Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 Oktober 2009

ISTERI LARI DARI RUMAH, NAK KERJA GRO KELAB MALAM



Utusan Malaysia hari ini mendedahkan satu kisah rumahtangga yang menghadapi masalah besar. Suami seorang saudara Kita (saudara baru) berkahwin dengan isterinya orang Melayu. Mulanya isterinya bekerja di sebuah kilang industri di Johor Bahru, kemudian berhenti kerja. Mungkin atas desakan ekonomi, isterinya mahu bekerja di sebuah kelab malam. Bagaimanapun suaminya melarang kerana tahu pekerjaan tersebut adalah haram.

Isteri kemudiannya telah bertindak keluar rumah meningglkan suaminya untuk melaksanakan cita-citanya bekerja di kelab malam. Suami kemudian membuat aduan kepada Biru Aduan MCA di Johor Bahru. Cerita rumahtangga keluarga Islam ini sebenarnya memalukan kita sebagai orang Islam dan tidak sepatutnya berlaku. Aduan yang dikemukakan kepada MCA juga macam ada benda yang tak kena juga. Iaitu, kenapa perlu membuat aduan kepada MCA, kenapa tidak ke Biro Aduan Parti Politik yang beragama Islam,Pejabat Agama atau kaunselor yang lain. Bagaimanapun, ini memperlihatkan kejayaan Biro Aduan MCA dalam memperjuangkan isu masyarakat. (Cuma apa yang tak kenanya itu, mungkin saya akan cerita dalam Forum Ehwal Islam di Simpang Renggam malam ini)

Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ dulu, kes wanita bekerja di kelab malam ini sukar dibenteras walaupun banyak serbuan dilakukan. Ini ditambah pula dengan gaji dan ganjaran lumayan yang diterima pekerja. Dulu saya tangkap dan heret wanita-wanita ini ke mahkamah atas kesalahan "mendapat wang hasil dari maksiat". Bagaimanapun, kegiatan mereka terus berjalan hingga sekarang. Di Johor Bahru sahaja ada berapa puluh kelab malam ? Ada yang berlesen dan ada yang tak berlesen. Oleh kerana banyaknya tempat maksiat, makan peluang untuk orang Islam bekerja di situ terbentang luas.

Bila terjadi pendedahan cerita dalam Utusan Malaysia ini, sepatutnya kita sebagai umat Islam seharusnya merasa tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah terletak kepada semua lapisan masyarakat, bukan segelintir saja.

Malam nanti, saya akan berforum di Masjid Al-Falah Simpang Renggam, isu ini kalau saya ingat, pasti saya akan sentuh. Tajuk forum malam ini adalah Peranan Masjid di Dalam Masyarakat Islam. Oleh itu, institusi masjid perlu diperkasakan termasuk menyeru berbuat baik dan mencegah kemungkaran ini. Masjid bukan tempat beribadat semata-mata dan perana masjid perlu diperkasakan.

1 ulasan:

  1. Pengaruh luar sering membuatkan rumah tangga berantakan. Isterinya orang kita mesti tahu lorong berkerja di kelab malam itu dari sumber yang tidak memikirkan masalah keruntuhan rumah tangga Islam.

    Keluarga begini seharusnya mendapat perhatian kita. Paling tidak isteri begini kenalah di kaunselingkan. Bukan mudah mahu mahu ketemu jodoh dengan kaum asing & telah memeluk Islam lagi.

    Harapan saya rumah tangga ini dapat diselamatkan & isteri tersebut akan kembali ke pangkal jalan. Duit bukanlah segalanya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.