Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 Oktober 2009

KERETA 15 TAHUN KENA MASUK PUSPAKOM UNTUK HIDUP CUKAI JALAN (Episod 3)



KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan. Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.

Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan. Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itu merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.

“Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan kerana pemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untuk proses yang leceh itu,” katanya yang memiliki Proton Wira berusia hampir 15 tahun. Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan. Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setuju kerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaan berusia lebih 15 tahun.

“Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.

“Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan,” katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun. Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturan itu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yang memiliki satu kenderaan.

“Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,” katanya.
Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlu memastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturan baru itu menyusahkan orang ramai.
“Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.
“Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harus diutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu, malah pengguna jalan raya lain,” katanya.  (BERITA HARIAN 30 Oktobe 09)

Cerita Kereta Episod 4, klik sini




FORUM PERDANA MALAM TADI

Alhamdulillah, forum Ehwal Islam malam tadi di Masjid Al-Falah Simpang Renggam berjalan lancar dan kehadiran orang ramai cukup memberangsangkan walaupun dibuat pada bukan hari cuti. Panel malam tadi adalah Ustaz Morsid bin Mahrof, saya dan dipengerusikan oleh Ustaz Hamizan bin Sayuti

29 Oktober 2009

ISTERI LARI DARI RUMAH, NAK KERJA GRO KELAB MALAM



Utusan Malaysia hari ini mendedahkan satu kisah rumahtangga yang menghadapi masalah besar. Suami seorang saudara Kita (saudara baru) berkahwin dengan isterinya orang Melayu. Mulanya isterinya bekerja di sebuah kilang industri di Johor Bahru, kemudian berhenti kerja. Mungkin atas desakan ekonomi, isterinya mahu bekerja di sebuah kelab malam. Bagaimanapun suaminya melarang kerana tahu pekerjaan tersebut adalah haram.

Isteri kemudiannya telah bertindak keluar rumah meningglkan suaminya untuk melaksanakan cita-citanya bekerja di kelab malam. Suami kemudian membuat aduan kepada Biru Aduan MCA di Johor Bahru. Cerita rumahtangga keluarga Islam ini sebenarnya memalukan kita sebagai orang Islam dan tidak sepatutnya berlaku. Aduan yang dikemukakan kepada MCA juga macam ada benda yang tak kena juga. Iaitu, kenapa perlu membuat aduan kepada MCA, kenapa tidak ke Biro Aduan Parti Politik yang beragama Islam,Pejabat Agama atau kaunselor yang lain. Bagaimanapun, ini memperlihatkan kejayaan Biro Aduan MCA dalam memperjuangkan isu masyarakat. (Cuma apa yang tak kenanya itu, mungkin saya akan cerita dalam Forum Ehwal Islam di Simpang Renggam malam ini)

Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ dulu, kes wanita bekerja di kelab malam ini sukar dibenteras walaupun banyak serbuan dilakukan. Ini ditambah pula dengan gaji dan ganjaran lumayan yang diterima pekerja. Dulu saya tangkap dan heret wanita-wanita ini ke mahkamah atas kesalahan "mendapat wang hasil dari maksiat". Bagaimanapun, kegiatan mereka terus berjalan hingga sekarang. Di Johor Bahru sahaja ada berapa puluh kelab malam ? Ada yang berlesen dan ada yang tak berlesen. Oleh kerana banyaknya tempat maksiat, makan peluang untuk orang Islam bekerja di situ terbentang luas.

Bila terjadi pendedahan cerita dalam Utusan Malaysia ini, sepatutnya kita sebagai umat Islam seharusnya merasa tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah terletak kepada semua lapisan masyarakat, bukan segelintir saja.

Malam nanti, saya akan berforum di Masjid Al-Falah Simpang Renggam, isu ini kalau saya ingat, pasti saya akan sentuh. Tajuk forum malam ini adalah Peranan Masjid di Dalam Masyarakat Islam. Oleh itu, institusi masjid perlu diperkasakan termasuk menyeru berbuat baik dan mencegah kemungkaran ini. Masjid bukan tempat beribadat semata-mata dan perana masjid perlu diperkasakan.

28 Oktober 2009

KOPI JANDA



Pernahkah anda minum 'Kopi Janda '? Terus terang, saya tak pernah  minum sebab saya bukan suka sangat minum kopi, saya suka teh tarik saja. Tapi kalau orang hidang kopi pada saya, saya tak tolak. Soalnya, kenapa dinamakan Kopi Janda ? Tidak adakah nama lain yang lebih sesuai......

Apa pun kita nak kata, kopi Janda telah berjaya meletakkan namanya ke satu tempat yang tersendiri. Maknanya, dari segi pengiklanan, syarikat ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai dalam masa yang singkat sahaja. Sudah pasti nama Janda itulah yang membuatkan syarikat ini berjaya. Baru-baru ini, ada NGO yang membela hak-hak wanita membuat bantahan, supaya nama kopi Janda ini ditukarkan kepada nama lain.  NGO ini tidak mahu nama Janda ini dipermain-mainkan sehingga menjejaskan kehidupan seorang janda. Bagaimanapun, syarikat pengeluar kopi ini menafikan bahawa dia menghina golongan janda dan mempertahankan untuk terus menggunakan nama janda ini.

Pada saya, kalau kopi ini tidak guna nama janda, maka pasarannya akan terus merudum dan tidak ada umppp lagi. Saya yang tak pernah minum kopi ini beranggapan, kopi ini lebih kurang sama saja dengan kopi lain yang ada di pasaran, cuma nama yang membezakannya. Kalau rasanya lain sekalipun, mestilah ada rasa yang lain dari setiap jenama.

Adakah Kopi Janda ini ada power ? Dulu orang banyak cerita tentang kopi Tongkat Ali, Ali Cafe, Kopi Jantan, tapi Janda ini bukan sebarang janda, janda ini dari kayangan sehingga mengalahkan jenama yang dah lama bertapak. Saya mula dengar iklan radio sewaktu dengar iklan radio di Terengganu berbunyi:

"Penaja utama kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ada Kopi Janda....".
Tergelak juga saya dengar iklan ini.

Kenapa bukan Kopi Duda ?

Kalau letak nama Kopi Duda, adakah akan dapat menarik minat orang ramai. Yer, duda bukan sebarang duda, duda ada pengalaman luas dalam melayari bahtera dari Portugal ke Melaka mengalahkan Vesco De Gama. Lebih hebat lagi kalau duda yang ada misai tebal macam si dia tu, pasti ramai peminat. Tapi ada juga satu cerita malang bagi duda kalau wali menghalang duda untuk berkahwin dengan anak dara. Maka mungkin atas sebab itu, kopi Duda tidak diberi nama.

Kenapa bukan Kopi Anak Dara ?

Agak-agak kalau letak nama Kopi Anak Dara, adakah ada ramai peminat ? Yer le, tanyalah lelaki, temasuk lelaki yang dah kawin, nak pilih perempuan janda ke anak dara ? Pasti ramai yang pilih anak dara. Tapi kenapa tidak diberi nama Kopi Anak Dara, ada apa kelemahannya ?

Janda bukan Sebarang Janda Bang...

Minum kopi Janda di warung kepunyaan janda tentu akan ada lebih rasa perbezaannya. Bukan saja dapat menikmati rasa kopinya, tapi dapat menjeling janda yang sebenar. Lebih lagi janda yang pandai 'pasang badan', sekali pandang mengalahkan anak dara, ini tip top punya janda. Ini bukan sebarangan jandanya, kalau nak beli kereta, tauke kereta tu kata, ini takde kena sondol teruk punya kereta, sondol sikit-sikit saja. Ini kereta semua barang ori, takde lanyak punya kereta, pegi balik keja saja bawak. Jurujual ini memang sah baru lepas pekena kopi Janda.

