Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 November 2009

Wanita Melayu Kahwin Bangla




"Jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan janji-janji manis lelaki asing bagi mengelakkan diri daripada diheret ke dalam gejala tidak sihat, demikian nasihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada wanita Malaysia.Katanya wanita Malaysia perlu berfikir panjang apabila dihampiri lelaki asing yang memberi pelbagai janji dan ganjaran sebagai umpan untuk memerangkap mereka".    TAWAU, 2 Nov (Bernama)

Pandangan saya :

Memang betul, lelaki dan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan hidup. Saya percaya nasihat menteri ini iklhas untuk menjaga kepentingan orang kita supaya tidak teraniaya. Tapi tidak semestinya berkahwin dengan rakyat asing seperti Bangladesh dan Indonesia tidak bahagia. Di Kluang saja ada 2 pasangan warga Bangladesh dan 1 warga Nepal yang boleh saya jadikan contoh dalam ulasan saya. Lelaki Bangladesh pertama di Taman Intan Kluang, bekerja sebagai pembantu kedai, berkahwin secara sah. Seorang lagi lelaki Bangladesh di Jalan Yap Tau Sah Kluang sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Lelaki Nepal, masuk Islam di Kluang sekarang bekerja sebagai buruh binaan juga bahagia.
 
Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dulu dalam tahun 1996, waktu saya mula kerja di JAIJ sebagai penguatkuasa, saya rasa marah bila jumpa wanita Melayu pilih Bangladesh. (Sekarang bila dah lama kerja, saya rasa nak kawin kawinlah, buat apa nak larang) Waktu itu rakyat Bangladesh lebih ramai berbanding sekarang, sehingga berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Bangla di sebuah taman di Johor Bahru yang ceritanya sangat popular.
 
Dalam satu kes yang saya tangkap di sebuah rumah di Taman Cempaka Johor Bahru, wanita melayu berstatus janda anak dua ditangkap dengan lelaki Bangla lebih kurang jam 12.00 malam. Mereka berjumpa dan berkenalan kerana bekerja di kilang yang sama. Selepas dihadapkan ke mahkamah, sekali lagi pasangan ini datang jumpa saya, menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dalam hati saya, tidak adakah Melayu yang wanita ini minati, kenapa sangkut pada Bangla ?
 
 Saya kata, di Bangladesh, belum tahu lelaki ini ada rumah atau tak, mungkin duduk bawah kolong saja. Wanita ini kata, dia tak akan duduk di Bangladesh, tetapi lelaki ini hendak mohon sebagai warganegara Malaysia. Kemudian banyak lagi saya katakan kepada wanita ini bertujuan supaya membatalkan hasrat daripada meneruskan niatnya. Bagaimanapun, dia tetap hendak kahwin, maka tak boleh halanglah. Lepas itu, saya tak jumpa lagi pasangan  ini,  saya percaya mereka dah berkahwin, cuma tak tahulah perkembangan mereka sekarang.
 
Apakah rahsia kehebatan Bangla ?
 
Kenapa orang kita minat Bangla yer.... Sudah tentu ada yang istimewa  pada Bangla, yang orang kita tak miliki. Apa dia keistimewaan Bangla ? ......Saya boleh beri  jawapannya, tapi sukar untuk ditulis di sini. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ sudah berdepan, menangkap, menyiasat, mendakwa dan berkawan dengan Bangla, sebab itu saya boleh jawab soalan apa keistimewaan Bangla itu. Rumah sewa saya di Johor Bahru pun dihuni  orang Bangla yang bekerja di Maidin JB, lagilah saya kenal Bangla. Sebab itu kalau saya masuk Maidin JB, pekerja dia panggil saya 'bos', naik segan pula dibuatnya. Segan kalau orang lain dengar, pernah ada perempuan jeling saya sinis, mungkin dia ingat saya ni 'tekong'  Bangla kot.   SEKIAN.

12 ulasan:

  1. mungkin ada yg terpikat sebab ada iras2 pelakon Hindustan kot... (^_^)

    BalasPadam
  2. dah jodoh nk wat cmne kn..

    BalasPadam
  3. banyak skit bulu, lelaki kita banyak yg licin

    BalasPadam
  4. barang baik kot...ada kawan saya kata,bangla ni satu hari sepuluh kali pun x pe...masih steady sebab dia orang banyak makan rempah..betul atau tidak.. tak tahu la plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak apa yang nampak sendiri itu hanya boleh cakap, janganlah... kalu tak nampak apavila, langan cakap macamtu 111

      Padam
  5. Kalau wanita melayu nak kwin nepal dan nepalnya masuk muslim mcm mana..?nepali ni mau ikut proses yg betul.agar x da masalah..

    BalasPadam
  6. mengikut pngalaman saya..lelaki bangla ni xpilih pmpuan cantik...die pilih pmpuan yg bleh terima die seadany....lag 1 dieorg ni setia skit berbnding org kita..ada awek pon ngaku sngle...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,lelaki malaysia ayat je lebih,nak mkn duit perempuan je,habis madu,sepah di buang

      Padam
  7. pemikiran orang m'sia terhadap perkahwinan wanita mlayu dengan lelaki luar...
    melayu kawin pakistan (muslim)--salah
    melayu kawin indonesia (muslim)--salah
    melayu kawin bangla (muslim)--salah
    tp
    melayu kawin orang inggeris (non-muslim) --diagung2kan...sedangkan orng inggeris 2 msuk islam hnya untuk berkahwin...lpas kwin xikut cara islam pon...kalau kawin buat wedding of the year...smbut bsar2an...sbb ape??
    sbb orng inggeris negara mreka maju...mreka kaya...x cm orang pakistan,indonesia n bangla...yg miskin kat sne..org m'sia xpndang pda agama lelaki 2 tp pada harta...sbb 2 org inggeris kwin mlayu xjd hal...org mlayu kwin 3 glongan td...smpai kne buang oleh keluarga...sedih btul>>> :-(

    BalasPadam
  8. manyak sodddaaaapppp

    BalasPadam
  9. Sy bru 5 bulan kawen dgn Bangladesh OK je...dia Owg lagi OK klu nk di bndingkn dgn lelaki Malaysia enjoy...Pmpuan malas Keje jgn terasa Ade segelintir sje.sy harap hubungan sy smpai ke jannah

    BalasPadam
  10. makin ramai la banglasia yg ada kat negara kita nie...ne sume salah pmpuan melayu...ayat skit lentok..amoi cina,india xde lak sgt..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.