Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

12 Disember 2009

Khalwat Dalam Reban Ayam


Waktu jadi Pendakwa Syarie dulu, ada satu kes di sebuah daerah yang membingungkan saya juga. Kesnya tangkapan khalwat dalam reban ayam, alamatnya tidak dinyatakan dengan jelas. Saya tanya penguatkuasa yang menangkap untuk menjelaskan tempat kejadian yang kena tepat sebelum disebut di Mahkamah.

Penguatkuasa kata, betullah reban ayam, alamat yang tepat tiada. Memang betul le kata penguatkuasa tu, saya pun jadi penguatkuasa sebelum jadi pendakwa.

Dalam kes ini, perempuan tu kata dia nak hantar makanan ayam pada Mat Indon tu untuk makanan ayam. Katanya sekejap saja duduk situ dan tak masuk pun dalam reban tu. Sebenarnya dia kena tangkap dalam reban tu berdua, pintu reban pun tertutup rapat. Di dalam reban itulah mereka 'berasmaradana' ditemani beberapa ekor ayam.  Tahulah, ini reban ayam besar, bukan reban kecil kat kampung tu.

Hakim Pun Hairan Juga

Dalam mahkamah, dituduh seorang wanita yang sudah bersuami dengan lelaki Indonesia bujang dalam reban ayam. Bila saya baca pertuduhan dan fakta kes, tertuduh mengaku salah. Apabila hakim tanya, adakah semua fakta yang dibaca pendakwa itu betul atau tidak, dia jawab betul.

Rasa saya, hakim pun mungkin agak hairan dengan kes ini iaitu kejadian dalam reban. Hakim tanya tertuduh keadaan yang sebenar, nakkan kepastian.

"Betul ke semua fakta yang dibaca pendakwa tadi ?". Tanya hakim.

" Betul Tuan Hakim". Jawab kedua-duanya.

"Jadi betullah kena tangkap dalam reban ayam ?". Tanya hakim lagi,  nak betul-betul pasti.

"Yer, betul tuan hakim". Kata orang tu.

"Jadi awak masuk dalam reban tu dengan lelaki tu ?". Hakim tanya lagi.

"Yer". Keduanya jawab danbil mengangguk.

Memang kelakar, dalam reban ayam pun boleh buat kerja terkutuk ni. Kan bersepah tahi ayam tu. Agak-agak berselera juga dia orang buat kerja ni kat tempat camni.  Kat tempat busuk pulak tu, isteri orang dan suami orang pula tu. 

13 ulasan:

  1. kalau dah tak tahan, mane2 pon jadik kan..huhu.. tp pernah dengar kisah orang tua yg idop bertahun-tahun dok dlm reban ayam, tak pernah sakit, kat johor nie?

    BalasPadam
  2. nafsu mengatasai segalanya....teruk.

    BalasPadam
  3. salam..ziarah...hehe...lawak2..ahhaa

    BalasPadam
  4. dah nak buat kerja kotaor dan tak baik,sesuai sangatlah dengan tempat busuk....

    BalasPadam
  5. salam,

    macam2 hal, ikut nafsu beginilah..

    BalasPadam
  6. yang busuk tu le yg sedappppp ek

    BalasPadam
  7. kalau ikut hukum hudud dah kena rejam sampai mati dah pompuan tuh

    BalasPadam
  8. Nampak sangat perempuan Melayu ni gila seks - Indon ke Bangla ke, semua dia nak rasa dibelasah....
    Jijik betul la...Gila seks.
    Macam kes rogol anak juga....

    BalasPadam
  9. tak malu kat ayam...!!! lagi tak malu kat Allah..pelik no..Nafsu punya pasal..Taik ayam ada pun takpalah..

    BalasPadam
  10. Kalau dah naik nafsu, ayam togel kat reban tu pun boleh disapunya... hehehe.

    BalasPadam
  11. dunia hari ni...nauzubillah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.