Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 November 2009

Sayangkan Cucu, Belikan Moto Baru



Seorang nenek di Kluang, belikan moto baru kepada cucunya yang baru sekolah menengah tingkatan satu. Sayang punya pasal, duit RM 5000 lebih dikeluarkan sebagai tanda sayang pada cucu. Semalam, cucu kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba moto dengan kawan-kawan dia di satu jalan kampung.

Menurut ceritanya, dia berlumba dengan 3 biji moto bersama kawan-kawan sebayanya. Sampai di satu selekoh, dia terbabas dan terlanggar belakang lori trailer yang berhenti. Dia terpelesuk ke bawah lori tu. Ini menyebabkan dia cedera parah, kaki kanan dan tangan kanannya patah, sekarang masih terlantar di hospital Kluang.

Kepada ibubapa, atok dan cucu sekalian..... Kalau sayangkan anak dan cucu, janganlah belikan moto. Budak umur macam ni dia bukan boleh fikir panjang, lesen memandu pun belum ada. Kalau dah kemalangan macam ni, siapa yang perlu dipersalahkan ? Kalau saya, saya salahkan nenek dia.


29 November 2009

Pau Cina



Beberapa blog yang saya baca memuatkan berita pendedahan mengenai Pau Ahmad yang terkenal hampir ke seluruh negara. Menurut sumber berkenaan, berita ini masuk NTV7 dalam Bahasa Mandarin. Tauke dia berbangsa Cina yang bukan Islam dan mempunyai sijil halal yang sah.

Tulisan saya ini bukan bertujuan apa-apa, cuma nak jelaskan kekeliruan saja. Nama Ahmad telah digunakan seolah-olah kuih pau ini hasil keluaran orang Islam, sebenarnya bukan.

Kedai Makan Ternak Lipas


Suatu hari tu kawan saya bawa makan tengahari di sebuah kedai di Kluang. Sampai dai satu kedai, nampaknya pelanggan tak berapa ramai, mungkin belum jam 1.00 kot. Tengok lauk dia banyak juga tapi terdedah dan tak bertutup.

Saya minta nasi putih dan ambil lauk sendiri. Sedang nak pilih lauk, saya nampak anak lipas di dalam lauk kari ayam. Saya beritau tauke kedai tu yang saya nampak lipas. Malangnya tauke tu buat tak tahu saja.

Saya makan juga sebab nasi dan lauk dah ambil, tapi tekak saya tak semena-mena rasa lipas. Sedang saya makan, tauke tu pegi kat lauk kari ayam yang saya kata ada lipas tadi, tauke tu kata lipas tiada, mungkin dia nak salahkan saya pula. Lepas saya makan, untuk puaskan hati, saya jenguk semula pada lauk tu. Rupanya lipas merayap kat lauk yang lain. Lipas tu keluar masuk dari satu lauk ke satu lauk.

Meloyakan betul. ....
Itulah kali pertama dan kali terakhir saya makan di kedai itu. Harap kementerian kesihatan bertegas terhadap kedai-kedai makan seperti ini di Kluang ini. Kesihatan pengguna lebih penting dan pencegahan awal perlu sebelum terjadi  wabak seperti taun. Saya nampak Pejabat Kesihatan di Johor Bahru bertindak tegas, tahniah. Saya lihat kedai yang nampaknya bersih pun diarahkan tutup sebab tak mematuhi justifikasi yang ditetapkan. Peniaga janganlah mengambil kesempatan dengan sikap berlembut pihak berkuasa terhadap mereka. Jadi peniaga kenalah jaga kebersihan, jangan bela lipas.

27 November 2009

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam: Episod 1

:
Akhbar dan tv semalam memaparkan cerita KASTAM yang merampas beberapa biji kereta mewah yang dianggarkan berjuta ringgit harganya. Menurut sumber dari pihak kastam, kereta itu dirampas dan akan dilelong

Sebenarnya, belum tentu kereta berkenaan dilelong secara terbuka. Apabila lelong secara terbuka, ramai orang yang datang. Malangnya hanya tinggal kereta yang sederhana dan kereta berharga murah sahaja. Kereta-kereta mewah lain yang selalu masuk akhbar dan tv, sebelum ini nampaknya tiada dalam lelongan. Harap-harap selepas ini, adalah kereta mewah yang dirampas ini dilelong. Lebih baik dilelong daripada diberi atau dijual secara terus kepada pihak tertentu. Jangan media cerita rampasan banyak kereta mewah, tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, punya tunggu kereta mewah tak muncul-muncul. Adalah juga satu dua kereta mewah, ingatkan banyak sangat macam laporan media.

Ini cerita pengalaman saya sendiri yang dah lebih 10 tahun pegi tengok kereta lelong kastam. Saya pun masuk lelong juga, ada dapat, ada yang tak dapat. Tapi takpe, kalau tak dapat, deposit 10 peratus dipulangkan balik. Lagi satu, Kastam ni rampas kereta patutnya cepatlahh sikit lelong, jangan simpan 4-5 tahun dalam gudang. Kereta ni kalau lama simpan, jatuh nilai.

EPISOD 2 :
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/kereta-lelong-kastam-episod-2_18.html

Muka depan Blog ini (Banyak lagi cerita menarik)  Klik Sini

Curi Lembu Untuk Aidil Adha



Sebuah akhbar harian hari ini memuatkan berita mengenai geng curi lembu diberkas polis di Pulau Pinang. Lembu itu ditangkap menggunakan sumpit (seperti orang asli)  yang mempunyai pelali.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, lembu yang dicuri itu disumpit dengan pelali sebelum disembelih.

"Sebaik sahaja lembu yang terkena pelali itu rebah, mereka akan segera memasukkannya ke dalam but kereta dan pergi ke satu lokasi rahsia untuk penyembelihan dan melapah.

Dahsyat betul kes-kes jenayah sekarang, lembu tu mesti orang Islam yang beli untuk sambut Aidil Adha.

Selamat Menyambut Aidil Adha


Cara Melaksanakan Korban

1.Dilaksanakan untuk mengharapkan redha Allah dan keampunanNya.
2.Daging disedekahkan kepada fakir / miskin atau dimakan sendiri.
3.Disempurnakan ibadat korban di pekarangan masjid, surau & sebagainya.
4.Perlaksanaannya disaksikan oleh orang ramai secara terbuka.



