Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 November 2009

Iklan Lucah : 'Potong Jangan Tak Potong'




Iklan satu syarikat broadband  menimbulkan persoalan apabila menggunakan perkataan 'potong' untuk mempromosi produknya. Perkataan 'potong' ini juga diulang beberapa kali dalam iklan itu. Untuk menarik perhatian ramai, ada gambar kanak-kanak berbaju Melayu berkompang, seolah-olah menggambarkan budaya Melayu sewaktu bersunat atau masuk jawi. Saya percaya, sekarang sudah menjadi lawak jenaka di kalangan pelajar sekolah rendah sesama mereka.

"Potong, potong, potong.."

Sebelum ini, masyarakat diminta tidak menggunakan perkataan 'bocor', walaupun menggambarkan bumbung yang bocor. Ini kerana menggunakan perkataan bocor seolah-olah menghina keperibadian wanita. Kali ini potong, siapa pula yang kena potong dan siapa pula yang belum potong. Kalau kita tanya orang itu kerja apa, dia tak kata dia kerja potong, walaupun dia kerja potong rumput, atau kerja potong letrik dan air, atau kerja potong rambut orang. Sebab potong, boleh membawa makna lucah.

Apalah yang bagus sangat dengan talian broadband tersebut, liputan dia bukan seluas mana. Dalam Johor, daerah Johor Bahru pun tak luas mana, Kluang cuma dalam lingkungan dalam bandar ini saja, keluar sikit dah tak dapat line. Daerah lain selain Johor Bahru dan Kluang, perkhidmatannya sangat teruk. Kita guna broadband supaya senang bawa komputer ke mana-mana, tapi kalau keluar sikit dah tak dapat, lebih baik tak payah guna broadband. Kepada syarikat ini, janganlah asyik nak iklan 'memotong' je, pertingkatlah mutu perkhidmatan dulu. Lepas ni orang ramai akan tertarik dengan syarikat ini kalau mutunya bagus, kena ambil masa.  Jangan buat iklan tak senonoh macam ni.

Jangan Sampai Islam dihina..

Di kalangan masyarakat kita, yang bersunat atau potong ini adalah orang Islam sahaja, orang bukan Islam bukan budaya mereka. Jadi iklan ini juga boleh dikaitkan sebagai menghina Islam. Pengalaman saya dalam Bahagian Dakwah, ada orang bukan Islam takut hendak masuk Islam kerana takut kena 'potong'. Ini semua kerana salah anggapan dan ditakut-takutkan dengan perkara yang tidak betul.

Diminta pihak berkuasa mengharamkan iklan ini serta merta. Kalau dibiarkan  lebih lama, nanti akan merosakkan masyarakat kita. Saya menyeru kepada masyarakat terutama orang Islam supaya memboikot syarikat broadband ini yang jelas menghina agama dan masyarakat.






4 ulasan:

  1. salam tuan..

    lompat dari blog en mazidul :)

    combi rasa iklan yg paling 'bodoh' dari syarikat yg besar lagi gagah..heran takde idea lain ke??

    huhh!

    BalasPadam
  2. As-salam Tuan
    memang tak sesuai.. tiada persatuan yang komplen..demi Untung dari Iklan, berapa peratus untung tolak bagi kepada mangsa gempa?

    BalasPadam
  3. sensitiviti masyarakat islam dan adab ketimuran perlu diambil kira...sekarang ni pulak tentang nasi lemak 50 sen....perhatikanlah

    BalasPadam
  4. perkataan2 yang dikatakan sensitif ni sebenarnye bergantung kepada bagaimana fikiran individu tersebut. sekiranya kita menafsir secara positif maka baik la hasilnya jika sebaliknya maka yg kurang elok jawapan yg kita terima. mungkin kerana faktor perubahan budaya dalam berbahasa yang menjadikan banyak perkataan2 yg menjadi usikan sensitiviti sesetengah pihak. namun jika kita berjenaka tanpa ilmu mungkin boleh menjadi penghinaan oleh mana-mana pihak tetapi bergantung pada kita yang mentakrifkan maksudnya. wallahualam~

    BalasPadam

Dipersilakan komen.