Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

26 Oktober 2009

PELAJAR WANITA SEKOLAH MENENGAH LAHIR ANAK LUAR NIKAH



Tadi ada satu laporan dari sebuah sekolah menengah di Kluang, berkaitan pelajar wanita telah melahirkan anak luar nikah. Cerita ini menggemparkan guru dan sekolah berkenaan. Guru yang membuat laporan ini diminta terus membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasa Kluang untuk tindakan lanjut. Semua pihak yang terlibat diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri. Saya tahu, penguatkuasa akan mengendalikan kes ini dengan profesional dan mengikut lunas undang-undang.

Banyak kali saya tekankan dalam ceramah-ceramah saya, bahawa pergaulan lelaki dan wanita tidak boleh terlalu bebas. Saya amat menekankan pendidikan dan jagaan ibu bapa terhadap anak-anak terutama anak wanita. Dalam Islam, ditekankan soal wali dalam perkahwinan menunjukkan bahawa wanita tidak boleh dibiarkan bebas sebebasnya. Kalau sudah jadi hal sebegini, maka nama baik keluarga, masyarakat dan sekolah akan tercemar.

Pengalaman saya sebagai  penguatkuasa JAIJ dahulu banyak jumpa kes mengandung seterusnya melahirkan anak luar nikah. Sekarang ini, ribuan anak luar nikah sedang membesar dan suatu masa  nanti akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Saya pernah jumpa kes ibu melahirkan anak luar nikah kemudian menjualnya kepada keluarga yang bukan Islam. Saya juga pernah jumpa kes melahirkan anak sendirian di rumah, kemudian anaknya dibiarkan mati kelemasan. Saya ada jumpa kes buang bayi termasuk di masjid dan di depan Pejabat Agama.

Dulu waktu saya tangkap pasangan yang berasmara di tepi pantai dan atas moto, ada pihak  yang komplen sampai ke atas. Nama saya diburuk-burukkan kononnya saya tegas tak bertempat bila saya tangkap orang ini. Kemudian bila jadi pendakwa, saya dakwa kes ini walaupun kes ini dianggap oleh sebahagian orang sebagai perkara remeh yang tidak sepatutnya didakwa. Saya tak mahu ambil kira apa yang orang kata, yang penting undang-undangnya ada. Saya tak kira siapa jerung siapa ikan bilis, siapa yang  dianggap salah, akan didakwa.

Pada saya, berasmara di tempat awam adalah permulaan kepada kes-kes yang lebih besar, mula-mula berasmara kemudian lebih dari itu. Bermula dengan itu, boleh berlaku kes yang lebih besar seperti tidur sebilik dalam hotel, rumah sewa, kemudian berzina, seterusnya mengandung dan buang anak. Maka bibit-bibit permulaan kes ini hendaklah dicegah terlebih dahulu, jangan kes dah besar baru nak bertindak. Terlajak sampan boleh undur, dah terberanak nak campak kat mana ?

4 ulasan:

  1. Tuan top spin ja kepala diorang yg tuan cekup tu..pastu screw skit perut diorang..mesti terseliuh la nak balas buah tuan..

    BalasPadam
  2. hahahaha
    lawak la aaapit ni...apakata tuan sebat je diorang ni senang...
    diorang ni tak takut dengan tuhan....

    BalasPadam
  3. hukum mak bapaknya sekali wajar tak?

    sebab sekarang ramai ibu bapa yang macam dah tak kisah pergaulan anak2..

    BalasPadam
  4. TAHNIAH, SEBAB KADI BERANI!

    MUNGKIN SEBAB ITULAH TUAN CEPAT NAIK PANGKAT...

    MUDAH-MUDAHAN JADI MUFTI PULAK SEBELUM SULTAN JOHOR KE LIMA MANGKAT?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.