Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 Disember 2009

Hantar Gas Ke Kedai Judi ?


Kalau dah kaki judi, kaki judi juga. Bila dah kena tangkap macam-macam alasan yang keluar. Masa kena tangkap, bergelut nak melepaskan diri. Bila dah tak dapat lari, banyak pula alasan pada penguatkuasa. Kalau tak salah, mengapa cuba nak lari ? Menyerah sajalah dan buat penjelasan, kalau tak salah.

"Saya kerja hantar tong gas, saya nak hantar gas, bukan nak beli nombor ekor". Alasan orang tu.

Lelaki ni memanglah kerja hantar gas. Waktu kena tangkap, tong gas dia atas moto depan kedai nombor. Kedai judi tu bukan restoran nak hantar gas. Kalau yer pun, buatlah alasan yang logik sikit. Akhirnya tertangkap juga. Mungkin orang ni panik dan tak sedar yang alasan dia memang tak masuk akal. Kesian betul dia, kerana itu sajalah alasan yang dia mampu beri.

1 ulasan:

  1. Saya pernah nampak budak hantar makanan segera (delivery orders), parking tepat depan kedai 4D... beratur beli nombor ramalan. Hmmm...! Agaknya yang menang loteri tengah buat parti kat dalam tu kot...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.