Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

25 Oktober 2009

KAHWIN LAGI SATU NAK PILIH ISTERI PANDAI DAN RAJIN MASAK



Baru-baru ini dalam satu sesi ceramah kursus pra perkahwinan, saya ada menyentuh soal persediaan sebelum berkahwin. Saya kata, isteri perlu pandai masak sebelum bergelar isteri. Wanita sekarang, tak ambil berat sangat soal masak-masak  ni. Dalam sesi ceramah tu, bila saya sentuh bab ni, saya tengok wanita tunduk jer, buat muka seposen, takut kena soal penceramah. Saya tanya, bakal-bakal isteri ni pandai memasak ke ? Bukan nak tanya menu pelik-pelik, masak biasa-biasa jer kat rumah tu.

Tak perlu nak sembunyilah, ramai wanita sebelum kahwin sekarang tak pandai dan tak suka memasak. Bila dah kahwin nanti, masak pun malas juga dan rasanya belum tahu sedap ke tidak. Berbeza dengan orang dulu, sebelum kahwin ilmu memasak ni di pandang berat sebelum jadi isteri. Tak mustahil lepas ni saya buat satu slot ceramah bertajuk 'masakan' dalam kursus pra perkahwinan ni. Setiap peserta kena bawak kuali, minyak, tepung, beras dan lain-lain masa datang kursus. Tak mustahil bukan ? Lepas tu saya yang ajar masak, ramai peserta terkejut, nanti kena panggil saya 'Chef', chef kadi.

Nak cerita sikit kisah rumah tangga. Beberapa bulan lepas, ada pasangan ingin bernikah lagi satu. Isteri pertama orang Kluang, bekerja di sini. Manakala bakal isteri keduanya orang Kluang juga. Apabila pasangan ini mohon kebenaran nikah di sini secara poligami, saya pun ragu-ragu juga walaupun sudah ada surat kebenaran dari  Mahkamah Syariah. Saya sendiri yang telefon mahkamah, bimbang kalau-kalau ada pemalsuan, maklumlah cop dan tandatangan boleh tiru. Rupanya betul dia dapat kebenaran mahkamah setelah menyelesaikan perjanjian di antara dia dan isteri pertamanya.

Surat mahkamah saja belum cukup untuk saya puashati sebelum pasangan ini bernikah. Pernikahan yang dijadualkan pagi, terpaksa ditangguh ke petang. Saya soal semula wanita ini, betul ke dia nak kahwin dengan suami orang, dia kata yer. Saya tanya, sebagai anak dara dia ada fikirkan ke apa-apa akibat selepas ini, dia kata sudah fikir semasak-masaknya.Lelaki ini umur baru 30-an dan bakal isteri keduanya 20-an. Waduhhhh.....

Lepas tu saya tanya lelaki pula, betul ke dia nak kawin lagi satu. Dia kata yer. Saya tanya, sudahkah dia fikirkan akibatnya termasuk penerimaan isteri pertamanya. Bab-bab tanya soalan ni biasa saya tanya detail. Maklumlah dulu jadi penguatkuasa yang selalu soal siasat orang salah, lepas tu jadi pendakwa yang soal saksi bertubi-tubi. Saya tanya lagi, sebenarnya kenapa dia hendak kahwin lagi satu, isteri pertama pun masih muda lagi. Dia kata:

"Tuan kadi, saya pilih kahwin lagi satu sebab nak cari isteri yang rajin mamasak, bakal isteri saya ini pandai dan rajin masak. Isteri pertama saya selalu sibuk dengan kerja, jarang memasak, biasa beli lauk di kedai saja"

Saya tanya, sibuk kerja takkan seminggu 7 hari dia kerja ? Dia kata, isterinya kerja 5 hari macam biasa, hari cuti pun tak rajin memasak. Katanya, kalau masak pun bukan sedap mana, tapi dia tak pernah komplain, nanti isteri bising.

