Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

04 Disember 2009

10 Minit RM 50


Ini kisah saya menyamar di tempat pelacuran di Johor Bahru. Pelanggannya yang paling ramai adalah warga asing seperti Bangla dan Indonesia, ada juga Melayu tapi tak ramai. Pelacurnya pula Cina yang bukan Islam yang bertaraf makcik-makcik. Dalam kes ini, pelacuran menggunakan hotel secara terang-terangan. Bagaimanapun, pelacur Cina yang dalam bilik itu setiap hari didaftarkan sebagai penyewa. Pelik juga kalau seorang wanita hari-hari jadi penyewa di situ.

Jadi, kaunter untuk menyewa bilik, dijadikan tempat bayaran untuk melanggan pelacur. Bila sampai di sana, mulakan lakonan dalam penyamaran

"Sekali projek berapa ringgit ? ". Saya tanya tauke tu.

"Sini tak kira satu projek, sini kira masa. Satu minit, RM 50". Tauke tu jawab.

"Kalau lebih 10 minit macam mana ?" Saya tanya lagi.

"Kalau lebih sepuluh minit, kita orang ketuk pintu, bayar 50 ringgit , boleh sambung 10 minit lagi. Tak bayar kena berhenti". Nyonya tu kata.

"Aiyoo, itu macam ke. Ok, lain hari gua mari lagi". Kata saya dan terus balik. Cukuplah untuk hari itu, maklumat dah disahkan tepat. Maklumat dan pelanggan dah dapat. Selang beberapa hari, serbuan pun dibuat.

Yang kelakarnya, bila ketuk pintu, ada Mat Indon tu tengah projek. Masa kena ketuk, dia jerit kuat-kuat.

"Tauke ! Belum 10 minit sudah kacau ke ?". Mat Indon tu ingat penguatkuasa ni tauke. Dia masih tak buka pintu.

"Bukak dulu, mahu kira duit semula". Saya kata.

"Apalah ini macam punya tauke, biikin susah aja". Mat Indon tu jawab dari dalam bilik. Bila bukak saja, kena tangkap. Pakai seluar saja, tali pinggang tak lekat, baju tak pakai.

6 ulasan:

  1. bangla nak kerja kuat (binaan) jadi kena" kerjakan kuat" juga

    BalasPadam
  2. Nyonya tu tak tua sangat kot? Tu yg Indon tu 'susah nak berhenti'...


    Penguatkuasaan kita untuk membanteras maksiat sebegini perlu berterusan, saya doakan tuan dan rakan sealiran dapat meneruskan iltizam.

    BalasPadam
  3. masalah seks tak akan selesai..selama-lamanya...warisan zaman berzaman.

    BalasPadam
  4. selagi ada permintaan, di situlah wujudnya penawaran

    BalasPadam
  5. alahaiii... kawin jer lah...
    bawak jer bini mana pegi... Sapa pun tak larang asal jangan buat atas jalan or tepi jalan...

    BalasPadam
  6. KASIHAN ATAU PADAN MUKA? ENTAHLAH, LABU... CEPAT SIKITLAH "KIAMAT" 2012 TUH, WAHAI YAHUDI YANG INGIN MENGKAFIRKAN MUSLIM SECARA TOTAL!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.