Kaedah Memiilih Ternakan (sebaiknya)

1.Daripada Penternak Muslim
2.Ternakan makan dari sumber halal
3.Cukup Umur
4.Mempunyai Rekod Kelahiran
5.Sihat (Body Scor)
6.Mempunyai daging yang banyak
7.Sijil Kesihatan Daripada JPH (Pejajat Haiwan)

26 November 2009

Kenapa Tangkap Saya ? Saya Asli


Masa saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, buat operasi judi di Endau, Mersing. Saya tangkap seorang lelaki yang baru saja beli nombor dalam kedai judi. Bila tengok kad pengenalan, namanya Ahmad. Tapi dia kata,

"Kenapa tangkap saya ? Saya Asli "

Rupanya, hasil siasatan, dia memang orang Asli dan bukan Islam. Selepas berpuashati dia bukan Islam, saya lepaskan.

Tadi, dalam perjalanan ke Terengganu, singgah di tepi jalan di Muazam Pahang. Nampak menarik saja orang Asli jual hasil hutan seperti buah salak dan petai. Saya  singgah dan beli. Sambil tu sempat juga ambil gambar  di gerai tu.



anak dia tak pakai seluar, tak kisah pun

25 November 2009

Keropok Lekor Trengganu Punca Taun ?


Pengusaha keropok lekor di Terengganu merungut kerana jualannya terjejas kerana berita kononnya keropok ini boleh membawa kuman taun. Betul atau tidak cerita ini, cerita ini telah menjadi tajuk berita akhbar. Kebetulan atau tidak, jualannya merosot teruk, katanya sehingga 80 peratus.

Pengusaha keropok lekor paling polular di Terengganu mendakwa jualannya sebelum ini mencecah RM 4,000 hingga RM 5,000 sehari sebelum ini. Jadi, pendapatan dia sebelum ini adalah sekitar RM 120,000 hingga RM 150,000 sebulan.... Waw.. banyaknya.

Pada saya, akhbar tak salah, akhbar melaporkan berita yang diperolehi dari pihak berkuasa. Memang ada orang yang dijangkiti taun selepas makan keropok Terengganu. Kementerian Kesihatan perlu lebih tegas kepada perniaga, contohnya perniaga diwajibkan mendapat surat kesihatan termasuk mengambil suntikan. Sekarang, kebanyakan penjual keropok lekor tak mempunyai surat kesihatan seperti yang disyaratkan.  Maaf, saya bukan serkap jarang, esok pun saya nak ke Terengganu. Cuma esok saya cuba tak makan keropok lekor kerana kesihatan lebih berharga kepada saya. banyak lagi yang saya boleh makan selain keropok lekor ni. Bukan mati pun tak makan keropok lekor.

Peniaga yang mendakwa untung RM 5,000  atau RM 150,000 sebulan ini patutlah bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Mudah-mudahan rezekinya berkekalan. Janganlah nak bising, rugi sedikit sudah menyalahkan pihak lain. Ingatlah, rezeki itu Allah Taala bagi, kalau Allah mahu tarik balik nikmat itu, bila-bila masa saja. Jangan lupa bayar zakat harta dan perniagaan, tahun ini dah sempurna ke belum  ?

Sebelum ini peniaga ayam pun rugi teruk bila kes selsema burung, tapi ujian ini tak lama. Dan peniaga tak salahkan akhbar dan Kementerian Kesihatan pula. Hidup kita perlu melalui susah senang terutama dalam berniaga, jangan nak fikir untung saja. Adik saya pun kerja Kementerian Kesihatan, suatu hari tu saya marah juga adik saya serbu kedai mamak yang selalu saya minum, sampai kena tutup 3 hari, susah juga nak minum teh tarik. Tapi bila fikir masalah kesihatan orang ramai, saya percaya tugas adik saya tu betul, dia nak jaga semua orang, bukan nak jaga tekak saya sorang jer.

Ok. Ada kantin sekolah yang kena tutup kerana ada 2-3 pelajar sakit perut dan cirit birit. Kementerian Kesihatan dan pihak sekolah segera mengarahkan kantin ini tutup. Adakah ini salah ? Walaupun 2-3 pelajar ini mungkin makan asam jeruk yang dibeli dari luar, tapi proses siasatan itu mengambil masa dan mungkin punca sebenar tidak diketahui. Jadi, adakah tidakan pihak berkuasa ini zalim terhadap peniaga ?Saya rasa tidak, pencegahan penting....

Kalau pengusaha keropok lekor tu nak bising-bising, pastikan yang bising tu ambil sijil kesihatan dulu. Lepas tu ambil lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau setakat bising-bising, lepas tu jual seperti sedia kala, tidak ke mana. Kalau kerajaan tegas mendenda peniaga, nanti mereka kata nak sekat peniaga kecil berniaga pula. Lebih tenat lagi kalau mereka guna saluran politik untuk terus membuat bantahan. Kepada pihak akhbar dan media, teruskan salurkan maklumat yang tepat terutama mengenai kesihatan manusia. Kalau selsema babi itu berpunca dari babi, sebut saja babi, jangan nak jaga perniagaan tauke babi pula.

Daftar Nikah Dalam Internet


Dalam dunia internet yang semakin berkembang sekarang, adakah wajar kalau urusan pendaftaran nikah dilakukan melalui internet sekarang ? Urusannya masih di Pejabat Agama juga.
Sila bantu beri komen....

24 November 2009

Banjir Paling Buruk Johor


Tahun 2006 (November dan Disember) serta 2007 (Januari) merupakan banjir yang paling teruk di Johor. Saya baru sebentar tadi baru balik dari Desaru, lalu di Kota Tinggi. Tahun 2006/2007 dulu, Kota Tinggi seperti lautan. Bayangkan, jambatan Kota Tinggi itu habis tengelam, stesen bas jadi lautan, ramai yang tak sempat selamatkan barang-barang. Beratus-ratus kedai ditengalami air, rumah kediaman ada yang hanyut. Saya masih ada simpam video kenangan banjir di Kota Tinggi dan Segamat ketika banjir besar itu.

Kemudian, gelombang kedua, banjir melanda Batu Pahat, hampir keseluruhan aktiviti di sana lumpuh. Banjir ini dipanggil banjir termenung kerana air lambat surut. Keadaan tanah gambut di Batu Pahat melambatkan air dari surut. Ada yang terpaksa tinggal di pusat pemindahan selama lebih 40 hari. Waktu itu saya ada melawat mangsa. Yang menyedihkan, ramai  yang tidur di dalam khemah di atas jalan raya kerana rumah ditenggelami air. Mereka memberi alasan tidak selesa di pusat pemindahan dan ingin menjaga rumah dari dimasuki pencuri.