 Kepada tuan punya warung dan kedai makan, jangan pulak tak jual kopi janda, nanti pelanggan lari ke kedai janda lain pulak, hilang pelanggan. Kepada wanita yang ada suami, bahaya juga jual kopi janda ini, nanti orang anggap anda janda, tersalah ngorat pulak.
Sekian. Maaf kalau ada yang tersinggung, bergurau je....

26 Oktober 2009

PELAJAR WANITA SEKOLAH MENENGAH LAHIR ANAK LUAR NIKAH



Tadi ada satu laporan dari sebuah sekolah menengah di Kluang, berkaitan pelajar wanita telah melahirkan anak luar nikah. Cerita ini menggemparkan guru dan sekolah berkenaan. Guru yang membuat laporan ini diminta terus membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasa Kluang untuk tindakan lanjut. Semua pihak yang terlibat diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri. Saya tahu, penguatkuasa akan mengendalikan kes ini dengan profesional dan mengikut lunas undang-undang.

Banyak kali saya tekankan dalam ceramah-ceramah saya, bahawa pergaulan lelaki dan wanita tidak boleh terlalu bebas. Saya amat menekankan pendidikan dan jagaan ibu bapa terhadap anak-anak terutama anak wanita. Dalam Islam, ditekankan soal wali dalam perkahwinan menunjukkan bahawa wanita tidak boleh dibiarkan bebas sebebasnya. Kalau sudah jadi hal sebegini, maka nama baik keluarga, masyarakat dan sekolah akan tercemar.

Pengalaman saya sebagai  penguatkuasa JAIJ dahulu banyak jumpa kes mengandung seterusnya melahirkan anak luar nikah. Sekarang ini, ribuan anak luar nikah sedang membesar dan suatu masa  nanti akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Saya pernah jumpa kes ibu melahirkan anak luar nikah kemudian menjualnya kepada keluarga yang bukan Islam. Saya juga pernah jumpa kes melahirkan anak sendirian di rumah, kemudian anaknya dibiarkan mati kelemasan. Saya ada jumpa kes buang bayi termasuk di masjid dan di depan Pejabat Agama.

Dulu waktu saya tangkap pasangan yang berasmara di tepi pantai dan atas moto, ada pihak  yang komplen sampai ke atas. Nama saya diburuk-burukkan kononnya saya tegas tak bertempat bila saya tangkap orang ini. Kemudian bila jadi pendakwa, saya dakwa kes ini walaupun kes ini dianggap oleh sebahagian orang sebagai perkara remeh yang tidak sepatutnya didakwa. Saya tak mahu ambil kira apa yang orang kata, yang penting undang-undangnya ada. Saya tak kira siapa jerung siapa ikan bilis, siapa yang  dianggap salah, akan didakwa.

Pada saya, berasmara di tempat awam adalah permulaan kepada kes-kes yang lebih besar, mula-mula berasmara kemudian lebih dari itu. Bermula dengan itu, boleh berlaku kes yang lebih besar seperti tidur sebilik dalam hotel, rumah sewa, kemudian berzina, seterusnya mengandung dan buang anak. Maka bibit-bibit permulaan kes ini hendaklah dicegah terlebih dahulu, jangan kes dah besar baru nak bertindak. Terlajak sampan boleh undur, dah terberanak nak campak kat mana ?

25 Oktober 2009

KAHWIN LAGI SATU NAK PILIH ISTERI PANDAI DAN RAJIN MASAK



Baru-baru ini dalam satu sesi ceramah kursus pra perkahwinan, saya ada menyentuh soal persediaan sebelum berkahwin. Saya kata, isteri perlu pandai masak sebelum bergelar isteri. Wanita sekarang, tak ambil berat sangat soal masak-masak  ni. Dalam sesi ceramah tu, bila saya sentuh bab ni, saya tengok wanita tunduk jer, buat muka seposen, takut kena soal penceramah. Saya tanya, bakal-bakal isteri ni pandai memasak ke ? Bukan nak tanya menu pelik-pelik, masak biasa-biasa jer kat rumah tu.

Tak perlu nak sembunyilah, ramai wanita sebelum kahwin sekarang tak pandai dan tak suka memasak. Bila dah kahwin nanti, masak pun malas juga dan rasanya belum tahu sedap ke tidak. Berbeza dengan orang dulu, sebelum kahwin ilmu memasak ni di pandang berat sebelum jadi isteri. Tak mustahil lepas ni saya buat satu slot ceramah bertajuk 'masakan' dalam kursus pra perkahwinan ni. Setiap peserta kena bawak kuali, minyak, tepung, beras dan lain-lain masa datang kursus. Tak mustahil bukan ? Lepas tu saya yang ajar masak, ramai peserta terkejut, nanti kena panggil saya 'Chef', chef kadi.

Nak cerita sikit kisah rumah tangga. Beberapa bulan lepas, ada pasangan ingin bernikah lagi satu. Isteri pertama orang Kluang, bekerja di sini. Manakala bakal isteri keduanya orang Kluang juga. Apabila pasangan ini mohon kebenaran nikah di sini secara poligami, saya pun ragu-ragu juga walaupun sudah ada surat kebenaran dari  Mahkamah Syariah. Saya sendiri yang telefon mahkamah, bimbang kalau-kalau ada pemalsuan, maklumlah cop dan tandatangan boleh tiru. Rupanya betul dia dapat kebenaran mahkamah setelah menyelesaikan perjanjian di antara dia dan isteri pertamanya.

Surat mahkamah saja belum cukup untuk saya puashati sebelum pasangan ini bernikah. Pernikahan yang dijadualkan pagi, terpaksa ditangguh ke petang. Saya soal semula wanita ini, betul ke dia nak kahwin dengan suami orang, dia kata yer. Saya tanya, sebagai anak dara dia ada fikirkan ke apa-apa akibat selepas ini, dia kata sudah fikir semasak-masaknya.Lelaki ini umur baru 30-an dan bakal isteri keduanya 20-an. Waduhhhh.....

Lepas tu saya tanya lelaki pula, betul ke dia nak kawin lagi satu. Dia kata yer. Saya tanya, sudahkah dia fikirkan akibatnya termasuk penerimaan isteri pertamanya. Bab-bab tanya soalan ni biasa saya tanya detail. Maklumlah dulu jadi penguatkuasa yang selalu soal siasat orang salah, lepas tu jadi pendakwa yang soal saksi bertubi-tubi. Saya tanya lagi, sebenarnya kenapa dia hendak kahwin lagi satu, isteri pertama pun masih muda lagi. Dia kata:

"Tuan kadi, saya pilih kahwin lagi satu sebab nak cari isteri yang rajin mamasak, bakal isteri saya ini pandai dan rajin masak. Isteri pertama saya selalu sibuk dengan kerja, jarang memasak, biasa beli lauk di kedai saja"

Saya tanya, sibuk kerja takkan seminggu 7 hari dia kerja ? Dia kata, isterinya kerja 5 hari macam biasa, hari cuti pun tak rajin memasak. Katanya, kalau masak pun bukan sedap mana, tapi dia tak pernah komplain, nanti isteri bising.

Saya tak tahulah betul ke tak betul, masak ni antara sebabnya, pada saya pasti ada sebab lain. Isteri barunya tu nampak lebih ayu, tentu isteri pertamanya tak seayu itu, mungkin dah layu. Walau disalut dengan Citra Ayu sekalipun, kalau dah layu tu layu juga. Ops, ni saya pulak menambah-nambah......

