Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Disember 2009

Hadiahkan Rantai Leher Isteri Muda


Beberapa tahun lepas, seorang isteri mengadu pada saya, nampaknya marah sangat pada suaminya. Oleh kerana beriya-iya nak bercerita, saya berikan laluan. Ceritanya begini... Ulangtahun perkahwinan ke 10 nya, suaminya hadiahkan rantai leher, besar dan mahal pula tu. Gembiranya hati si isteri, lebihlah sayangnya pada si abang. Macam pengantin baru (ni saya saja je tambah hehehe).

Tetapi 2-3 bulan kemudian, si isteri dapat panggilan telefon dari seorang perempuan yang tidak kenali. Perempuan tu mintak semula rantai tu, katanya itu rantai dia. Rupanya itu isteri kedua suaminya. Jadi perang besar, lebih ganas dari perlawanan wresling Stone Cold Steve Austin lawan Bret Hart merebut talipinggang juara WWF tahun 1999.

Saya pun pelik, kes begini pun boleh berlaku. Rupa-rupanya, isteri muda tahu lelaki yang dikawhwininya sudah berkahwin. Dia juga berjanji tidak membocorkan maklumat kepada isteri pertama. Apatah lagi nak menyerang isteri pertama, lagilah tak mungkin. Itu janji dan perjanjian pengantin dua sejoli. Perjanjian merahsiakan itu hanya bertahan 2 tahun saja. Bila suami pinjamkan rantai leher, mulanya isteri kedua kasi, tapi pinjam sekejap je sempena ulangtahun ke 10.

Tapi suami kantoi bila tak berjaya nak mintak semula rantai tu dari isteri tuanya walau apa cara dah dilakukan termasuk pujuk memujuk. Isteri tuanya pulak dah cerita kat jiran-jiran sebelah dan ahli-ahli mensyuarat tingkap lain yang dia dapat hadiah rantai mahal. Maklumlah, rantai ni 'abang sayang' yang kasi. Amboiiii, mula-mula 'abang sayang', last-last  'pinggan melayang'.

Masa suaminya kantoi, suami dia tak balik rumah 3 hari, cammana nak balik, nak cari nahas ? Hari ketiga balik juga tapi taklah dengan kaki dan tangan berbungkus macam filem Madu Tiga. Suaminya balik sihat, kemudian habis dibalingnya rantai lehar kena cermin kereta sampai retak. Kesian si suami kena kutip rantai kat bawah. Inilah kisah rumah tangga, patutnya jangan baling rantai tu, jual saja kat kedai emas, dapat juga duit.

4 ulasan:

  1. Hal mcm nilah yg buat isteri2 takut nk kasi kebenaran suami kawin 2. dan perempuan2 x sokong bab poligami ni..Dok menipu aje kerjanya..tp nk menipu x pandai.Ujung2nya prempuan gak yg nampak kelemahannya dan dipersalahkan, sedangkan lelaki yg mulakn dulu pahtu nk selesaikan x tau...
    tp kekadang pk punya pk menda ni memang org2 yg terpilih jer dpt syafaat berPOLIGAMI ni..
    Pesanan untuk lelaki yg kurang bijak dan x kukuh iman dan kewangan ni, x yahla nk berangan berpoligami....

    BalasPadam
  2. nak bagi hadiah pun agak2 lar, tak kan bini muda punya bagi kat bini tua, sah2 mengamuk orang tu, kalau saya pun mengamuk, hehe...

    BalasPadam
  3. betul tu ustaz jual jek rantai tuu..emas dah makin naik skrg.. :p

    combi rasa pompuan skrg kena bijak mcm lagu rossa " hey ladies " >> hey ladies skrg cinta
    pakai otak
    jgn mau rugi hati dan juga rugi waktu
    bila dia merayu mu
    ingat semuanya bohong...

    kalau nak tengok full version gi sini >> http://www.youtube.com/
    gi kat search taip rossa.

    BalasPadam
  4. Mungkin itulah saja idea si suami untuk menyatukan kedua-dua isterinya. Cuma perancangan tidak menjadi, silap strategi....hehe

    BalasPadam

Dipersilakan komen.