Remaja dakwa dijadikan hamba seks bapa kandung



KAJANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Bandar Bukit Mahkota, Bangi di sini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 18 November lalu mendakwa dijadikan hamba seks bapa kandungnya sendiri seawal usianya enam tahun. Dalam laporan polis itu, mangsa yang dirahsiakan identitinya turut mendakwa bapanya juga pernah melakukan perbuatan sama terhadap kakak sulungnya yang kini berusia 16 tahun, dua tahun lalu dan ada laporan polis dibuat ketika itu tetapi ditarik semula atas nasihat keluarga mereka.

Sumber memberitahu Berita Harian, kehidupan anak dan bapanya itu dikatakan seperti pasangan suami isteri malah remaja terbabit pernah memberitahu ibunya mengenai kerakusan bapanya itu tetapi tidak diendahkan, selain menganggap anak perempuannya sengaja mengada-adakan cerita palsu berkenaan. Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila remaja terbabit nekad menceritakan perbuatan buruk bapanya kepada kakak sulung yang berusia 16 tahun, sebelum dua beradik itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


Sumber berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan di rumahnya di Bandar Mahkota, Bangi bagi membantu siasatan. (Berita Harian 24 Nov 2009)







23 November 2009

MPV Produa



Ni dia MPV Produa baru lancar hari ni.... Ada  komen ?

Lari Takut Khatan


Ingatkan orang dulu jer lari takut khatan, budak sekarang pun sama jugak.... Cerita ni dipetik dari Utusan Malaysia. Kisah budak ni lari, kemudian dikejar. Seterusnya ditenangkan oleh  bapanya, kejadian berlaku di Bandar Baru Bangi.

22 November 2009

Pelacur Melayu Sekarang


Tadi saya ke Batu Pahat menghadiri majlis perkahwinan. Dalam perjalanan, saya berhenti di satu tempat awam. Alamak... terkejut tengok iklan di atas. Sempat saya ambil gambar.

Ajar Remaja Minum Arak


Akhbar semalam memuatkan satu cerita mengenai bantahan CAP, Persatuan Pengguna mengenai minuman berperisa alkohol yang dijual secara terbuka di pasaran.  Saya percaya minuman jenis itu dijual secara meluas di pasaran. Minuman berpirasa alkohol ini didapati sama rasanya macam arak betul tapi bukan memabukkan sebab dia tiada alkohol.

Inilah dia salah satu taktik musuh Islam terutama Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan orang Islam. Cara ini adalah untuk mengajar orang kita minum arak suatu hari nanti. Lama kelamaan, orang ini tidak mustahil akan mencuba arak yang sebenar pula.

Dahulu, waktu saya serbu kelab malam di Johor Bahru, saya terkejut dengan tindakan sebuah kelab malam yang membenarkan remaja bawah umur, yang baru bersekolah tingkatan tiga masuk. Ini adalah satu kesalahan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Yang menghairankan saya, di satu meja yang diduduki oleh 6 orang remaja lelaki dan perempuan ini, mereka minum senenis air yang bukannya arak. Apabila diadakan ujian menggunakan alat pengesan alkohol, tidak ada tanda-tanda mereka  minum arak.



Sebenarnya mereka minum sejenis air yang bukan arak tetapi berperisa arak. Tujuannya supaya remaja ini tidak mabuk, kerana kalau remaja sekolah ini mabuk, maka lebih parah. Mereka cuma menjual air berperisa arak ini supaya remaja ini menikmati rasa arak saja. Tapi, saya percaya remaja seperti ini, kalau tidak dibimbing, suatu hari nanti akan jadi pemabuk arak pula. Mereka sudah kenal rasa arak dan berani masuk kelab malam, maka tak hairan kalau nanti mereka minum arak pula.

20 November 2009

Nissan Masuk Peugeot (Episod 5)


Pakailah kereta Peugeot, keretanya seronok  dipandu. Dulu Kastam pakai kereta ni sebab kereta ini laju, mudah nak kejar penyeludup. Sekarang kereta ini semakin dilupakan kerana banyak model baru keluar. Ini menyebabkan harganya jatuh teruk.Tapi saya rasa kereta-kereta baru sekarang yang harganya sangat tinggi, belum tentu sedap dipandu seperti kereta ini.

Kereta saya Peugeot SR tahun 1996, saya beli RM 5,500  tahun lepas. Murah saja. Kemudian repair sikit enjin dalam RM 1000, maknanya kereta tu saya beli RM 6,500. Kalau beli kereta baru, 6,500 itu baru untuk duit muka, kemudian bayar 600 sebulan sehingga 9 tahun. Jadi, oleh kerana saya beli tunai, saya tak ada hutang kereta.

Baru-baru ini, karburator saya mengalami kerosakan, pomen kata karburator dia  ada masalah. Saya tanya beberapa pomen, ada seorang pomen Cina di Kluang cadangkan saya pakai karburator van Nissan C22. Dia kata, dah pasang banyak kereta peugeot kat Kluang guna karburator ni. Mulanya takut juga nak cuba, tapi beranikan juga. Saya tukar karburator ni, kosnya tidak terlalu mahal, harga siap pasang RM 480.00.


Lepas tukar karburator, barulah rasa keseronokan bawak peugeot. Sekarang saya syok bawak kereta ini, paling syok masa bawak laju di selekoh. Stering dia kemas dan mencekam. Kereta lain saya dah tak berapa bawa sekarang sebab bawak peugeot ni jer. Baru ni pergi Melaka, sejam saja dari Kluang ke Melaka. Janganlah tanya berapa kmj saya bawak.

Kepada sesiapa yang pakai pegeout, kalau nak tukar karburator, boleh tanya saya untuk keterangan lanjut. Bukan nak niaga tapi nak menggoda (macam iklan 'kopi janda').

Cerita Kereta Episod 6,klik sini

Hari Lahir Saya Hari Ini Dapat 5,000.00


Hari ini ulang tahun hari lahir saya yang ke 38, dah tua rupanya. Alhamdulillah, selepas 2 bulan menjadi penulis blog, jumlah pelawat ke blog saya pada jam 3.04 petang ni sudah mencapai 5,000 pelawat. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Teruskan membaca blog saya.