Kesimpulannya, bakal pengantin perempuan kenalah belajar masak. Nanti suami cari lain, tak dapek den nak nolong....

Penyakit jantung pembunuh utama di hospital kerajaan


KUALA LUMPUR: Penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.

"Jumlah ini adalah besar dan kami mahu sokongan semua sektor untuk mencari kaedah dan cara bagi mengurangkan penyakit jantung, yang kini semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Heart House", Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) di sini, hari ini. Beliau berkata di negara ini, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun. Katanya, ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.


"Ini adalah satu bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita. Kira-kira 60 peratus daripada kes ini akan diuruskan di unit penjagaan koronari kementerian, manakala bakinya pula mendapatkan rawatan di kemudahan kardiak swasta dan bukan kerajaan," katanya. Bagi mengurangkan bebanan itu, Liow menasihati orang ramai supaya mengawasi faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung, termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi, merokok, kurang bersenam serta pemakanan tidak seimbang, dan mendapatkan rawatan awal. - Bernama




24 Oktober 2009

TIADA BONUS



Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tahun ini tiada bonus yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan. CEUPEC sebelum ini meminta bonus 2 bulan gaji, ramai beranggapan sekurang-kurang dapat juga sebulan gaji.

Yang dapat hanyalah  bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. Sebelum ini gred 1 - 40 telah menerima RM 500 dengan 2 kali bayaran. Rata-rata kakitangan kerajaan yang saya hubungi mengeluh dan macam tak percaya kerana hampir setiap tahun ada bonus. Seorang kawan saya kata,

"Lepas ni mesti ada bonus, kerajaan mungkin akan umum kemudian"

Tak tahulah, akan umumkan kemudian atau tidak. Pada saya, kalau tak umum hari ini, maka jawabnya tak ada bonuslah.  Kita sebagai pekerja di negara kita sudah banyak yang kerajaan berikan dan seharusnya kita bersyukur dengan imbuhan dan kenaikan yang diterima sebelum ini. Bonus bukanlah wajib diberikan setiap tahun, itu hanyalah imbuhan yang diberikan sekiranya kerajaan memikirkan perlu sahaja. Melihat keadaan ekonomi negara yang susut sejak akhir tahun 2007, 2008 dan 2009 sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya. Rakyat Malaysia harus berkorban untuk sama-sama membangunkan negara kita.

Penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan.

23 Oktober 2009

ISTERI KEDUA SELALU MERENGEK

Semalam saya ada berbual dengan seorang yang ada dua isteri. Isteri pertama umur macam dia dalam 40-an. Isteri kedua hujung 20-an. Saya saja-saja tanya pasal pengalaman dia yang ada isteri dua sejak setahun lalu. Apa yang saya bualkan tu, tak perlulah diceritakan di sini. Panjang kalau nak cerita habis.

Cuma yang saya nak cerita kat sini, dia kata isteri kedua dia selalu 'merengek'. Mula dengar macam nak tergelak juga. Kata dia merengek maksudnya, kalau dia pergi kerja atau kat rumah isteri pertama, isteri kedua dia selalu telefon dan hantar sms. Itu yang jadi masalah besar pada suami yang ada 2 cawangan ni.

Saya tersenyum dengar cerita ni, kawan saya yang cerita ni, buat selamba jer.

22 Oktober 2009

SAYA RASA MEREKA BELUM KAHWIN


Gambar hiasan

Tadi saya dapat satu aduan maksiat dari seorang ketua di satu pejabat kerajaan. Ceritanya berkenaan kakitangan bawahannya yang sudah beristeri dan mempunyai anak, tetapi katanya ada perempuan lain. Beberapa kali ketuanya terserempak dengan lelaki itu bersama seorang perempuan dalam keadaan yang intim.  Suatu hari, ketuanya itu terserempak di lobi sebuah hotel di Johor Bahru, menimbulkan prasangka yang buruk oleh ketuanya.

Satu hari, ketuanya memanggilnya di dalam bilik pejabat dan bertanya berkenaan hubungan lelaki itu dengan perempuan tersebut. Lelaki itu dengan berat hati, mengaku dia sudah kahwin di Thailand dengan wanita itu tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan. Selepas itu, lelaki itu seolah-olah tidak suka ketuanya bertanyakan hal peribadinya lagi.

Lelaki itu, berumur 40 an, saya sudah dapatkan alamat rumahnya, jenis keretanya, nombor keretanya. Isterinya juga bekerja kerajaan dan mempunyai empat orang anak. Berdasarkan cerita ketuanya, perempuan yang dikatakan isteri keduanya berusia 20 an atau awal 30 an. Saya rasa maklumat yang diberikan adalah cukup lengkap, saya boleh  memulakan tugas risikan dan penyiasatan secara sulit, saya tahu apa nak buat lepas ini.

Sebenarnya, dalam kes ini, tidak semestinya lelaki ini sudah berkahwin, mungkin juga dia tidak kahwin. Ketuanya tidak berhak memaksa anak buahnya menunjukkan surat nikah semasa memanggil anak buahnya di pejabat. Kalau lelaki ini tidak mahu kasi, tidak boleh dipaksa.

Saya cadangkan, biar saya sebagai Kadi dan penguatkuasa serbu rumah atau hotel sewaktu mereka berdua. Waktu ini, mereka terpaksa menunjukkan surat nikah, ada atau tidak. Kalau tiada, kita boleh tangkap dan menuduhnya khalwat. Kalau ada surat nikah Malaysia, kita percaya surat nikah ini palsu atau sendikit atau penipuan, kita akan siasat dulu. Kerana kalau dia sudah kahwin, mesti dia mohon ke mahkamah untuk poligami. Kalau dia ada surat nikah Thailand atau Indonesia, kita akan siasat dulu. Kalau betul dia sudah nikah,dia boleh didakwa juga atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan nikal luar tanpa kebenaran dan lewat mendaftar perkahwinan.

Sebagai penjawat awam, harap lelaki ini jangan berlagak, kalau saya nak tangkap saya tangkap, saya tak kenal siapa dia. Waktu itu jangan merayu dengan saya, saya tak layan. Kalau dah kena tangkap, cium kaki saya pun orang sanggup, asalkan dia boleh lepas, ini pengalaman saya masa jadi penguatkuasa JAIJ  dulu. Kalau kes melibatkan penjawat awam, jangan ingat nak kautim, mahkamah tetap mahkamah. Mereka tak tahu, dah ramai kakitangan kerajaan kena penjara dan dikenakan tindakan tatatertib jabatan.

Sebagai penjawat awam kena jaga etika, jaga anak isteri dengan baik, jangan main kayu tiga, nanti keluarga kacau bilau. Kalau rasa layak kawin lagi satu dan nak kawin lagi satu, dipersilakan. Kita ada cara-cara mohon ikut undang-undang yang betul, saya pun boleh bantu, tak ada masalah. Saya faham naluri lelaki, kalau dah nak sangat boleh mohon ikut cara betul.

KLUANG





Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk.

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

Pembukaan Kluang berhubung rapat dengan usaha pembinaan jalan kereta api Johor. Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) di bawah Swetthenham ketika itu bercadang menyambung sistem kereta api Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan Singapura. Menjelang penghujung abad ke-19 jalan kereta api dari Kuala Lumpur sedang dibina merentasi sempadan Johor, sementara di Singapura cadangan membina jajaran landasan ke Selat Tebrau telah diluluskan. Oleh kerana terdapat sedikit masalah tentang siapakah yang harus menguasaj jalan kereta api ini, maka pada tahun 1904 satu persefahaman kereta api diwujudkan yang melibatkan penguasaan bersama di bawah satu lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai jahar dan NMB. Pada 1909 jalan kereta api johor dibuka untuk laluan. Kdth Sinclair berpendapat bahawa pembinaan landasan ini telah membawa banyak kesan perubahan, termasuk penghijrahan tenaga buruh dari ladang-ladang getah ke kawasan pembinaan jalan kereta api kerana kadar upah yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor jalan kereta api lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak ladang.










