Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Disember 2009

"Saya Seminggu Lagi Nak Nikah Lagi Satu"




Tahun 2004 dulu, saya menghadiri satu program anjuran JAKIM di sebuah hotel di luar negeri Johor. Johor menghantar 2 pegawai termasuk saya. Semasa program 3 hari ini, waktu makan, kami  sempatlah berkenalan dengan seorang pegawai agama dari sebuah negeri lain namanya Ahmad (bukan nama sebenar) umur 50 tahun lebih. Entah apalah puncanya, tiba-tiba termasuk pula bab kahwin dua ni. Tak tahulah puncanya boleh masuk topik kawin dua tu, tapi biasalah tu kalau lelaki berkumpul, terkeluarlah cerita macam tu. Pegawai itu cerita,

"Saya sebenarnya, seminggu lagi nak nikah lagi satu". Kata Ahmad. Terkejut juga orang lain mendengarnya.

Ini cerita real punya, bukan cubaan lagi.  Bila dah cerita camni, lagi ramai yang minat dengar. Berlaku pula soal jawab. Kawan saya yang dari Johor tu nampaknya macam berminat sangat, mungkin ada makna di sebalik tu.

"Kawin dengan siapa tu, anak dara ke janda ?" Tanya pegawai tu.

"Anak daralah satu pejabat, umur 30-an". Jawab Ahmad.

"Wah hebatlah. Isteri tak bising ke ?" Tanyanya lagi.

"Bising memanglah bising, tapi petuanya kawin saja dulu. Bising tu dah tentu, yang penting dah kawin dulu." Jawab Ahmad macam penuh keyakinan.

"Sebenarnya, bising orang perempuan ni bukan sampai ke mana" Tambah Ahmad lagi.


10 ulasan:

  1. kusssss semangat. baru baca tajuk macam dah lain macam ni tuan....rupa2nya orang lain....huhu

    BalasPadam
  2. Orang lelaki bangga bila berjaya tambah anak... paling bangga bila dapat tambah bini..

    begitulahhh...

    BalasPadam
  3. bukan berbangga...tapi bersyukur...
    "alhamdulillah"...

    ikhlas
    aji bakhil

    BalasPadam
  4. x tau nk cakap mcm mana..suami tak duduk pada kedudukan isteri dia takkan pernah rasa perasaan isteri tu. walaupun poligami itu satu sunnah... tapi pernah pk ke sebelum nk kawin lagi satu tu perasaan isteri yang sedih,bertarung nyawa melahirkan zuriat,menyediakan makan minum,tolong suami susah senang,tak tido mlm di kala menjaga anak yang sakit dan suami yang sakit...tah la,tak reti nk komen banyak2..kalo rasa itu kebahagiaan dia,terpulang...

    BalasPadam
  5. Ok, bersyukur.

    Berada di situasi lelaki, fitrah naluri lelaki untuk memiliki lebih. Dalam masa yg sama mungkin isteri terlalai atau tidak dapat memenuhi kehendak sepenuhnya yg diimpikan suami..

    Saya pernah kata pada seorang ‘kakak’, “bagus suami kakak kahwin lagi satu.” Sebab dia berusaha untuk mencari yang lebih baik. Tak gitu?

    *Macam biasa > kalu suami saya banyak duit, saya tak kisah dia kahwin lagi, dan lagi...

    BalasPadam
  6. tapi pernah pk ke sebelum nk kawin lagi satu tu perasaan isteri yang sedih,bertarung nyawa melahirkan zuriat,menyediakan makan minum,tolong suami susah senang,tak tido mlm di kala menjaga anak yang sakit dan suami yang sakit

    MACAM TAK IKHLAS JE BUNYINYA... TAK KAN SUNNAH NAK MENYEDIHKAN WANITA PULAK, TAK? MESTI ADA HIKMAHNYA TERSENDIRI!

    OK, SAMBUNG SELEPAS JUMAAT.

    BalasPadam
  7. Statement ni "tapi pernah pk ke sebelum nk kawin lagi satu tu perasaan isteri yang sedih,bertarung nyawa melahirkan zuriat,menyediakan makan minum,tolong suami susah senang,tak tido mlm di kala menjaga anak yang sakit dan suami yang sakit..." ~

    ~ menunjukkan ppuan buat keja sikit yg wajib @ sunat ni pun dah mengungkit2.....tak faham perangai ppuan...

    BalasPadam
  8. Dah 24 thn hidup dgn keluarga mertua yg poligami. Ape yg saya nmpak, Tekanan perasaan yg terlampau bg wanita. Walaupun nampak redha. Dia kelihatan sgt kesunyian. X tau salah siapa. Hakikatnyer... itu takdir Allah Yang Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  9. sgt kesunyian ?????
    anak ramai atau sedikit?
    kalau dah 20 thn, ada anak, tak kan tak de cucu?

    kalau ada anak cucu, tak mungkin sunyi...
    kalau sunyi buatlah keja2 amal, libatkan diri dgn masyarakat, sibukkan diri, bercampur dgn org...

    BalasPadam
  10. ustaz.... sy mahu iklan di sini bhw sy mencari suami yg dah ada 2 isteri tp masih tak bahagia krn kedua2 isteri tak "menyejukkan mata memandang"...

    sy punya segalanya harta dunia tp tak punya suami...
    sy tak minta nafkah zahir dari suami cuma sesekali perlukan teman sahaja utk menemankan sy bercuti....

    ada tak agaknya calon utk sy??? yg penting lelaki itu mesti sihat & punya anak ramai (bukti dia subur & sihat)....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.