Anak Perempuan Rogol Bapa


Baru sebentar tadi, saya jemput seorang pegawai kanan polis dalam satu ceramah bertajuk :Jenayah Dalam Masyarakat". Saya pula berceramah bertajuk "Ajaran Sesat dan Kesannya ke atas umat Islam" dalam program tersebut.

Pegawai polis ini mendedahkan, jumlah kes rogol agak tinggi di Kluang iaitu 60 kes setahun. Ada satu kes yang baru ditangkap iaitu seorang bapa merogol anak perempuannya yang belasan tahun. Beliau berkata, apabila disoal siasat, ada satu perkara yang tidak masuk akal diberitahu oleh si bapa ini. Katanya, bukan dia yang rogol anak dia, tapi anak dia yang rogol dia. Tak masuk akal lansung. Kalau yer pun, janganlah buat alasan sebegitu.

(Banyak lagi yang menarik dalam blog ini, sile ke muka depan kil sini )

Dakwa Wanita Pasangannya Dah Mati


Waktu saya jadi pendakwa tahun 2007, saya terpaksa mendakwa seorang wanita seorang sahaja, berlainan dari biasa. Kebiasaan kes khalwat ada pasangannya tetapi kes ini tiada pasangan. Lelaki sudah meninggal dunia kerana terjun dari tingkat 4 hotel waktu serbuan penguatkuasa JAIJ.

Waktu serbuan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik hotel. Kira-kira 10 minit, bilik tidak juga dibuka. Kemudian penguatkuasa mendengar bunyi kuat seperti ada cermin pecah. Penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu dengan kuat supaya dibuka segera, kemudian dibuka oleh seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan ketakutan. Didapati ada cermin pecah dan penguatkuasa menjenguk ke tingkap berkenaan. Penguatkuasa terkejut apabila melihat ada lelaki terbaring di atas jalanraya di bawah. Penguatkuasa telah menghubungi ambulan dan polis segera. Laporan polis pun dibuat. Berita ini masuk dalam akhbar harian Metro keesokan harinya.

Kerana kejadian ini, penguatkuasa juga terpaksa membantu siasatan polis. Biasalah tugas penguatkuasa, kena beri kerjasama kepada polis, bimbang kalau-kalau ada unsur jenayah dalam kematian lelaki ini. Akhirnya, pihak berkuasa mengesahkan kematian itu adalah kerana terjun dari bilik hotel kerana dalam keadaan takut dan untuk menyelamatkan diri dari ditangkap.

Dalam mahkamah, saya terpaksa mendakwa wanita ini seorang diri. Dia dituduh dengan seorang lelaki yang dah mati. Selepas saya membaca semua fakta kes, termasuk rentetan cerita tadi, mahkamah serta  merta menjadi sunyi sepi. Puluhan orang di mahkamah itu dalam keadaan sedih. Lebih menyedihkan, apabila wanita itu tidak boleh berkata-kata dan menangis tanpa henti. Saya juga sebak dan timbul rasa tidak sampai hati untuk meneruskan kes.

Tiba-tiba hakim menyergah saya dan saya tersentak. Hakim kata:
"Pendakwa. Ada apa-apa ulasan dalam kes ini"

Rupanya hakim dah panggil saya 2-3 kali panggil saya tadi tapi saya tak berapa dengar. Saya kata:

"Yang Arif tuan hakim, izinkan saya untuk memberikan ulasan keseluruhan kes ini..."

Hakim kata;
"Pendakwa, teruskan..."

Saya buat ulasan, kemudian hukuman dijatuhkan.

Hari ini saya baca sebuah akhbar, cerita pasangan dari media penyiaran yang ditangkap khalwat di Selangor. Ini kes orang terkenal juga, sebab itu masuk akhbar. Di pangsapuri itu, lelaki telah bertindak melarikan diri dengan menyeberangi ke rumah sebelah. Dia lari melalui tingkap dan memegang kain langsir. Tindakan ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Kalau dah kena tangkap, menyerah saja, buat apa sampai nak bahayakan diri. Kalau mengaku salah di mahkamah pun, bukan sampai hakim boleh beri hukuman mati.


19 November 2009

Pelajar Sesat di Gunung Lambak, kena sorok Jin ?


Pagi semalam saya mendapat cerita, berkaitan 4 pelajar sebuah sekolah menengah di Kluang yang tersesat di Gunung Lambak Kluang. Cerita yang mendukacitakan saya adalah, ada pihak mengaitkan kehilangan ini dengan makhluk halus seperti jin. Kononnya lelaki ini telah melanggar pantang dan dibawa masuk ke alam jin sehingga gagal dikesan. Waktu itu, gerakan mencari sedang dijalankan. Saya terus meyatakan, cerita ini mengarut dan tidak masuk akal. Kenapa kaitkan jin ? Orang Islam mesti percaya kepada qada dan qadar Allah yang menjadi rukun iman yang keenam. Itu semua berlaku dengan ketentuan Allah, bukan makhluk lain.

Empat orang pelajar itu kemudiannya dijumpai oleh pasukan penyelamat pada sebelah petang dalam keadaan selamat. Pelajar ini pergi sendirian ke gunung ini dan bukannya aktiviti sekolah. Oleh kerana tiada kemahiran dan ketiadaan tunjuk arah, maka  mereka tersesat. Tidak ada kaitan pun dengan jin.

Cerita hantu dan seram sekarang banyak disiarkan di tv dan manjadi kesukaan orang  ramai. Sebenarnya cerita  sebegini tidak berfaedah dan merugikan masyarakat kita saja. Dalam Islam memang benar, Allah jadikan makhluk seperti Malaikat dan Jin di samping manusia.  Media sepatutnya memberi fahaman mengenai akidah terlebih dahulu sebelum boleh menayangkan filem seram sebegini. Yang lebih dirisaukan, kalau masyarakat kita boleh terjebat dalam khurafat dan syirik  yang Allah tidak akan ampunkan dosanya. Bukan semua orang menonton tv itu faham tentang konsep hantu dan jin dalam Islam, sehingga sebahagian mereka boleh menjadi khurafat dan syirik.

18 November 2009

FILEM MADU TIGA: MODAL SUAMI KAHWIN DUA

Sebut saja filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, semua golongam meminatinya, tidak kira kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Saya tak terkecuali meminati filem ini terutama lawak dan nyanyian merdunya.

"..Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang...   
...Tetapi jangan sampai, hai pecah tembelang 
...kalau dua-dua merajuk, ana kawin tiga...."