Roslin tuntut cincin risik, kos pengangkutan dan kerja kahwin




KUALA LUMPUR 21 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 21 Disember ini keputusan sama ada pemain badminton negara, Roslin Hashim berhak membuat tuntutan ganti rugi RM53,460 daripada bekas isteri yang dinikahinya hanya selama 12 hari.Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan bagi pihak Hakim Syarie, Mohd. Radhi Abd. Latif yang sedang berkursus.Terdahulu, Nurul Wazeera menetapkan 20 November ini tarikh untuk Faizah Mohamad, 32, selaku defendan memfailkan bantahan awal dan hujahan bertulis terhadap tuntutan bekas suaminya itu.Roslin, 34, atau nama penuh Muhammad Roslin Hashim yang merupakan plaintif diberi tempoh 14 hari dari tarikh tersebut untuk menjawab bantahan tersebut.

Roslin diwakili peguam syarie, Roslizam Rahim manakala Faizah diwakili peguam syarie, Mohd. Amir Nazli Hussin.Bekas pemain No. 1 dunia itu mengemukakan tuntutan perbelanjaan yang dikeluarkan sewaktu merisik antaranya ialah cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).Turut dituntut ialah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Faizah ketika ditemui pemberita memberitahu, dia tidak menyangka bekas suaminya sanggup membuat tuntutan sedemikian.Jelasnya, pihaknya sanggup memulangkan kesemua barang hantaran sekiranya Roslin memintanya untuk berbuat demikian secara bermaruah.

''Apa yang dia buat sekarang adalah langsung tidak masuk akal dan sebagai seorang lelaki dan seorang yang pernah bergelar suami, tindakannya macam tak bermaruah. Saya tidak tahu apa maksud perkahwinan pada dia,'' katanya.

Faizah juga menyatakan, dia merasa ingin ketawa apabila melihat perincian tuntutan yang dibuat oleh bekas suaminya yang dianggap tidak munasabah.Menurutnya, selain bantahan awal, pihaknya juga akan mengemukakan tuntutan balas.Beberapa orang abang Faizah yang hadir pada prosiding hari ini turut meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati mereka terhadap Roslin.

''Dulu kami tidak berkata apa-apa sebab tidak mahu panjangkan cerita. Tapi dia buat macam ini, seolah-olah adik saya tiada maruah langsung. Tuntutan yang dia buat juga tak masuk akal,'' ujar abang sulung Faizah, Zaidi.

Perceraian pasangan itu mengejutkan ramai pihak bukan sahaja kerana ia berlaku 12 hari selepas bernikah tetapi Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh yang singkat itu.Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan tersebut sah bercerai dan talak tersebut jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 1 Februari lalu dan lapan hari kemudian majlis bertandang di rumah Roslin di Kampung Sirih, Kota Bharu dengan wang hantaran RM15,000.
UTUSAN MALAYSIA






21 Oktober 2009

SALAHGUNA GAM



Botol merah gam jenis Haifu RM 35 sebotol, tin hitam gam jenis Dawie RM 25 setin, gam ni yang saya guna sekarang, gam tin hijau mungkin penghidu gam dah habiskan kat kedai, susah nak beli




Jam 9.00-9.30 tadi saya sempat tengok rancangan 360 Mazidul di TV3 tajuknya hidu gam. Saya nak beritahu Mazidul, bahawa gam yang tin hijau itu laris di kedai kerana pemain ping pong selalu membeli gam tersebut. Gam itu harganya dulu RM 2.00, sekarang RM 3.00 hingga RM 3.50 setin dan semakin payah ditemui di kedai-kedai sekarang.  Selain itu, memang gam jenis ini dicari oleh penghidu gam yang profesional untuk mendapat rasa yang paling kau.

Pemain ping pong yang profesional akan membuka getah dan mengenakan gam baru setiap hari sebelum memulakan permainan. Petang tadi saya bermain dengan bekas pemain negeri dan mereka guna gam yang sama. Saya juga pernah bertanya kepada seorang pemain kebangsaan, juga mengaku menggunakan gam tersebut. Gam dipakai sebelum bermain untuk mendapat kesan yang lebih laju dan padat pada raket dan getah. Gam ini penting bagi pemain untuk membuat serangan menggunakan spin. Sekiranya getah tidak digam, maka spin kurang  berkesan dan terpaksa menggunakan tenaga yang lebih.

Tahun lepas, di Johor Bahru ada sebuah kedai di Taman Kemas tidak mahu menjual gam kepada saya. Selepas itu saya kata, kawan saya beli gam di sini semalam dan saya mahu gam getah ping pong. Kemudian barulah tauke Cina itu keluarkan gam tersebut. Saya tahu, gam tersebut selalu disalahgunakan oleh orang tertentu untuk menghidu gam, gambar gam tin hijau itulah yang di dalam 360 tadi.

Bagi pemain ping pong seperti saya, kalau setiap kali bermain menggunakan gam yang dijual khas untuk ping pong, harganya mahal. Contohnya gam jenis Haifu RM 35 sebotol, jenis Dawie 20 sebotol, manakala Buttherfly RM 50. Adalah lebih murah beli gam tin hijau ini yang hanya RM 3 saja. Kalau bermain setiap hari, kemungkinan sebotol gam boleh tahan dalam sebulan sahaja.

Kalau kerajaan hendak haramkan penjualan gam, itu tidak semestinya berkesan, pasaran gelap pasti ada. Cuma yang bimbangnya, kalau lepas ini ada pemain ping pong yang kena tangkap kalau memiliki gam ini. Kalau gitu, pemain ping pong terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk bermain. Kalau Mazidul masukkan cerita dalam 360 malam ni, lagi tauke kedai takut nak jual, maka pemain ping pong susah nak dapat gam murah lagi.

BELACAN PUNYA PASAL




Warga Emas Terselamat Dari Denda RM20,000 Kerana Belacan



DUNGUN, 21 Okt (Bernama) -- Mahkamah Majistret Dungun di sini Rabu mengenakan denda RM600 ke atas seorang wanita warga emas yang menjalankan perusahaan membungkus belacan akibat bahan tersebut tidak mengandungi protein mencukupi.Rohani Ali, 56, didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menyatakan belacan hendaklah mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.


Menurut fakta kes yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus, sampel belacan yang dipaket oleh Rohani dengan harga RM2.50 untuk 400 gram, setelah diuji didapati kekurangan protein iaitu hanya mengandungi sebanyak 23.75 peratus.Sampel belacan itu diuji Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pada 7 April lalu.Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama melibatkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.Rohani mengaku salah terhadap dakwaan berkenaan.

Setelah rayuan, Mohd Yusoff mengenakan denda ke atas Rohani sebanyak RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.Jabatan Kesihatan Dungun diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Mohd Yusoff Othman.



-- BERNAMA




20 Oktober 2009

KARNIVAL SUKAN KLUANG


Ma Lin, pemain no. 1 dunia

Alhamdulillah, tadi selesai mesyuarat bersama wakil-wakil daerah mengenai Karnival Sukan Kluang yang saya pengerusikan. Kesemua 10 wakil  daerah hadir, menandakan sambutan yang baik dari semua pasukan.  Sukan ini tertutup kepada semua staf Jabatan Agama Johor sahaja.

