Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 November 2009

Ajar Remaja Minum Arak


Akhbar semalam memuatkan satu cerita mengenai bantahan CAP, Persatuan Pengguna mengenai minuman berperisa alkohol yang dijual secara terbuka di pasaran.  Saya percaya minuman jenis itu dijual secara meluas di pasaran. Minuman berpirasa alkohol ini didapati sama rasanya macam arak betul tapi bukan memabukkan sebab dia tiada alkohol.

Inilah dia salah satu taktik musuh Islam terutama Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan orang Islam. Cara ini adalah untuk mengajar orang kita minum arak suatu hari nanti. Lama kelamaan, orang ini tidak mustahil akan mencuba arak yang sebenar pula.

Dahulu, waktu saya serbu kelab malam di Johor Bahru, saya terkejut dengan tindakan sebuah kelab malam yang membenarkan remaja bawah umur, yang baru bersekolah tingkatan tiga masuk. Ini adalah satu kesalahan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Yang menghairankan saya, di satu meja yang diduduki oleh 6 orang remaja lelaki dan perempuan ini, mereka minum senenis air yang bukannya arak. Apabila diadakan ujian menggunakan alat pengesan alkohol, tidak ada tanda-tanda mereka  minum arak.



Sebenarnya mereka minum sejenis air yang bukan arak tetapi berperisa arak. Tujuannya supaya remaja ini tidak mabuk, kerana kalau remaja sekolah ini mabuk, maka lebih parah. Mereka cuma menjual air berperisa arak ini supaya remaja ini menikmati rasa arak saja. Tapi, saya percaya remaja seperti ini, kalau tidak dibimbing, suatu hari nanti akan jadi pemabuk arak pula. Mereka sudah kenal rasa arak dan berani masuk kelab malam, maka tak hairan kalau nanti mereka minum arak pula.

2 ulasan:

  1. parah memang parah. Bila kebebasan melampau.

    BalasPadam
  2. Utk makluman tuan,
    Kalau di daerah saya sekitar sepang..bila tiba waktu balik sekolah..budak2 ni akan ke 7E berhampiran sekolah mereka..beli apa sahaja minuman keras, dituang ke dalam bekas slurpee dan dijamah bersama2..haihhh....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.