Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

09 Disember 2009

Susahnya Nak Hidup Insuran Moto (Episod 6)

Tadi kawan saya pergi ke sebuah pejabat Pos  nak hidup insuran moto Honda ex-5. Petugas di kaunter tu kata, dia tak ambil insuran untuk Honda moto ex-5 dan Yamaha 135 LC. Kawan saya tu tanya alasannya. Orang tu kata, dia tiada kadar yang tepat untuk moto ex-5 dan Yamaha 135 LC.

Kawan saya tu pergi ke sebuah syarikat takaful, juga gagal. Orang tu kata, dia tak boleh kasi insuran sebab dah lebih 5 tahun. Jadi, moto kawan saya tu tahun 2003, dah kira 6 tahun. Kemudian, kawan saya pergi ke satu lagi insuran , barulah dapat. Tapi bayarannya mahal RM 180 lebih untuk first-party, terpaksa juga ambil.

Ok. Yang pertama di pejabat pos tadi, betul ke dia kata dia tak ada kadar untuk 2 jenis moto ini ? Atau itu satu penipuan ? Kalau betul dia tidak ada kadar tu, bila pula dia nak dapatkan kadar tu ? Kan sekarang ada komputer, internet dan telefon, kenapa tak boleh dapatkan kadar tu. Bila agaknya dia dapat kadar tu... esok ? lusa ?...belum tahu. Atau pun sengaja nak tolak moto jenis ex5 dan Yamaha ni ?

Ok. Kalau kita tanya pegawai polis di mana-mana pun di seluruh negara, tanya dia moto jenis apa yang paling banyak kena curi ? Jawapannya, yang paling banyak adalah Honda ex-5 dan yang kedua Yamaha 135 LC. Jadi, jawapan mengatakan tak ada kadar tu mungkin satu alasan nak tolak permohonan ni saja. Kenapa tu ? Syarikat insuran takut rugi ker ? Jangan lah gitu... Kalau dengar cakap agen insuran hayat, waktu nak tarik pelanggan, dia kata syarikat dia untung saja. Tapi, dalam soal ni, janganlah takut rugi pulak.

Kedua, syarikat takaful tu tolak moto yang dah lebih 5 tahun sebab apa ? Mungkin takut sebab dengar nama Honda ex-5 ? Apa beza honda ex5 tahun 2003 (dah 6 tahun )dan 2005 (baru 4 tahun), sebenarnya sama saja. Kalau moto rosak, pemilik repair sendiri, bukan mintak duit kat insuran.

Insuran yang ketiga dia pergi tu terima, lapanglah juga hati kawan saya tu walaupun bayarannya mahal. Tapi apa boleh buat, terima sajalah. Kepada orang ramai yang baca artikel ni, kalau anda ada ruang untuk menyuarakan rasa hati rakyat, panjangkan cerita ini. Orang yang bawa moto ni bukan orang berada sangat, tapi mereka jangan dipinggirkan. Orang yang tak mengalami memanglah tak tahu susah payah nak hidup insuran macam ni. Kalau ada pihak berkuasa atau berwajib, cuba atasi masalah ini untuk kebaikan bersama.

Kisah Kereta Episod 7, klik sini

3 ulasan:

  1. Setuju. Sebab saya hari-hari pegi keja naik motor... Kadang2 jer naik bas..

    BalasPadam
  2. sya menulis atas nme ejen insuran-sya pun kadang kala tak puas hati tp kami ejen ni terikat dgn sykt insuran.Kalu bole nak tlong smua org dpt insuran yg pling baik dn terendah...tp sya pun tk mampu.sykt insuran yg byk songeh,itu tk leh..ini tak leh...mcm sykt TAKAFUL,moto lama tak mau,moto terlebih mahal pun tak mau,kete lama sruh amik third party
    ..tak boleh nak buat ape...seeba salah nak bgtau pelanggan

    BalasPadam
  3. ye saya sangat setuju dgn ustaz. bkn sahaja ex5, moto kriss pun susah sy nk renew insurans. bkn 5 tahun, tp baru 3 tahun motor tu. di sepak kesana, ditendang ke sini, dihulur atas, bawah...akhirnya ada jugak yang terima. tu pun sangat mahal lebih 180. masyaallah...yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya. itu prinsip kapitalis.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.