BOWLING :
Pada 31 Oktober, jam 9 pagi. Setiap pasukan 8 orang sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.

PINGPONG:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap perlawanan 3 perseorangan, bergu tiada. Setiap pemain hanya boleh bermain sekali sahaja. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

TAKRAW:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.


BOLA TAMPAR:
Pada 14 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 6-10 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

SUKAN-SUKAN LAIN:
Sukan lain akan dibincangkan kemudian dan belum ada ketetapan.

Mudah-mudahan dengan sukan ini dapat merapatkan persaudaraan di antara semua staf pejabat agama seluruh Johor. Untuk tujuan tersebut, Kluang menawarkan diri menganjurkan sukan ini. Bersama-samalah kita menjayakannya.

Hanya Dalam Masa Satu Minit, Kenderaan Kerajaan Dilaporkan Mengisi Minyak Dua Kali

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.

Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.

Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.


Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.


Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.


Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat. Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.


Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.Penyelewengan melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah turut berlaku di Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Di negeri Perak, didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.


"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.


Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.Masalah pembelian minyak bagi tempoh yang singkat juga serta kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang, menurut laporan itu.

Tiga kenderaan, iaitu dua bas yang bernombor pendaftaran PGW7744 dan PCT7777 serta Proton Perdana PHK42 dilaporkan telah membuat pembelian minyak dalam tempoh yang singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama di stesen minyak yang sama. Selain itu tiga kenderaan yang bernombor pendaftaran PED21, PBF1 dan PAF1 dilaporkan membuat penggantian tayar begitu kerap, dan siasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.



Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga meragukan. Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.


"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," syor laporan itu.



-- (Berita ini saya petik sepenuhnya dari BERNAMA pada 20 Oktober 2009, semoga kes seperti ini tidak berlaku di Johor)




Harga minyak lonjak AS$80 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.
Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam. Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu. Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP




19 Oktober 2009

BERAKHIRNYA AIDILFITRI

Hari ni 30 Syawal, hari terakhir syawal,ada beberapa rumah terbuka yang saya tak sempat pergi. Begitulah meriahnya hari raya di Johor, puasa sebulan, raya pun sebulan. Ada yang dah terlajak, syawal dah habis pun nak buat rumah terbuka juga. Baru saya ingat, Jumaat ni ada kawan saya sms ajak jamuan, takkanlah nak buat jamuan kawin lagi kot.

Berakhirnya syawal, habislah rumah terbuka. Sebulan ni banyak jemputan dan makan takde kawal-kawal punya. Rumah saya pun tak putus-putus orang ziarah, masa takde kat rumah pun ada orang nak datang. Itulah namanya rumah kadi, ramai orang nak ziarah. Tahun lepas, saya pendakwa syarie, taklah seramai ini yang datang. Ada juga yang nak datang, saya tahan, saya kata jumpa saya di kedai mamak saja, bukan apa, taklah sibuk nak masak. Sana pulak boleh berbual sampai pagi, ada tv skrin besar dan ada pelayan tangan berbulu.

BELANJAWAN JUMAAT NI

Diam tak diam, kita dah masuk ke hujung tahun 2009. Jumaat ni belanjawan negara dibentangkan Perdana Menteri di parlimen. Akan adakah berita gembira atau berita sedih. Berita gembiranya kepada penjawat awam adalah seperti bonus, peningkatan elaun cola kepada RM 300 bagi semua tempat (Kluang cola RM 200 saja tak macam Johor Bahru 300), kenaikan elaun perumahan dan lain-lain. Kalau kerajaan beri kelepasan cukai pendapatan, itu bukan terasa sangat, ramai pun orang sekarang tak berapa bayar cukai. Kalau bayar pun tak banyak sangat.

18 Oktober 2009

MLM tertentu, digunakan skim cepat kaya



Sekarang ini, skim cepat kaya ala sistem piramid berleluasa di merata ceruk di Malaysia. Tidak kira di bandaraya, bandar, pekan, kampung, felda, malah merata tempat. Sekarang skim cepat kaya ini menjadikan jualan lansung (MLM) sebagai lesen untuk menghalalkan perniagaannya. Saya sememangnya dari dulu mementang keras skim cepat kaya ini dan banyak menyelitkan dalam ceramah-ceramah saya. Saya banyak nasihatkan orang ramai terutama generasi muda, bahawa untuk menjadi jutawan bukannya mudah, janganlah mudah sangat keluar perkataan jutawan dari mulut, kaya pun belum.

 Ada orang yang baru 4-5 bulan join MLM, sudah mendakwa dirinya jutawan, pakai kereta mewah dan bergerak mencari ahli. Terlintas di hati saya, kalau sudah jadi jutawan, kenapa perlu cari-cari ahli ? Kalau sudah status jutawan sepatutnya duduk di rumah rilek-rilek, atau banyakkan ke masjid atau banyak melancung ke luar negara, nak manfaatkan duit yang ada. Kalau nak jumpa saya, janganlah ajak ke kedai mamak Osman, ajaklah makan di hotel 5 bintang, lepas tu bayar, janganlah suruh saya bayar pulak.

Jualan lansung (MLM) ini pada asalnya tidaklah salah, cuma beberapa syarikat sekarang sudah gunakan MLM itu sebagai tempat membuat skim cepat kaya ini. Contohnya kawan saya masuk syarikat itu dengan bayaran RM 20 ribu dengan buat pinjaman peribadi, kemudian dapat barang. Kalau dikira harga barang tak sampai jumlah RM 20 ribu. Bila saya tanya kenapa mahal sangat ?
.
Dia kata, "kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."

Orang itu dengan bangganya mengatakan dia sudah dapat pegi buat umrah percuma setelah dapat 5 downline yang setiap seorang juga mengeluarkan wang RM 20 ribu. Syarikat ini adalah syarikat yang tersenarai sebagai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Cuma ustaz-ustaz dan ustazah yang masuk skim ini telah tertipu dan terpedaya, sebenarnya syarikat ini tidak mematuhi syariah di Bursa Saham Malaysia. Maknanya, orang yang beli saham syarikat ini adalah haram dan berdosa, itulah penetapan Penasihat Syariah. Jangan jadikan pakej  umrah itu sebagai menglalalkan  peniagaan yang haram itu.

Ada orang yang saya jumpa, sebenarnya bukan jutawan, tapi mempunyai hutang berlapis- lapis. Pinjaman peribadi RM 20 ribu 10 tahun, penjaman beli kereta mewah, pinjaman perumahan, akhirnya duit baki gaji tak sampai RM500 sebulan. Duit 500 itulah nak buat belanja makan, belanja membesarkan anak, duit minyak kereta dan sebagainya. Orang yang seperti ini, macammana saya nak ikut cara dia, diri dia dan keluarga dia pun tak terus. Nanti kalau saya masuk, mungkin jadi tak terurus macam dia juga.

Nasihat saya, nak join MLM, joinlah, saya pun jadi ahli juga syarikat MLM tertentu. Saya masuk, cuma bayar yuran sikit saja, bukannya sampai ribu-ribu. Lepas tu saya dapat diskaun beli produk tu. Kalau saya tak jadi ahli, harga barang lebih tinggi, lagi pun barang tu tak ada jual di kedai biasa. Itu saja, saya taklah target saya nak jadi jutawan dengan masuk MLM. Nak kaya dalam MLM bukan semudah yang disangka, jadi saya masuk MLM setakat nak beli barang saja. Betul, ada orang yang kaya dengan masuk MLM, tapi bukan MLM yang ada unsur skim cepat kaya. Yang unsur cepat kaya ni lah yang ramai jadi kayap.