 
Antara soalan saya kepada lelaki ini, adalah berkenaan isteri pertamanya seorang guru yang tak tahu tentang perkahwinannya yang sudah masuk setahun itu. Soalan saya.

"Sampai bila hendak berdiam diri dan tidak beritahu isteri pertama ? "
Lelaki ini terus terdiam, mungkin soalan itu sukar dijawab atau dia tak pernah terfikir saya akan bertanya soalan maut seperti itu. Selepas diam, kemudian dia jawab.

"Ustaz, bukan saya taknak beritahu, nanti mesti isteri saya tak boleh terima"

Saya kata:

"Betullah tu, tapi sampai bila nak biarkan dia tak tahu, kalau tiba-tiba dia tahu nanti kan lagi payah"

Dia jawab:

"Saya ada sindir-sindir isteri pertama saya, tapi dia tak pernah faham"

Bila dia jawab sindir, saya tanya apa maksud sindir itu. Dia jelaskan.

"Sebenarnya ustaz, saya ada sindir-sindir isteri pertama saya dengan buka vcd filem P Ramlee, Madu Tiga. Hari-hari saya buka di ruang tamu. Tapi masalahnya ustaz, isteri saya tak faham-faham pun, buat tak kisah saja"

Itu ceritanya....
Vcd Madu Tiga ini dijadikan alat untuk menyindir isteri pertama. Bila saya fikir-fikirkan, memang bijak suami ini, seorang yang kreatif.  Yer le...... kalau tak, takkanlah dapat kawin dua. Jadi kepada tuan-tuan, suami yang dah kahwin lagi satu, eloklah beritahu isteri pertama. Sampai bila nak berdiam diri. Kalau berat sangat, belilah vcd Madu Tiga cetak rompak kat Kip Mart Tampoi, lepas tu pasang kat rumah. Jangan lupa ajak isteri pertama tengok sama.

Kalau Ada Hajat Nak Nikah Lagi

Kepada yang tak kawin dua, tapi ada cita-cita nak kawin dua, filem Madu Tiga ni pun sesuai untuk tengok untuk  jadi bahan memujuk. Lepas tu, tengok reaksi isteri. Kalau reaksi dia nampak ok, maknanya ada can ler tu.... Sambil tu, suami boleh buat cerita macam tersasul, lepas tu tengok reaksi isteri. Jangan tanya saya pulak, apa maksud "tersasul" itu. Nanti orang kata saya ajar pulak, tak pasal-pasal, saya pulak yang kena serang nanti.
Sekian. Selamat Mencuba...

17 November 2009

Suami dan Isteri Orang Curang


Waktu saya bertugas sebagai penguatkuasa JAIJ dulu, ada satu kes suami dan isteri orang berkhalwat di hotel waktu rehat makan tengahari. Kali pertama aduan diterima lebih kurang 1.15 tengahari, tangkapan gagal dilakukan. Ini kerana masa yang agak lama diambil untuk mengumpul penguatkuasa, pemandu dan keadaan jalanraya yang sesak di tengah bandar. Hotel terletak di pinggir bandar, dalam keadaan jalanraya sesak memakan masa kira-kira 15 minit untuk sampai.

Kali kedua aduan diterima pada hari yang lain, tangkapan masih gagal dilakukan. Sebaik saja sampai berdekatan hotel, pengadu memberitahu, pasangan tersebut baru saja keluar. Kegagalan dua kali operasi itu telah membuatkan saya mengatur strategi operasi yang lebih teratur. Saya percaya kes ini akan berlaku lagi di hotel yang sama. Pasangan ini menyewa bilik hotel berdua waktu rehat makan tengahari antara jam 1.00 hingga 2.00 petang pada hari bekerja. Bagaimanapun, kes ini bukan berlaku setiap hari ini, lebih merumitkan penguatkuasa untuk bertindak. Saya menelefon pengadu, supaya dia menelefon saya terus kalau pasangan masuk ke hotel.

Keesokannya, saya bersama beberapa penguatkuasa pergi makan tengahari di kedai mamak berhampiran hotel berkenaan pada jam 1.00 tengahari. Tujuannya, supaya kami boleh bertindak cepat untuk sampai ke lokasi sekiranya ada kes. Bagaimanapun, pengadu memberitahu, pasangan tidak masuk ke hotel pada hari itu. Sekali lagi perancangan menemui kegagalan.

Esoknya lagi, saya bersama penguatkuasa jam 1.00 sekali lagi makan tengahari di restoran mamak berkenaan. Sedang makan, pengadu menelefon saya menyatakan pasangan baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan. Selepas makan, kami terus ke sana. Bila pintu bilik diketuk, 10 minit kemudian pintu dibuka oleh seorang lelaki yang berpakaian lengkap. Kami memperkenalkan diri dan menunjukkan waran, Kemudian ditemui seorang wanita juga berpakaian lengkap di dalam bilik air.

Lelaki ini, berusia 40-an sudah mempunyai isteri   bekerja swasta di Johohr Bahru. Manakala wanita itu berusia 30-an sudah mempunyai suami, adalah rakan sekerja lelaki tersebut. Apabila ditanya, menurut kedua-duanya, hubungan suami isteri pasangan ini adalah baik dan tiada apa-apa masalah. Mereka menggunakan kesempatan waktu rehat makan tengahari untuk berkhalwat di bilik hotel. Pasangan ini ditangkap dan didakwa di Mahkamah Syariah.

16 November 2009

Pinjam 7 ribu, Along Tuntut 25 ribu


Baru-baru ini, seorang wanita mengadu pada saya. Dia menunjukkan notis, rumahnya akan dilelong oleh pihak bank kerana sudah setahun tidak bayar. Bayaran bulanan kira-kira RM 1200.00 sebulan. Saya tanya kenapa biar sampai setahun tak bayar. Dia kata, suaminya berniaga, duit tak menentu dan dia melengah-lengahkan

Lebih mengejutkan, suaminya ada hutang dengan along RM 7,000 untuk perniagaan, 4 tahun lepas. Pinjaman ini juga tidak dijelaskan dengan betul seperti dijanjikan kepada along ini. Sehingga sekarang, along ini sentiasa menghantar surat menuntut hutang berjumlah RM 25,000.00 iaitu satu jumlah yang tidak masuk akal. Saya tanya bagaimana boleh jadi RM 25,000, dia kata dia telah tertipu dan terperangkap dengan taktik along ini. Mulanya dia setuju bayar semula dalam masa 5 tahun iaitu sebulan RM 250 sahaja. Iaitu kalau 5 tahun, jumlahnya kira-kira RM 15,000 sahaja, bukan 25,000. Tapi bila dia dah pinjam, ada syarat-sarat lain termasuk denda kalau lewat bayar.

