Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

21 Oktober 2009

SALAHGUNA GAM



Botol merah gam jenis Haifu RM 35 sebotol, tin hitam gam jenis Dawie RM 25 setin, gam ni yang saya guna sekarang, gam tin hijau mungkin penghidu gam dah habiskan kat kedai, susah nak beli




Jam 9.00-9.30 tadi saya sempat tengok rancangan 360 Mazidul di TV3 tajuknya hidu gam. Saya nak beritahu Mazidul, bahawa gam yang tin hijau itu laris di kedai kerana pemain ping pong selalu membeli gam tersebut. Gam itu harganya dulu RM 2.00, sekarang RM 3.00 hingga RM 3.50 setin dan semakin payah ditemui di kedai-kedai sekarang.  Selain itu, memang gam jenis ini dicari oleh penghidu gam yang profesional untuk mendapat rasa yang paling kau.

Pemain ping pong yang profesional akan membuka getah dan mengenakan gam baru setiap hari sebelum memulakan permainan. Petang tadi saya bermain dengan bekas pemain negeri dan mereka guna gam yang sama. Saya juga pernah bertanya kepada seorang pemain kebangsaan, juga mengaku menggunakan gam tersebut. Gam dipakai sebelum bermain untuk mendapat kesan yang lebih laju dan padat pada raket dan getah. Gam ini penting bagi pemain untuk membuat serangan menggunakan spin. Sekiranya getah tidak digam, maka spin kurang  berkesan dan terpaksa menggunakan tenaga yang lebih.

Tahun lepas, di Johor Bahru ada sebuah kedai di Taman Kemas tidak mahu menjual gam kepada saya. Selepas itu saya kata, kawan saya beli gam di sini semalam dan saya mahu gam getah ping pong. Kemudian barulah tauke Cina itu keluarkan gam tersebut. Saya tahu, gam tersebut selalu disalahgunakan oleh orang tertentu untuk menghidu gam, gambar gam tin hijau itulah yang di dalam 360 tadi.

Bagi pemain ping pong seperti saya, kalau setiap kali bermain menggunakan gam yang dijual khas untuk ping pong, harganya mahal. Contohnya gam jenis Haifu RM 35 sebotol, jenis Dawie 20 sebotol, manakala Buttherfly RM 50. Adalah lebih murah beli gam tin hijau ini yang hanya RM 3 saja. Kalau bermain setiap hari, kemungkinan sebotol gam boleh tahan dalam sebulan sahaja.

Kalau kerajaan hendak haramkan penjualan gam, itu tidak semestinya berkesan, pasaran gelap pasti ada. Cuma yang bimbangnya, kalau lepas ini ada pemain ping pong yang kena tangkap kalau memiliki gam ini. Kalau gitu, pemain ping pong terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk bermain. Kalau Mazidul masukkan cerita dalam 360 malam ni, lagi tauke kedai takut nak jual, maka pemain ping pong susah nak dapat gam murah lagi.

3 ulasan:

  1. Dulu, 2006.. saya pernah tangkap pelajar sekolah kami yang ponteng sekolah, lepak di rumah tinggal dan hidu gam.

    Tiga dapat ditangkap dgn bantuan org kampung, satu lepas lari masuk hutan sawit.

    Yang lari tu, kini dah arwah, sebab mati berlumba haram di bulan Ramadhan 2007... langgar belakang lori yg berhenti tepi jalan.

    BalasPadam
  2. assalamualaikaum ustaz.....saye seorg pemint pp dari jb.ustaz tau x kt mane nk cari barang pp,dgr citer kt kulai ade kedai die tp saye x tau

    BalasPadam
  3. Barang pingpong kat Kulai, dari JB ke bandar belok ke kanan menuju ke Felda Taib Andak. Dalam 2 km, jumpa Shell belah kiri, sebelah tu ada simpang, belok kiri, mula jumpa perumahan, lepas tu ada rumah kedai lama. Situ ada satu kedai .. Mr Lee.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.