Ada satu tulisan dari seorang pengirim yang dah menyesal tapi sudah terjebak dengan MLM ini. Saya ambil dan tulis semula di sini...




"Dalam kes saudara saya yang join syarikat tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran....... Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau..... Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful....... Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu....... Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je. "

17 Oktober 2009

HARGA MINYAK MALAYSIA NAK NAIK ?


Sekarang ada desas desus harga minyak RON 95 akan naik sebab harga minyak dunia sedang menuju peningkatan, katanya dalam masa yang singkat boleh naik sehingga USD 90 setong. Saya cerita ini bukan nak buat spekulasi, hari ini dalam Utusan Malaysia ada buat cerita kemungkinan kenaikan ini. Tiada yang mustahil, harga minyak ada masa naik dan turun.

Kalau minyak naik, kereta dan moto tetaplah bergerak juga, tak ramai juga yang naik bas dan keretapi. Macammana nak naik bas, perkhidmatan taklah seelok mana dan bukan semua tempat bas ada lalu. Kalau harga minyak naik, pasti tambang teksi dinaikkan sendiri oleh pemandu teksi, walaupun banyak teksi dah pakai gas. Alasan pemandu teksi adalah, harga barangan lain naik, maka kos penyelenggaraan meningkat.

Kepada pemain saham, peningkatan harga minyak ini adalah sebagai petanda menuju kepada kekukuhan semula ekonomi dunia yang sudah menyusut sejak Ogos 2007 sehingga sekarang. Peningkatan harga minyak bermakna, permintaan di seluruh dunia meningkat kerana industri yang semakin pulih. Kepada pelabur-pelabur runcit, saya nasihatkan supaya membeli saham-saham berasaskan minyak yang berada pada harga murah sekarang seperti SAAG, Kencana, Ramunia, Dialog dan lain-lain.

Kita sebagai pengguna pasti akan terasa dengan kenaikan ini kerana bukan saja harga minyak akan naik, barang lain pasti akan naik harga. Inilah masanya peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan singkat. Yang rumitnya adalah pengguna, yang lebih tepat lagi adalah orang Melayu yang tidak menguasai perniagaan bekalan barangan ini. Orang Melayu kurang menjadi pemborong dan peruncit.

BONUS OH BONUS




Kakitangan kerajaan sedang tertunggu-tunggu bonus tahun ini, dapatkah atau tak dapat ? Baru-baru ini kakitangan bukan pegawai dapat duit raya RM 500 seorang, tapi itu bukan dinamakan bonus, bonus adalah hujung tahun. Yang dapat duit itu pun, duitnya dah habis beli ketupat, rendang, lemang dan sayur lodeh. Ceupes minta 2 bulan gaji, tapi biasalah tiap-tiap tahun mintak 2 bulan gaji tapi tak pernah dapat. Paling tinggi pun dapat sebulan gaji, pernah juga dapat jumlah tetap yang kurang dari gaji.

Bonus ohh bonus....

Belanjawan negara akan dibentangkan tak lama lagi, mungkin seminggu dua lagi. Biasalah, kakitangan kerajaan bukan nak dengar benda lain masa ucapan tu, cuma nak dengar masa umumkan bonus saja. Biasanya bonus diumumkan akhir sekali, di hujung ucapan, kalau umum mula-mula nanti orang lain tak berapa nak dengar ucapan yang selepas itu.

Terserah  kepada kerajaan, kalau dapat alhamdulillah rezeki namanya. Kalau tak dapat pun, atau dapat tak banyak, kena faham-fahamlah ekonomi sekarang. Ekonomi sekarang bukan baik macam dulu sejak tahun 2008 hingga sekarang masih lagi berlaku kelembapan. Maka hasil kerajaan pun ada sedikit berkurangan.

Kursus Kahwin di Kluang

Hari Sabtu ni, pagi beri ceramah kursus pra perkahwinan di pejabat. Ramai peserta yang hadir, maklumlah dah dekat musim orang kahwin ni. Diingatkan kepada para peserta supaya mendaftar lebih awal kerana ada masanya peserta penuh dan tempat terhad.


Kursus Kahwin di Pejabat Kadi Kluang diadakan setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Sesiapa yang nak menyertai Kursus Kahwin di Kluang sila  hubungi email saya, kadikluang@yahoo.com  untuk tempahan. Atau hantar pesanan kepada Facebook saya.

Harga minyak Asia lonjak AS$78 setong

Harga minyak di pasaran Asia melonjak AS$78 setong pada pembukaan harga pasaran hari ini berikutan sentimen data terbaru permintaan minyak mentah yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat. Kontrak hadapan utama New York bagi minyak mentah 'light sweet' bagi pembekalan November melonjak 45 sen kepada AS$78.04 setong.

Minyak mentah pasaran Brent North Sea bagi pembekalan Disember meningkat 41 sen kepada AS$76.64 setong. Pasaran kedua-dua pasaran kontrak hadapan itu juga ditutup tinggi semalam dengan minyak mentah New York ditutup pada paras AS$77.58 setong, paras tertinggi sejak 14 Oktober, 2008 lalu. - AFP

16 Oktober 2009

Gempa kuat gegarkan Indonesia

CILEGON (Indonesia): Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Ritcher melanda barat pulau Jawa hari ini, mengegarkan bangunan pejabat di Jakarta, kata pegawai rasmi negara itu. Gempa itu menggegarkan pesisir pantai berhampiran Ujung Kulon, kira-kira 260 kilometer, barat ibu kota Jakarta. Pegawai rasmi negara itu berkata, sehingga kini tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima.

Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa itu menyebabkan menara pejabat di Jakarta bergegar dan beralun kira-kira dua minit dan orang ramai kelihatan bergerak ke jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi tiada tanda-tanda panik. - AFP

USTAZ MORSID MAHROF

Alhamdulillah, Rabu lepas, sempat saya berkunjung ke kediaman Ustaz Morsid Mahrof di Johor Bahru dalam jamuan hari raya. Ramai tetamu yang hadir dari dekat dan jauh. Siapa Ustaz Morsid ? Ustaz Morsid sekarang adalah pendakwah bebas yang tidak asing lagi di negara kita. Sebelum ini bekhidmat di Jabatan Agama Johor, bersara tahun 2004. Berpengalaman sebagai Kadi, Hakim Mahkamah Syariah dan jawatan-jawatan lain di Jabatan Agama Johor.

Sekitar tahun 1994-1999, ustaz sering muncul di kaca tv dalam forum ehwal Islam yang berjaya menarik minat jutaan penonton. Pada masa itu, Ustaz Morsid saya dianggap sebaris dan sama hebatnya dengan Dato' Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Hasan Ali, Ustaz Ghani Shamsudin dan lain-lain. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TV1 dah makin kurang jemput Ustaz Morsid. Ramai orang cakap, forum Ehwal Islam di TV1 sekarang sudah tak sehebat dulu, antara sebabnya adalah ahli panelnya yang tidak sehebat dulu.