Saya tak tahulah betul ke tak betul, masak ni antara sebabnya, pada saya pasti ada sebab lain. Isteri barunya tu nampak lebih ayu, tentu isteri pertamanya tak seayu itu, mungkin dah layu. Walau disalut dengan Citra Ayu sekalipun, kalau dah layu tu layu juga. Ops, ni saya pulak menambah-nambah......

Kesimpulannya, bakal pengantin perempuan kenalah belajar masak. Nanti suami cari lain, tak dapek den nak nolong....

13 ulasan:

  1. Dia dah nnak tukar selera, macam-macam alasan yang diberi.

    Hakikatnya, kalau dah bosan dengan perkahwinan, jalan pendeknya kahwin lain. Itulah yang dia anggap 'tepat' sebagai jalan penyelesaiannya.

    Sebenarnya, wal hasil balik asal. Nanti dia akan gagal berlaku adil, diri sendiri yang merana. Anak isteri, lagilah susah. Mujur yang pertama itu bekerja.

    BalasPadam
  2. dah macam2 alasan dah dengar bila lelaki nak kawin lain, daripada tak dapat anak sampai la ni alasan tak pandai masak. Walau apa jua alasannya, suami memainkan peranan yang paling besar. Mungkin suami tu sendiri patut sekali dengan isteri di dapur, selain dapat ajar isteri tu masak, kaedah ni dapat eratkan hubungan suami isteri. Kakak ipar saya sebelum kawin pn tak pandai masak, tapi abang selalu kat dapur, jd chef, lama2 kakak ipar jd pandai dah, sebut je apa masak semua dah boleh, hubungan kekeluargaan juga jadi erat. Pokok pangkal, kesediaan suami dan kesabaran suami mendidik isteri. Beruntung kalau dapat isteri yang complete package, tapi kalau tak complete, didik la dia, ajar la dia dengan penuh kesabaran

    BalasPadam
  3. Salam,

    Poligami itu mubah (diizinkan syara'), jadi tak perlulah menyukarkan apa yang telah diperbolehkan oleh syara'.

    Wasalam.

    BalasPadam
  4. heheh ish22 ustaz asik pompuan je kna...saya nak bg cadangan la... apakata kursus perkahwinan akan datang ustaz uji dua2 bakal pengantin kiranya pompuan kna masak..laki kna jadi imam sembahyang baru adil....heheheh..kita tgk mana yang lebih terkial2.

    p/s:- suami saya kerja dia memang chef kt hotel - malay banquet plak tu..suma masakan melayu, western dia pro..... tapi kt umah dia tak suka masak lbih suka saya yang masak walaupun tak dapat nak tandingi kehebatan dia lagi... hee atleast dia blh ajar n bg komen tuk tingkatkan apa yang patut..huhuhu..nak ikut selera chef ni payah sikit...

    BalasPadam
  5. emm..adoi..sorry ar ustaz..terasa sikit la ustaz..
    lelaki ni kalau nak kawen lein. 1000 alasan pung boleh dia bg..

    kenapa suami dia bg tau ustaz is3 dia tak rajin masak dan kalau masak pung bukanya sedap..kalau betul sbb ni dia nak kawen lagi bukan ke patut dia bincang dgn is3 dia .takkan pasal masak tak sedaap dah nak kawen lagi 1.

    dia nak is3 dia masak sedap macam mana..kalau nak sedap macam kat hotel ,hantar laa is3 dia gi belajar memasak...!!!!!!!

    BalasPadam
  6. Salam...

    Ramai kalangan perempuan mempertikai soal masak-memasak & mengemas rumah ini diletak ditanggungjawab suami. Maka itu mereka berandaikan isteri Rasullullah dibantu oleh Hamba Abdi & sekarang suami terpaksa mencari Orang Gaji@Pembantu Rumah jika isteri tak pandai memasak atau mengemas rumah.

