Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 November 2009

Pelajar Sesat di Gunung Lambak, kena sorok Jin ?


Pagi semalam saya mendapat cerita, berkaitan 4 pelajar sebuah sekolah menengah di Kluang yang tersesat di Gunung Lambak Kluang. Cerita yang mendukacitakan saya adalah, ada pihak mengaitkan kehilangan ini dengan makhluk halus seperti jin. Kononnya lelaki ini telah melanggar pantang dan dibawa masuk ke alam jin sehingga gagal dikesan. Waktu itu, gerakan mencari sedang dijalankan. Saya terus meyatakan, cerita ini mengarut dan tidak masuk akal. Kenapa kaitkan jin ? Orang Islam mesti percaya kepada qada dan qadar Allah yang menjadi rukun iman yang keenam. Itu semua berlaku dengan ketentuan Allah, bukan makhluk lain.

Empat orang pelajar itu kemudiannya dijumpai oleh pasukan penyelamat pada sebelah petang dalam keadaan selamat. Pelajar ini pergi sendirian ke gunung ini dan bukannya aktiviti sekolah. Oleh kerana tiada kemahiran dan ketiadaan tunjuk arah, maka  mereka tersesat. Tidak ada kaitan pun dengan jin.

Cerita hantu dan seram sekarang banyak disiarkan di tv dan manjadi kesukaan orang  ramai. Sebenarnya cerita  sebegini tidak berfaedah dan merugikan masyarakat kita saja. Dalam Islam memang benar, Allah jadikan makhluk seperti Malaikat dan Jin di samping manusia.  Media sepatutnya memberi fahaman mengenai akidah terlebih dahulu sebelum boleh menayangkan filem seram sebegini. Yang lebih dirisaukan, kalau masyarakat kita boleh terjebat dalam khurafat dan syirik  yang Allah tidak akan ampunkan dosanya. Bukan semua orang menonton tv itu faham tentang konsep hantu dan jin dalam Islam, sehingga sebahagian mereka boleh menjadi khurafat dan syirik.

8 ulasan:

  1. kesan cerita TV ..itu negatifnya banyak sangat tema hantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi itu sbenarnya hantu seram hoooooooooooooooo!

      Padam
  2. Hari ini sebuah akhbar berbahasa Melayu menyiarkan berita ini dengan memasukkan temuramah dengan salah seorang pelajar yang hilang . Katanya, dia ikut seorang lelaki tua untuk turun tetapi kemudian orang tua ini hilang. Kemudian mereka sesat.

    Cerita sebegini sebenarnya mengelirukan masyarakat. Cerita 'orang tua' ini boleh menyebabkan orang kita beranggapan, yang bukan-bukan termasuk penglibatan jin dalam kes ini.

    BalasPadam
  3. banyak sangat cerita hantu kat tv sekarang ni...tak hairan la kalau masyarakat sekarang boleh terpengaruh..

    BalasPadam
  4. Tuan Kadhi,
    Ada komuniti di dalam internet yang mengaku perawat Islam dan tahu dan faham tentang alam Jin dan sebagai nya dan mereka mengaku mampu melihat JIN....apakah golongan ini boleh dianggap golongan yang syirik??

    Sila lihat di sini...http://darulsaka.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Dalam kes akidah ini, perlukan siasatan rapi terlebih dahulu sebelum kita ulas lanjut. Selepas kajian, barulah kita rujuk kepada pihak berkuasa, biasanya Mufti untuk menentukan ajaran itu salah atau tidak. Barulah kita boleh ulas.

    Untuk menjawabnya memanglah payah, untuk menjawab kita kena berhati-hati kerana melibatkan hukum dan akidah.

    Jadi, kalau ada keraguan lebih baik kita jauhi saja.

    BalasPadam
  6. Tuan Khalil,
    anak saudara saya dari Felda Ayer Itam pun sesat di Gunung Lambak sehari sebelum puasa tahun ini..dan tujuan ke sana atas aktiviti sekolah tapi tiada pemantauan dari guru sekolah yang memberi tugasan..

    BalasPadam
  7. Mudah-mudahan semua pihak mengambil iktibar di atas perkara yang berlaku. Sama ada pihak ibu bapa, sekolah dan pihak berkuasa lain serta pelajar sendiri.

    Alhamdulillah, kes di Kluang ini tidak seburuk kes yang berlaku apabila jambatan runtuh di Perak baru-baru ini sehingga menyebabkan kematian. Apa yg berlaku adalah peringatan k epada kita semua.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.