Sejak bersara, ustaz tidak putus-putus menerima jemputan ceramah. Sekarang, setiap minggu, ustaz muncul di radio RTM Johor untuk slot ceramah. Ustaz juga tidak putus-putus menerima jemputan ceramah di sekitar Johor dan negeri-negeri lain termasuk Singapura. Saya percaya, sesiapa yang mengenali ustaz Morsid secara lebih dekat, pasti akan mendampinginya untuk menuntut ilmu. Tentu ada yang istemewa dan orang lain tidak memilikinya.
Mendengar ustaz Morsid berceramah atau berforum sungguh menarik. Saya sebelum ini selalu bersama-sama menjadi ahli panel forum bersama ustaz. Pada mulanya saya rasa rendah diri dan mengelak dari berforum bersama orang yang hebat seperti ini. Lama-kelamaan saya biasa berganding dengan ustaz, banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Ilmunya yang  tinggi, ceritanya yang menarik, gurauan dan gayanya berjaya memukau orang yang hadir.



Ustaz Morsid seorang yang tegas dan ada pendirian tersendiri. Waktu menjadi ketua di pejabat, anak buahnya meletakkan rasa hormat yang tinggi kepadanya. Ustaz pernah jadi ketua saya sekitar tahun 2001- 2004 sebagai ketua penguatkuasa.  Dalam ceramah beliau yang saya dengar, ustaz seorang yang tegas dalam memperkatakan sesuatu hukum dan isu semasa. Kadang-kadang ada orang terasa pedas setelah mendengar ceramah ustaz. Pada saya, siapa yang makan cili pasti terasa pedasnya.Ustaz seorang yang berani menegur sesuatu yang ustaz lain tidak berani menyentuh. Hujahnya cukup kemas beserta dalil dan hujah yang lengkap dan spontan.

Saya adalah guru kepada Ustaz Morsid ?

Satu hari saya terkejut kerana ada orang beritahu saya, bahawa Ustaz Morsid bercerita tentang diri saya dalam satu ceramah. Kebetulan orang itu adalah kawan saya dan dia menyampaikan kepada saya. Ustaz Morsid mendakwa saya sebagai gurunya dan dia sentiasa hormat kepada gurunya. Saya tidak mahu ulas panjang tentang cerita ini kerana saya akui, memang ada sesuatu yang saya pernah ajar ustaz dalam bab lain. Tapi Ustaz Morsid adalah seorang yang sangat menghormati gurunya dan meminta orang lain supaya menghormati guru. Cuma saya tidak menyangka ilmu yang saya berikan kepada ustaz, memberi manfaat sebegitu besar sehingga nama saya disebut dalam ceramahnya. Kata ustaz Morsid, kalau tidak menghormati guru, maka ilmu yang dipelajari tak akan berkat. Sebab itu, saya pernah dengar ustaz menyebut dalam ceramah, antara guru yang dihormatinya adalah Allahyarham Dato Kiyai Haji Shamsudin.

Sebenarnya Ustaz Morsid adalah Guru saya

Ustaz Morsid adalah guru saya, banyak memberi ilmu, nasihat, teguran dan tunjuk ajar kepada saya. Ustaz Morsid yang saya kenali, adalah seorang yang suka berterus terang dan tidak suka berselindung. Kalau kita baik dia akan kata baik, kalau salah dia akan kata salah. Walaupun kekadang ada rasa pedasnya teguran itu tapi saya terima seadanya. Ada orang lain yang ditegur Ustaz Morsid pada mulanya seakan sukar menerimanya, tapi saya menasihati orang tersebut, saya jelaskan bahawa saya tahu hati budi ustaz Morsid dan saya meminta orang berkenaan bertenang dan berfikir sejenak. Akhirnya, orang tersebut akan mengakui bahawa dalam hidup kita perlu ada orang tegur, kalau tidak siapa lagi yang akan mengingatkan kita.

Alhamdulillah, bila kami bertemu rabu lepas, ustaz kelihatan sihat walaupun usia sudah melebihi 60 tahun. Antara petua ustaz adalah berjoging selepas solat subuh di luar hadapan rumahnya sekitar 1-5 kilometer setiap pagi. Saya doakan, semoga keluarga Ustaz dan Ustazah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.





15 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DI KEDIAMAN SAYA

Alhamdulillah, siang tadi dari jam 11.00 pagi hingga 4 petang, sambutan Aidilfitri Pejabat Agama Kluang yang diadakan di kediaman saya, cukup meriah. Ramai tetamu yang hadir, termasuk Pegawai Daerah Kluang.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan hari raya ini terutama pegawai dan kakitangan pejabat agama Kluang yang bertungkus lumus menjayakannya. Saya sempat mengambil gambar kenang-kenangan sepanjang jamuan siang tadi.


Imam-iman masjid seluruh Kluang sedang marhaban sehingga ke luar rumah



Marhaban iman-iman diketuai Imam Musni








































Penguatkuasa JAIJ dari Johor Bahru turut hadir termasuk Ketua Penolong Pengarah, Hj. Noh Kadri dan Pen pengarah Ustaz Adam Ibrahim dan lain-lain dari seluruh daerah di negeri Johor. Terima kasih kerana hadir.


 Petugas Pej Agama Kluang berbaju tshirt merah dan putih macam Ultraman

Alhamdulillah, majlis dah selesai, bergambar selepas selesai majlis

TERSESAT DI KAMPUNG ORANG ASLI

Semalam hari yang mencabar juga bila tersesat lebih kurang sejam di Ladang Pamol dalam perjalanan menuju ke Kg Orang Asli Pengkalan Terah. Maklumlah jalan gelap dan bersimpang-simpang. Sebelum ini ada pokok sawit, sekarang ada tempat sudah rata ditebang, menyukarkan untuk  mengenal pasti jalan sebenar. Alhamdulillah sampai juga lebih krang jam 9.00 malam di Pengkalan Terah untuk jamuan hari raya bersama orang asli di sana. Keluarga yang dah Islam di sini sekitar 10 keluarga.


bersama  penggerak, Tok Batin dan masyarakat orang asli



Gambar di surau

Balik ke rumah lebih kurang 10.30 malam, menerima 2 kumpulan marhaban dari dari beberapa pertubuhan di Kluang. Sempat lagi masak walaupun agak letih , pemandu saya pun tolong.





Kumpulan marhaban yang diketuai saudara Taufik, MPK



Alhamdulillah, ramai tetamu marhaban, sampai ke luar

13 Oktober 2009

2,000 Pelabur Rumpai Laut 'putih mata'

Berita harian hari ini cerita lebih 2000 pelabur skim saham rumpai laut di Ipoh  merana setelah ditipu. Mereka menyertai perniagaan berbentuk pelaburan yang meragukan. Masuk saham satu lot RM 3,900 dan dalam masa sebulan dapat RM 761.00, lepas tu kalau boleh kena cari ahli baru untuk dapat untung cepat. Dapat keuntungan dua tiga bulan, lepas tu tak dapat apa. Penganjur dikatakan sudah mengumpul wang RM 160 juta kemudiannya lesap.
.
Inilah sikap orang Melayu, mudah terpengaruh dengan saham yang bukan-bukan seperti ini. Belajar tentang saham taknak, tiba-tiba terpengaruh dengan dengan benda macam ni. Saya pun pernah masa di Johor Bahru orang cerita pasal rumpai laut ni, maknanya saham ini dah meluas ke seluruh negara dan pelaburnya melebihi 2000 seperti yang didedahkan akhbar. Katanya ternak rumpai laut di tengah laut, rumpai tu pula boleh buat ubat  yang menyembuhkan pelbagai penyakit. Rumpai ini boleh dijual dengan harga yang cukup mahal. Maka ramailah orang melayu yang terkena.
.