Saya taknak ulas lanjut tentang kes ini. Kesimpulannya, kita kalau beli rumah atau kereta, ikutlah kemampuan. Jangan terburu-buru atau berlumba-lumba untuk beli rumah mahal. Kedua, jangan sekali-kali pinjam along, bukan boleh bantu selesai masalah, tapi lebih timbul masalah.

14 November 2009

Amy Search Nak Buka Sekolah Tahfiz Di Johor



Alhamdulillah, bila baca Malaysiakini hari ini, memuatkan berita bertajuk" Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz".  Berita seperti ini  membuatkan orang Islam mengucapkan syukur kepada kekuasaan Allah Taala. Seorang artis yang selama ini bergelumang dengan dunia hiburan hampir 20 tahun, akhirnya terbuka hidayah untuk menyumbang bakti kepada Islam. Orang Islam sepatutnya menyokong dan menerima baik cadangan ini. Saya alu-alukan hasrat Amy ini, sekiranya saya dapat membantu sesuatu dalam menjayakan hasrat ini, saya cuba membantu sekadar yang termampu.


Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Alhamdulillah, saya percaya Amy akan menjadi satu aset yang penting kepada agama Islam di negara kita. Orang Islam diseru supaya memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Amy dari aspek keagamaan. Pada saya, sebagai seorang Islam dengan berniat sahaja untuk berbuat baik, Allah telah memberi pahala yang cukup besar padanya. Soal belum buat tidak penting, yang penting cita-cita sudah ada. Kalau sudah terlaksana nanti, Allah akan melipat gandakan pahalanya sebagai amal jariah yang berterusan selama-lamanya.

13 November 2009

Mengandung Sebelum Nikah


Salim (bukan nama sebenar) dan Siti (bukan nama sebenar) hadir ke pejabat Agama Kluang untuk proses nikah.  Waktu permohonan nikah, Siti sedang mengandung luar nikah, kandungannya berusia 5 bulan. Salim dan Siti telah dibawa ke Bahagian penguatkuasa JAIJ untuk sissatan lanjut.

Salim berumur 20 bekerja sebagai pekerja am, pendapatan sebulan lebih kurang RM 300 sebulan, manakala Siti juga berumur 20 tahun, tidak bekerja. Mereka sudah berkenalan sejak setahun lalu, mula berkenalan di Simpang Renggam. Mulanya sebagai kawan biasa, akhirnya semakin intim sehingga mendorong mereka membuat hubungan sex.

Menurut pasangan ini, mereka terlanjur melakukan hubungan sex sebanyak 4 kali. Kali pertama, melakukan di rumah Siti di Simpang Renggam sewaktu orang lain tiada di rumah. Kali terakhir melakukan hubungan sex di rumah Salim di Kluang sewaktu tiada orang lain di rumah. Bila sedar sudah mengandung, mereka mengambil  keputusan berkahwin. Kedua-dua belah keluarga merestui kerana tidak mahu menanggung malu.

Penguatkuasa telah membawa Siti ke Klinik Kesihatan Mengkibol, Kluang dan doktor mengesahkannya mengandung 5 bulan. Kemudian, saya dakwa kes ini ke Mahkamah Syariah. Kisah ini adalah catatan perbicaraan saya sewaktu menjadi Pendakwa Syarie JAIJ. Kisah ini berlaku pada tahun 2007. SEKIAN.

Amaran Hujan Lebat di Kluang




KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan hujan lebat di kedua-dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pagi esok.

Daerah yang terbabit di Pahang ialah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, manakala di Johor ialah Mersing dan Kluang.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini, turut mengekalkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang diramal sehingga Khamis (19 November) serta di Perak dan Kedah mulai malam Isnin (16 November) hingga Jumaat (20 November).

12 November 2009

Kepala Paip Masjid Kena Rembat


Pagi ini saya dikejutkan dengan kecurian kepala paip tembaga di tandas wanita, Masjid Jamek Kluang. Saya bergegas pergi ke sana dan dapati sebanyak 20 kepala paip diperbuat dari tembaga telah hilang.  Saya tak tahu nilai sebenar paip tembaga itu, tapi rasa tak sampai RM 10, itu pun jadi sasaran pencuri. Saya minta kepala paip dipasang semula dengan paip plastik.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi dalam cuaca hujan lebat. Rupa-rupanya, paip ini ada nilai  juga sehingga menarik minat pencuri. Tidak dapat dipastikan siapa yang melakukan perbuatan ini sama ada penagih dadah atau orang lain.





Kepala paip plastik tak hilang pulak



Air  keluar






Ganti segera dengan paip plastik

Nombor Kereta Kadi Kluang Jadi Pilihan Kaki Ekor (Episod 4)

Semalam, saya tahan lelaki yang membeli tiket bernilai RM 155. Hari ini baru saya sedar, nombor pilihannya, antaranya nombor kenderaan Pejabat Agama Kluang, JDK XXXX.  Nombor ini dipusing-pusingkan atau 'dicai'  (ikut istilah kaki ekor) menjadi 8. Rupa-rupanya, kenderaan yang saya naik ini selama ini diintai oleh kaki nombor Kluang. Karam Singh berpantun,

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tertangkap jua"

Cerita Kereta Episod 5, klik sini

11 November 2009

Operasi Tangkap Kaki Judi Nombor Ekor

Petang tadi, saya baru selesai membuat operasi judi bersama Penguatkuasa JAIJ, turut disertai oleh penguatkuasa dari daerah lain yang menjalankan penyamaran. Operasi berjaya menahan 4 orang lelaki Islam umur antara 28-56 tahun. Di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, orang yang berada atau membeli tiket judi adalah melakukan kesalahan. Denda boleh sehingga RM 3000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Paling mengejutkan, seorang lelaki tadi, ditahan sebaik saja membeli tiket judi bernilai berjumlah RM 155.00.  Bayangkan berapa banyak duit orang Islam mengalir di tempat judi, amat menyedihkan. Kesemua mereka sekarang masih berada di Balai Polis Kluang untuk dibuat laporan polis. Penguatkuasa boleh sama ada menahan di dalam lokap sehingga esok atau dibebaskan dengan jaminan  dan diminta hadir ke Bahagian penguatkuasa JIAJ Kluang esok.

