Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

12 November 2009

Kepala Paip Masjid Kena Rembat


Pagi ini saya dikejutkan dengan kecurian kepala paip tembaga di tandas wanita, Masjid Jamek Kluang. Saya bergegas pergi ke sana dan dapati sebanyak 20 kepala paip diperbuat dari tembaga telah hilang.  Saya tak tahu nilai sebenar paip tembaga itu, tapi rasa tak sampai RM 10, itu pun jadi sasaran pencuri. Saya minta kepala paip dipasang semula dengan paip plastik.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi dalam cuaca hujan lebat. Rupa-rupanya, paip ini ada nilai  juga sehingga menarik minat pencuri. Tidak dapat dipastikan siapa yang melakukan perbuatan ini sama ada penagih dadah atau orang lain.





Kepala paip plastik tak hilang pulak



Air  keluar






Ganti segera dengan paip plastik

5 ulasan:

  1. Kebelakangan ini tembaga menjadi buruan penjual barang terpakai. Harga tembaga tentunya lebih mahal berbanding besi.

    Tetapi jika kepala paip di surau menjadi 'mangsa', tindakan si 'culprit' dilihat keterlaluan. Apapun, pencuri terbabit, hemat saya, sudah tidak mempunyai perasaan bersalah di dalam jiwanya.

    Bagi dia, curi, jual dan dapat wang. Soal menyusahkan jemaah untuk mengambil wuduk barangkali tidak pernah singgah di pemikirannya.

    Ramai orang berbuat dosa. Cuma sebahagian masih ada perasaan bersalah setiap kali dosa dilakukan.
    Selebihnya, entahlah.

    BalasPadam
  2. di masjid atau tempat awam, memang jika paip tembaga tak tahan lama, hilang kena curi..

    sepertimana cable telefon

    BalasPadam
  3. rasa2 ni misti mat dadah punya kerja lee...

    BalasPadam
  4. Dulu masa tahun 1999 penah tangkap pencuri kat masjid kluang jam 3 pagi teruk kena belasah mat gian tuhh ( Subuhku BeePee )

    BalasPadam
  5. alah bukan yg pergi masjid tu faham dan hormati rumah Allah..kadang yg pergi solat pun ganggu jamaah lain..ada yg terang2,ada yg dlm diam..entah apa faedah tunggang tongek kalau macam tu.Apa guna duduk dengar ceramah macam tu..atau tk dengar kot tapi isap rokok kat luar?tak tahu ke masjid tu rumah Allah bukan rumah sapa2.Patutnya semua yg hadir rasa aman

    BalasPadam

Dipersilakan komen.