    Malahan saya sendiri pernah ke sesi ceramah rumah tangga ini. Ustazah yang memberi ceramah bermati-matian menjatuh tanggungjawab memasak & mengemas rumah itu jatuh kepada suami. Biar pun peserta lelaki mempertikaikan perkara tersebut.

    Saya berpendapat ianya bukanlah jatuh ke tangan siapa pun; yang penting siapa yang memasak atau mengemas rumah mendapat ganjaran ia itu pahala. Jika sampai menjatuhkan apatah lagi mewajibkan kepada suami atau isteri. Tidakkah perkara wajib itu jika tidak dibuat akan mendapat dosa. Itu jelas.

    Biasanya perempuan akan lebih pandai memasak, kenapalah mahu berkira sangat. Suami yang rajin menolong di dapur takkan mahu didera membuat segala. Nak katakan berkerja, semua sekarang di kebanyakan rumah tangga... suami & isteri keluar berkerja. Bertolak ansurlah.

    BalasPadam
  7. 1) selagi org itu ppuan & lelaki masing2 akan tetap mengemukakan segala macam alasan & jawapan bg pihak kaumnya... jika begini sampai bila pun tiada jln penyelesaian..

    2) kalau dah dpt kelulusan, apahal pulak dipayah2kan & disiasat lagi???? pelik lah pej agama ni...tu sebab org nak poligami lebih mudah pi kat siam, balik cuma bayar denda je..dgn syarat bkn yg sindikit palsu... sebab apa? nak nikah punyalah susah, tapi nak buat maksiat cukup mudah...

    BalasPadam
  8. Saya suka makan kat luar sebab isteri saya tak pandai masak dan taknak belajar masak. Kalau masak pun tak datang selera maka lebih baik saya diam-diam makan kat luar jer...
    Jadi kalau nak pilih pasangan tu pilihlah yang pandai masak.

    BalasPadam
  9. Assalam...kadang-kadang pelik, para suami nak isteri aje perfect dalam segala hal..sedangkan diri sendiri banyak cacat cela...dan tak pula cuba diperbaiki..tugas suami mendidik isteri..bukan mencari penyelesaian mudah.Kalau berkahwin lain dirasakan dapat meneyelesaikan masalah silakan, tapi masalah yang tidak dicari jalan penyelesaian biasanya tidak akan menemui noktah..berkahwin lain bukan penyelsaian kepada isteri tak pandai memasak...sebaliknya hantarlah isteri ke kelas memasak,satu lagi adakalanya suami kena ada tolak ansur ..sama-sama bekerja apa salahnya saling bantu membantu..,kalau kewangan sesak..bukankah isteri juga yang perlu menolong...jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar...

    BalasPadam
  10. sebenarnya isu poligami walau apa alasan diberi oleh lelaki @ ppuan semuanya nak menyedarkan org ppuan bahawa apabila mrk berkahwin dgn seorng lelaki maka lelaki itu bukan hak milik mutlak beliau seorang sahaja sebab org lelaki islam boleh kahwin 4... itu tak boleh dinafikan....

    BalasPadam
  11. I got this website from my pal who shared with me on the topic of this web
    page and at the moment this time I am visiting
    this website and reading very informative content here.
    Feel free to visit my weblog Erinmore mixture

    BalasPadam
  12. Nice post. I was checking constantly this weblog and I'm impressed! Extremely helpful info particularly the remaining part :) I take care of such info much. I was seeking this particular information for a very lengthy time. Thanks and best of luck.
    Also visit my page - borkum riff

    BalasPadam
  13. biasanya llki akan mencari 1001 alasan untuk berkahwin lain..nak cari yg perfect..tapi kadang2 mereka sendiri tak sedar diri yg mereka terlalu banyak kekurangan..sang isteri pun nak sebenarnya nak cari yang perfect..tapi dapat yang sedia ada ..pun boleh menerima seadanya..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.