 Kepada kaki-kaki judi di Kluang, bertaubatlah segera, tinggalkan perbuatan yang sia-sia ini. Saya memberi jaminan, operasi judi akan diteruskan pada bila-bila masa di daerah Kluang ini. Saya sempat mengambil gambar sekitar operasi tadi. Semoga menjadi pengajaran kepada orang lain, penguatkuasa akan bertindak dengan lebih tegas.


Suasana di depan kedai, semua tak sedar kehadiran penguatkuasa JIAJ


Mamat bermisai ni dah kena tangkap


Pakcik berbaju belang ni tak berjaya lari, menggigil kena tangkap



Mamat berbaju hitam ni beli RM 155.00, sedang tandatangan tiket judi

Iklan Lucah : 'Potong Jangan Tak Potong'




Iklan satu syarikat broadband  menimbulkan persoalan apabila menggunakan perkataan 'potong' untuk mempromosi produknya. Perkataan 'potong' ini juga diulang beberapa kali dalam iklan itu. Untuk menarik perhatian ramai, ada gambar kanak-kanak berbaju Melayu berkompang, seolah-olah menggambarkan budaya Melayu sewaktu bersunat atau masuk jawi. Saya percaya, sekarang sudah menjadi lawak jenaka di kalangan pelajar sekolah rendah sesama mereka.

"Potong, potong, potong.."

Sebelum ini, masyarakat diminta tidak menggunakan perkataan 'bocor', walaupun menggambarkan bumbung yang bocor. Ini kerana menggunakan perkataan bocor seolah-olah menghina keperibadian wanita. Kali ini potong, siapa pula yang kena potong dan siapa pula yang belum potong. Kalau kita tanya orang itu kerja apa, dia tak kata dia kerja potong, walaupun dia kerja potong rumput, atau kerja potong letrik dan air, atau kerja potong rambut orang. Sebab potong, boleh membawa makna lucah.

Apalah yang bagus sangat dengan talian broadband tersebut, liputan dia bukan seluas mana. Dalam Johor, daerah Johor Bahru pun tak luas mana, Kluang cuma dalam lingkungan dalam bandar ini saja, keluar sikit dah tak dapat line. Daerah lain selain Johor Bahru dan Kluang, perkhidmatannya sangat teruk. Kita guna broadband supaya senang bawa komputer ke mana-mana, tapi kalau keluar sikit dah tak dapat, lebih baik tak payah guna broadband. Kepada syarikat ini, janganlah asyik nak iklan 'memotong' je, pertingkatlah mutu perkhidmatan dulu. Lepas ni orang ramai akan tertarik dengan syarikat ini kalau mutunya bagus, kena ambil masa.  Jangan buat iklan tak senonoh macam ni.

Jangan Sampai Islam dihina..

Di kalangan masyarakat kita, yang bersunat atau potong ini adalah orang Islam sahaja, orang bukan Islam bukan budaya mereka. Jadi iklan ini juga boleh dikaitkan sebagai menghina Islam. Pengalaman saya dalam Bahagian Dakwah, ada orang bukan Islam takut hendak masuk Islam kerana takut kena 'potong'. Ini semua kerana salah anggapan dan ditakut-takutkan dengan perkara yang tidak betul.

Diminta pihak berkuasa mengharamkan iklan ini serta merta. Kalau dibiarkan  lebih lama, nanti akan merosakkan masyarakat kita. Saya menyeru kepada masyarakat terutama orang Islam supaya memboikot syarikat broadband ini yang jelas menghina agama dan masyarakat.






Kalimah Allah Dan Cebisan Al-Quran Ditemui Di Tokong Cina

PULAU PINANG, 10 Nov (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan Al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP Azmah Abdullah berkata operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.

"Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.

"Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan Al-Quran," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya tiada orang Islam didapati berkunjung ke tokong-tokong berkenaan bagi melakukan pemujaan dan amalan syirik itu.Azmah berkata bagi cebisan Al-Quran dan penyalahgunaan kalimah Allah, pemilik tokong boleh didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Percetakan Teks Al-Quran yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM20,000.Turut dirampas dalam operasi itu ialah songkok dan sehelai kain yang mempunyai gambar masjid dengan kalimah 'Allahuakbar'.

Operasi tersebut dijalankan di Paya Terubong, Batu Lancang dan Jalan Gangsa, oleh lima orang petugas JHEAIPP dan empat dari Kementerian Dalam Negeri.Azmah berkata mengikut Perkara 2.3 Garis Panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), orang bukan Islam diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang ada ayat Al-Quran.
-- BERNAMA




10 November 2009

KISAH DUDA GILA GRO



Zul (bukan nama sebenar) bertugas sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah di Johor Bahru, berusia 40an. Dia duda anak dua selepas bercerai beberapa bulan dulu. Sekarang dia tinggal di kuarters dalam kawasan sekolah, bersama dua orang anaknya.

Suatu hari, Zul datang ke pejabat memperkenalkan dirinya untuk membuat aduan mengenai kes GRO. Katanya dia banyak tahu berkenaan wanita yang bekerja di kelab malam, dia banyak beri maklumat kepada saya. Apabila diperiksa, aduan-aduan yang diberikan adalah betul dan tepat. Serbuan dan tangkapan pun dibuat ke atas GRO dan orang Islam yang  minum arak di kelab malam.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan saya mengenali Zul, ada sesuatu yang membuatkan saya rasa curiga. Dia banyak bertanya maklumat berkenaan operasi dan mahu tahu apa tindakan yang dilakukan berkaitan aduan yang diberikan itu. Perkara ini saya pandang serius, rahsia tetap rahsia. Sebagai pengadu, peranan dia adalah membuat aduan sahaja. Apa yang penguatkuasa buat kepada aduan itu, itu pengadu tidak perlu tahu. Kalau diberitahu semuanya kepada pengadu, maka proses risikan dan siasatan boleh terganggu.

Zul bertalu-talu membuat aduan berkaitan GRO di sebuah kelab malam dan mendesak serbuan dilakukan secepat mungkin. Kali ini dia mengadu kepada anak buah saya seorang lagi penguatkuasa setelah saya bersikap dingin terhadap aduan Zul. Bila penguatkuasa jumpa saya memberitahu aduan itu, saya sekali lagi bersikap dingin seolah-olah enggan memberikan keutamaan. Bagaimanapun, selang beberapa minggu, serbuan dilakukan dan berjaya menangkap 4 orang GRO wanita Melayu di kelab malam itu. Kesemuanya ditahan di lokap malam itu dan siang esoknya dijalankan proses siasatan.

