Kelang kepada orang ramai seluruh negara. Sudah ada satu dua pasaraya dan beberapa lagi dalam pembinaan, termasuk katanya di Johor Bahru. Tapi bila saya tanya semula Johor Bahru itu di mana, mereka kata baru nak cari tapak, takut saya siasat lebih-lebih.

Ramailah orang pejabat yang masuk, tak mainlah masuk sikit-sikit, masuk banyaklah baru cepat untung. Kalau masuk RM 1500, setiap bulan akan dapat RM 1000 (dah lepas untuk bayar bulanan kereta mewah), kalau setahun sudah RM 12,000. Ada juga yang buat personal loan ribu-ribu, kalau masuk RM 15,000, bulan-bulan akan dapat RM 10,000, setahun 120,000. Bulan pertama masuk, mereka ini memang dapat duit, masuk akaun mereka terus. Maka betullah cakap mereka, semakin ramailah yang memperlekehkan saya pula, kononnya saya ini nak menyekat orang dari berjaya. Saya percaya, keuntungan ini hanya sementara dan orang yang dah untung ini pasti akan ajak lebih ramai lagi untuk join. Orang yang dah untung juga pasti akan melabur semula dengan jumlah yang lebih besar, yer memang betul.

Saya tak heran, pengendali BULUHMAS ini boleh beri RM 10,000 untuk bulan pertama kerana pelabur yang sama sudah keluar modal RM 15,000, duit itu juga yang dikasi balik. Niat saya ikhlas, nak bantu orang kita supaya jangan mudah terperangkap dan terpedaya. BULUHMAS semakin agresif mencari ahli baru di Johor, dibuat seminar dan perjumpaan di dewan dan hotel secara percuma. Kawan saya ajak saya ke sebuah hotel, kononnya untuk beri saya faham kerana saya selalu tersalah faham sengan skim ini, tapi saya tolah dengan pelbagai alasan.

Akhirnya skim ini kena serbu Bank Negara pada Ogos 2008 (sudah genap setahun) kerana mengutip wang deposit secara haram dan  lain-lain kes. Malangnya, ahli-ahli mereka terus meyakinkan orang ramai supaya terus bertahan, cuma pembahagian bonus sahaja ditangguhkan dan kononnya akan dibayar semula segala tunggakan selepas ini. Orang yang bertindak sebagai perancang utama skim ini gagal dikesan dan tidak didakwa.

Saya percaya, mereka sudah jadi jutawan dengan membolot wang haram ini. Merekalah perompak ala penyamun tarbus yang merompak duit orang secara terhormat. Yang disoal siasat hanyalah orang bawahan yang jadi orang tengah yang terlebih jujur dan tak sedar mereka diperdaya. Mereka inilah yang dulu jadi lebih ulama dari  ulama yang sah, sehingga sanggup mengeluarkan hukum agama untuk menghalalkan kerakusan mereka.


Kepada kereta yang masih ada tampal BULUHMAS di belakang kereta, tanggal-tanggalkan lah. Jangan buat malu, memalukan Melayu saja, yang kena tipu skim ini hampir 100 peratus orang Melayu. Buluh Mas sudah jadi Buluh Lemas sepupu sepapat dengan Buluh Betong. SEKIAN

5 ulasan:

  1. Sememangya BULUHMAS ini adalah skim jelmaaan skim cepat kaya ala Pak Man Telo. Saya sendiri kesian dengan orang kita yang mudah ditipu olih Penyamun Tarbus ini.Sebut saja skim cepat kaya maka cairlaH hati orang Melayu , sanggup ambil personal loan dari bank, apa lagi promoter skim ini datang dengan kereta mewah. Inilahyang dikatakan MELAYU tipu MELAYU.

    BalasPadam
  2. bagus sy tabik dgn kadi ni

    BalasPadam
  3. itu yang saya hairan bin ajaib sebab orang melayu ni memang mudah terpengaruh dgn skim skim seperti ini dan ditempat saya ramai yang menyertai danajasman.berjuta-juta duit orang melayu habis dan ramai melayu jadi ahlinya dan jika tk salah saya di tempat kadi bertugas pun ada leader jasman iaitu bernama Sapudin dan dia dah collect duit orang melayu berjuta-juta dah hampir 3 tahun..bila mereka nak rekruit ahli janji pulangan akan dapat dalam seminggu lagi tetapi bila dah masuk bertunda-tunda hinggalah dah mencapai 3 tahun lebih.Leader Sapudin yang menjadi wakil jasman di keluang ni masih aktif memungut duit ahli baru.sepatutnya polis perlu ambil tindakan nanti dah lama sangat dia menipu kepada bangsa dan agama kita,mereka ini akan jadi papa kedana.oleh itu melalui ruagan ini harap pihak berkuasa dpt mengambil tindakan segera.

    BalasPadam
  4. Dah 3 tahun.lamanyer...tindakan perlu diambil.Laporan polis pernah dibuat tak ni?..Kalau pernah dibuat kenapa masih dibiarkan.golongan kita makin akan ditindas dan kebelakang...

    BalasPadam
  5. kabar angin Bulumas terlepas.....dari tuduhan tu...apa betul ke? selamat duit aku!!!30/1/2013

    BalasPadam

Dipersilakan komen.