Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

10 Disember 2009

Rompak Kedai Emas. Ada Pukau atau Kecuaian ?


Akhbar hari ini menceritakan kes rompakan di sebuah kedai emas di Pasar Payang Kuala Terengganu. Boleh kata kebanyakan akhbar kata ini 'kes pukau'. Betul ke tidak ada pukau ini ? Cerita pukau ini mungkin dari kata-kata saksi atau anggapan pihak media saja, bukan kenyataan polis. Pihak media janganlah terus meletakkan cerita 'pukau' ini sebagai tajuk utama. Pastikan dulu. Jangan pandang ringan, cerita ini boleh sampai merosakkan akidah orang Islam. Bab syirik dan khurafat ini jangan dipandang remeh.

Saya biasa ke Terengganu. Yang saya hairan, kebanyakan kedai emas di sana terutama milik peniaga Melayu kurang kawalan keselamatan. Ada beberapa kedai yang tiada pengawal keselamatan lansung. Pergerakan dalam membawa barang kemas bernilai ribuan malah jutaan ringgit juga dibawa menggunakan kenderaan biasa, bukannya kenderaan keselamatan. Kedudukan kedai emas di sekitar Pasar Payang yang sesak juga memudahkan perompak.

Ikutlah contoh pihak bank. Bank di Johor Bahru ke Kuala Lumpur pun, semua kawalan keselamatannya baik. Di Terengganu pun, semua bank ketat keselamatannya, mana ada bank yang longgar macam sesetengah kedai emas.

Pernah saya tanya orang sana, kenapa keadaan keselamatan di kedai emas di sana kurang ketat. Dia kata.

"Sini jenayah tak banyak, tak macam kat Johor". Sekarang, bila dah berlaku, baru sedar. Jadi, fikir-fikirkanlah bersama... Mungkin ini juga adalah kecuaian pemilik kedai sendiri.

4 ulasan:

  1. Ya, baru saja baca kisah rompakan emas cara pukau tu. Kononnya perompak dari Timur Tengah..


    bijak, sebab survey beberapa hari sebelum menyerang..

    *Lama dah tak pi Pasar Payang. Rindu plak...

    BalasPadam
  2. sy tgk kt tv, betol la kedai tu xde ciri keselamatan mcm kat johor nie. selalunye kedai emas dpn jln besar, diorang pasang jeriji.. klo kdai emas dlm kompleks je baru xde jeriji, tp pkai pak guard..

    BalasPadam
  3. Salam.

    Pukau pun boleh jadi jugak. Pukau sebahagian drp sihir. Sihir dalam kalangan bangsa Arab, sejak zaman Nabi pun dah dinyatakan hebat-hebat belaka.

    Bukan semua orang Arab jadi perompak. Samalah, bukan semua orang bermotor itu Mat Rempit.

    Unsur kecuaian pun ada, saya kira cuai dan pukaulah yang 'menjayakan' rompakan 1 juta tu..

    BalasPadam
  4. mampiuh la yg bg komen nie ada yg kisah ker

    BalasPadam

Dipersilakan komen.