Beberapa tahun dulu,  dalam ceramah saya banyak selitkan penipuan dalam pelaburan seperti ini. Tujuan saya untuk mengelakkan orang kita terjebak dalam perkara yang merugikan ini, saya rasa ini tanggungjawab dakwah yang perlu saya terangkan, bukan untuk dapat publisiti murahan. Saya buat contoh tahun 1980-an negara Albania, sebuah negara orang Islam di Eropah yang runtuh kerana skim cepat kaya, ramai penduduk Islamnya muflis dan papa kedana sampai sekarang. Akhirnya Albania walaupun asalnya kaya tetapi rakyatnya hidup dalam kemiskinan.

Ramai orang yang menyokong langkah saya menggunakan pentas ceramah untuk menyedarkan masyarakat, mereka minta saya selamatkan orang kita dari terpedaya.Tetapi ada juga yang menentang sehingga saya pernah kena 'boo' dalam satu ceramah. Orang itu pada mulanya hendak tanya soalan, pengerusi berilah ruang dia bertanya. Tapi dia hentam saya, menuduh saya ingin menyekat oramg Melayu dari maju dan macam-macam lagi kata kesat. Sehinggalah pengacara majlis menghentikan soal jawab dari orang ramai yang mengikuti ceramah saya. Saya sebenarnya boleh untuk berdebat dengan orang yang mempertikaikan itu, kerana saya cukup bersedia dengan hujah saya. Cuma pengerusi hendak mengawal majlis dari dicemari dengan gelagat penyoal yang tidak menghormati majlis. Waktu tahun 2006 itu tengah panas dengan saham 'Swisscash' yang menjanjikan kekayaan kepada orang kita, bagaimanapun saya menentang keras. Cuma satu ayat yang saya ucapkan hari itu yang saya ingat sampai sekarang:

"Kalau tuan-tuan hari ini tidak percaya atas apa yang saya sampaikan, tidak mengapa, mudah-mudahan suatu hari nanti tuan-tuan percaya."

Ok. sekarang tahun 2009, ke mana perginya Swiscash ini ?
.
Mana mungkin saya boleh percaya kepada Swiscash yang kononnya berpengkalan di Republic Dominica, saya pun tak berapa tahu negara tu di benua mana. Tiba-tiba saham ni boleh mempengaruhi ramai orang Melayu di negara kita menggunakan internet. Saya buka laman web berkenaan, ada yang bahasa Inggeris, ada juga berbahasa Melayu. Bentuk perniagaannya tidak jelas, puas saya mencari maklumat lengkap tapi tak jumpa berkaitan pelaburannya. Secara logiknya, kita kena tahu profile pelaburan sesuatu syarikat sebelum menyertainya.
.
Bukan saya hendak cakap saya pandai tentang pelaburan, cuma saya sudah mempelajari mengenai pasaran saham sejak tahun 1992 lagi, waktu saya masih menuntut di UKM. Maknanya sekarang sudah 17 tahun saya menerokai ilmu ini secara tidak formal melalui kawan, bacaan dan datang sendiri ke firma broker saham di Kajang Selangor. Saya tahu, sesuatu syarikat yang dibenarkan memungut wang adalah bank, broker saham, insuran dan koperasi yang berlesen sahaja. Swiscash atau Rumpai Laut berdaftar dengan mana ? Kalau dua syarikat ini hendak mengumpul wang dari pelabur, sepatutnya menjadi sebahagian dari Bursa Saham Malaysia baru lah sah. Dengan itu, untung atau rugi, pelabur bertanggungjawab dari segala penipuan. Ada badan yang memantau saham-saham ini yang dinamakan Suruhanjaya Securiti yang akan mengambil tindakan kepada mana-mana syarikat di Bursa Saham yang melanggar peraturan. Oleh itu, pelabur terjamin.
.
Dulu saya berdebat dengan orang yang masuk skim-skim mengarut ini, dia kata kalau syarikat yang berdaftar dengan kerajaan, tak boleh bagi keuntungan tinggi seperti yang syarikat tidak berdaftar ini. Sebab itulah dia masuk saham yang tak berdaftar ini, tapi bila dah rugi, nak tuntut di mana, kerajaan tak beri jaminan.
.
Cerita ini adalah ibarat drama sebabak Radio Era arahan Din Beramboi. Angan-angan Mat Jenin akhirnya jatuh pokok kelapa, mimpi nak kawin dengan anak raja. Lebai Malang yang tak dapat makan kenduri bila orang dah balik. Si Luncai terjun sungan nak selamatkan diri, akhirnya tenggelam dengan labunya. Angan-angan nak jadi jutawan Rumpai, akhirnya karam dalam laut. Ya Allah, selamatkan orang Islam dan bangsaku.

12 Oktober 2009

PANTUN


Pergi membeli buah sukun
Buah dibeli di kedai Cina
Bahagia itu terletak pada hukum-hukum
Telah ditentukan oleh Allah akan garis-garisnya.

Pokok mati tidak berdahan
Bunga layu di atas batu
Terimalah kepercayaan kepada Tuhan
Kerana kita memerlukan kepercayaan itu.

Buah bidara di dalam guni
Ada melukut di atas peran
Kita berbicara dalam hati nurani
Kerana takut mengatakan kebenaran.

Anak gadis menjual ketupat
Ketupat dijual bersama cendawan
Akal itu adalah suatu sifat
Membezakan manusia dengan haiwan.

KAKI NOMBOR EKOR MALU MUKA




"Bukan nak promosi iklan judi ini, tapi dah biasa tengok"

Beberapa tahun lalu, saya seorang diri naik bas dari Terengganu, sampai ke Larkin jam 6.30 pagi. Lepas tu terus ambil teksi nak balik rumah di Bukit Chagar. Dalam perjalanan saya berbual-bual dengan pemandu ini. Tiba-tiba, ada kereta kemalangan sampai terbalik berdekatan Bomba Larkin. Dia secara sepontan ambil buku kecil dan pen tulis nombor kereta yang kemalangan tu. Lepas tu dia kata,
" Nombor ni mesti boleh naik minggu ni "
.
Saya pun menyampuk,
"Saya rasa nombor tu keluar terbalik, sebab kereta tu terbalik"
.
Dia kata,
"Betullah bang, dulu dia pernah ikut nombor tu tapi selalu pusing"

Saya kata,
"Nombor tu dah naik kat Singapura bulan lepas"

 Lepas tu dia asyik cerita pasal nombor ekor saja,  semakin rancak, dia ingat saya pun kaki judi juga. Saya tanya dia kerja bawa teksi ni sepenuh masa ke separuh masa. Dia kata dia keja di sebuah pejabat, nanti pukul 8 masuk pejabat. Kerana syok sangat bercerita, dia tak sempat tanya saya kerja mana.
.
Bila sampai di kawasan Bukit Chagar dia tanya, flat yang mana satu, saya kata pangsapuri kerajaan tu. Bila masuk pagar itu, dia nampak macam terkejut juga, rupanya bos dia pun duduk situ juga. Dia pun tanya saya,
"Abang kerja pejabat mana ? "

Saya mengakulah saya kerja mana,
"Saya kerja Jabatan Agama Islam, Bahagian Penguatkuasa, kalau ada nak buat aduan bolehlah telefon talian bebas tol 1-800-88-3072"

Saya bayar, angkat beg dan sebelum keluar saya sempat pesan pada dia.
"Hati-hati di Johor Bahru ni banyak operasi judi, jangan sampai kena tangkap"
Kemudian saya terus keluar kereta dan angkat beg keluar dari kereta.

. Tiba-tiba saja dia keluar dari kereta dan hulur tangan salam dengan saya.  Kalau orang tengok mesti hairan, belum pernah pemandu teksi salam dengan orang sampai keluar dari kereta. Mesti orang tu tak senang duduk, saya tahu dia kerja apa,  kaki judi rupanya.