Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Disember 2009

Isteri Tak Bantu Suami Niaga


Tahun lepas, saya mengikuti satu kursus masakan nasi ayam Hainan di Melaka. Saya berkenalan dengan seorang peserta dari Melaka. Sampai sekarang, dia tidak tahu saya kerja apa, yang dia tahu saya kerja sendiri. Memang betullah, waktu itu saya sebagai Pendakwa Syarie di Johor Bahru, kerja sendirilah tu, bukan orang lain bekerja untuk saya.

Katanya dia sekarang berniaga kedai runcit dan perniagaannya sekarang semakin tenat kerana kewujudan pasaraya besar di Melaka dengan banyaknya. Maka dia sudah dan merancang untuk mengubah perniagaannya dalam bidang makanan pula. Memang benar, perniagaan dalam bidang makanan mempunyai peluang yang terbuka luas untuk kita orang Islam. Saya pun beri semangat dan galakan pada dia.

Sebelum ini dia sudah beberapa kali mengikuti kursus berbayar yang dikendalikan oleh chef berpengalaman. Antaranya kursus buat air soya dan yang berkaitan dengan soya. Ceritanya lagi, pada bulan Ramadhan lalu, dia berniaga di bazar Ramadhan. Alhamdulillah, perniagaannya maju dan memuaskan. Dia ada dua orang lelaki pembantu di bazarnya. Jadi, tiada masalah besar di bazar.

Bagaimanapun, kerjanya di rumah banyak juga  untuk menyiapkan bahan untuk dijual. Malangnya, isterinya tidak membantunya untuk menyediakan hasil jualan. Ceritanya lagi, isterinya lebih rela baring depan tv tengok astro, yang paling minatnya cerita hindustan. Jadi tinggallah suaminya seorang diri setiap hari dalam bulan Ramadhan bertungkus lumus menyiapkannya. Seronok dengar dia bercerita, apatah lagi orang Melaka yang bercerita, tak ada simpan-simpan, habis terburai satu persatu cerita rumahtangganya. Cuma cerita kain terburai jer tak cerita.

"Habis tu bang, isteri abang ada beri semangat ke ? Saya tanya dia.

"Semangat ? Jangan haraplah nak beri semangat, makin menjatuhkan semangat adalah". Jelas abang tu.

"Tahu tak, abang beli mesin nak buat soya dia bising, dia kata menyemak kat rumah" Tambahnya.

"Ini lepas ni, abang nak beli apollo (tempat bakar ayam), mesti isteri abang lagi bising". Awal-awal lagi abang ni dah buat tekaan. Betul le tu, dia lebih tahu, itu isteri dia, sikap isteri dia pun dia kenal.


Inilah cerita masyarakat.... Ini antara sebab orang Melayu tak berapa berjaya dalam perniagaan, sebab sikap bukan tak pandai. Kenapa orang Cina boleh berniaga makanan dan yang makannya Melayu juga. Kuih Pau Ahmad taukenya Cina tapi orang Melayu yang ramai mengkayakan dia.


Ceramah Saya Kepada Usahawan
 
Saya bawa cerita ini waktu saya berceramah kepada bakal-bakal usahawan di Hotel Nagaria, Kluang beberapa bulan lepas. Yang hadir dalam ceramah tu semua 50 orang bakal usahawan makanan terdiri daripada siswazah mengganggur, yang baru diberhentikan kerja dan ada juga peniaga. Kursus dibiaya oleh kerajaan selama 3 bulan. Orang yang kursus itu juga dapat elaun RM 500 sebulan. Saya berceramah motivasi selama 2 jam, mereka dengar dengan khusyuk. Lepas ceramah, waktu makan, ramai peserta yang berkerumun dan nak berbual dengan saya berkenaan beberapa isu yang saya sentuh dalam dunia perniagaan.

Ada peserta yang hairan, bagaimana seorang kadi boleh berceramah bab ekonomi macam seorang peniaga yang ada pengalaman. Saya kata, saya banyak pergi kursus keusahawanan, saya suka tengok orang berniaga, cuma saya tidak berniaga saja. Saya pun suka komplain masakan orang kat kedai, itulah saya. Ada pula peserta yang tidak lama lagi nak bersara dari tentera. Dia kata,
 
"Terima kasih tuan kadi, saya berjanji nak sahut cabaran tuan kadi tadi. Lepas habis kursus, saya terus nak niaga. Kita kena berani, tapi berani saja kalau takde pengalaman takde makna".
 
"Betullah tuan cakap, isteri saya pun sedikit pun tak beri sokongan saya berniaga, dia kata lebih baik saya kerja  jaga (pengawal) daripada berniaga. Dia lebih sanggup saya jadi jaga"
 
Nasib baik mulut saya tak gatal. Kalau mulut saya gatal, saya cakap saja..


"Kawin lagi satu lah bang, nanti saya uruskan". Saja jer menambah, jangan marah.




6 ulasan:

  1. salam..ustaz.nak tanya cikit...di mana ustaz tau ada kursus masakkan..?kat kluang atau pun luar daerah?semua org boleh sertai kursus2 masakan kee..??kena bayar..?berapa hari biasanya.?dan..berapa kena bayar..minta maaf ustaz.banyak lak sy tanya..saya minat memasak..lagi2 masakkan cina..tapi selalunya belajar dalam buku je..kalau dapat ikuti kursus2 masakkan lagi bagus..(nasi ayam hai nan mgg sedap..hainan tu singapure.nasi ayam singapure)

    BalasPadam
  2. Nak tau iklan kursus tu, selalu-selalulah baca Harian Metro. Baca kat iklan. Kursus tu biasa sehari RM 200, pagi sampai petang. Mana-mana tempat pun ada.

    BalasPadam
  3. salam. suami kena lah terbiah isterinya dengan baik..jgn ada hal saj a, nak kawin lain, perbetulkan isteri yg satu tu dulu dari nak menambah isteri..sebab apa2 hal pasal isterinya di akhirat nanti , Allah akan tanya suami jugak..

    satu hal nak tanya ustad la..bab nasak memasak ni..adakah menjadi kewajipan dalam Islam ataupun cuma budaya melayu saja?? sebab dalam khutbah nikah semua pun tak sebut tapi bagi ramai suami dan mak mertua ia jadi isu besar pulak...bab suami tidak memberi nafkah zahiri batin yg mencukupi, naik kaki naik tangan atas tubuh isteri dan anak2, , simbah asid orang tak kisah, tapi bab masak memasak ni pulak jadi hal besar!

    BalasPadam
  4. Masak memasak ni kenalah pandai dan sedap. Nak jadi isteri kenalah tahu memasak, jangan nanti komplen suami makan kat luar saja.

    Saya selalu tegur masa kursus kawin, orang sekarang tak ambil berat pasal masak kat rumah terutama pada suami. Orang nak marah saya marahlah sebab saya tahu ada banyak yang betulnya apa yang saya cakap tu.

    Bab pukul isteri tu, simbah asid dll tu memang tak patutlah suami buat camtu.

    BalasPadam
  5. salam...nak komen sikit pasal isteri malas tolong tu.pernah berlaku kat saya juga ...malas nak tolong suami...sebabnya:Dia berhenti kerja sebagai jenior eksikutif sebab nak berniaga.Isteri dah siap uruskan makan anak2 sebelum pergi kerja.Kat opis berkerja juga.Kadang-kadang penat,malam pula tak habis lagi dgn kerja rumah lagi.Oleh itu biar lah dia buat sendiri kalau nak berniaga

    BalasPadam

Dipersilakan komen.