Selesai siasatan, saya lihat Zul datang ke penguatkuasa untuk menjadi penjamin kepada salah seorang GRO bernama Ani (bukan nama sebenar). Saya mula curiga dan hilang kepercayaan kepada Zul kerana kenapa dia menjadi penjamin kepada pesalah seperti ini sedangkan dialah pengadu. Zul jumpa saya dan menyatakan, dia kenal  Ani yang baru berusia awal 20-an dan mahu membimbing Ani ke pangkal jalan. Untuk meyakinkan saya, Zul bawa dua orang anaknya yang masih sekolah rendah, mungkin dalam usahanya untuk menagih simpati. Katanya, kedua-dua anaknya mesra dengan Ani. Saya sekali lagi macam tak  berapa mahu dengar penjelasan Zul. Bagaimanapun Zul dibenarkan menjadi penjamin Ani kerana tiada penjamin lain.

Beberapa hari  kemudian, pada sebelah pagi, seorang penguatkuasa masuk ke bilik saya, menunjukkan satu aduan kes khalwat. Kes ini berlaku di sebuah rumah kuarters guru di dalam kawasan sekolah. Yang menjadi masalahnya, persekolahan sedang berjalan dan perlu melalui pintu masuk hadapan. Ok, saya setuju untuk penguatkuasa masuk ke kawasan sekolah setelah mendapatkan waran dari Mahkamah Syariah. Saya tidak ikut serta. Serbuan telah dilakukan dan berjaya menangkap kes khalwat seorang lelaki dan wanita dalam rumah tersebut. Hanya mereka berdua saja di dalam rumah. Kedua mereka dibawa ke balai polis seterusnya dibawa ke pejabat penguatkuasa.

Sampai saja ke pejabat, lelaki itu datang mendapatkan saya, rupanya dia adalah Zul yang ditangkap dengan pasangan GRO yang dijaminnya sebelum ini. Zul cuba hendak cakap sesuatu untuk merayu kepada saya supaya tindakan tidak diambil ke atasnya. Oleh kerana saya amat marah, saya telah menengking Zul, kesabaran sudah tidak dapat dikawal lagi.

"Orang seperti kamu tidak boleh diberi  muka! .... Mula-mula kenal kamu, ingatkan kamu orang baik, tapi rupanya kamu lebih hantu dari dia orang semua !.. Kamu dah kena tangkap, tanggung sendiri, takde merayu-rayu! ..."


Bila ditengking, Zul terus terdiam dan tidak berani lagi merayu. Memang kasar kata-kata saya, tak sepatutnya sebagai penguatkuasa JAIJ mengeluarkan kata-kata sebegitu. Tapi itulah reaksi spontan saya, bila ada orang mempermain-mainkan kita. Kadang-kadang, kita hilang kawalan bila menghadapi situasi sebegini. Mulanya berlagak alim beri aduan, rupanya ada niat buruk di sebalik buat baik itu. Inilah kisah kehidupan di kota, baik dijadikan tauladan, buruk dijadikan sempadan.






08 November 2009

SENDIKIT NIKAH PALSU BANGLA



Dulu Taman Air Biru, Pasir Gudang terdapat ramai rakyat Bangla, sekarang tak seramai dulu. Suatu hari, saya dapat aduan mengenai sendikit nikah palsu, sebagai penguatkuasa saya membuat risikan terhadap aduan tersebut. Katanya, ada seorang imam jurunikah Bangla di taman itu yang bertindak menikahkan warga Bangla sesama mereka. Kebiasaannya lelaki Bangla dan wanita Bangla dan wanita Indonesia.

Pada suatu hari, hari Ahad, saya mendapat tahu akan berlansung pernikahan satu pasangan warga Bangla di taman itu, saya dapat alamat lengkap di taman perumahan tersebut. Saya datang ke sana bersama 4 orang penguatkuasa bersama seorang orang awam yang mengetahui latarbelakang tempat tersebut. Apabila saya datang lebih kurang jam 1.00 tengahari, majlis kenduri kahwinnya dibuat secara besar-besaran juga. Ada khemah didirikan di hadapan rumah teres dalam kawasan rumah,, bagaimanapun tidak melimpah ke jalan. Tetamu yang hadir adalah terdiri dari rakyat Bangla dan tidak ada seorang pun orang Melayu hadir walaupun di situ ramai jiran Melayu.

Kami datang ke rumah tersebut dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Tuan rumah nampaknya tidak mensyaki apa-apa pun, malah kami dihidangkan dengan makan tengahari nasi briani ala Bangla. Nasinya agak melekit sikit dan ada bau kari. Lauk ayam dan dal. Tujuan datang bukan hendak makan, tapi  kalau dihidangkan makan saja. Mula macam tak selera, tapi lama-lama selera juga.

Saya kata pada tuan rumah, bahawa kami ini jiran berdekatan dan datang sebab tengok ada majlis kahwin. Saya kata, kalau ikut budaya orang sini, jiran berdekatan mesti dijemput. Sekali lagi dia tak syak apa-apa. Lepas makan, saya tanya mana dia pengantin sebab budaya orang sini, mesti tengok muka pengantin. Tuan rumah masuk ke dalam rumah panggil pengantin, hanya pengantin lelaki yang keluar, perempuan tak keluar sebab malu-malu kucing, maklumlah pengantin baru. Rupanya majlis akad nikah dah berlansung pagi tadi, dinikahkan oleh imam Bangla. Ok, saya ambil semua maklumat berkenaan jurunikah tadi. Rumah itu  pula bukan rumah pengantin lelaki tetapi rumah seorang Bangla yang dah lama di sini, mungkin sebab rumahnya lebih besar berbanding rumah Bangla lain.

Lepas tu, kami pun balik rumah, bersalaman dengan tuan rumah. Tiba-tiba pengantin tu cium kaki saya, saya halang, pelik sungguh dibuatnya. Mungkin dia anggap saya macam Tok Ketua di situ, walaupun saya menyamar je. Maknanya penyamaran saya menjadi, segala maklumat pun dah lengkap. Balik ke pejabat, saya mengarahkan penguatkuasa JAIJ berkumpul jam 9 malam itu untuk membuat serbuan.

Lebih kurang jam 10.00 malam rumah itu diserbu, pasangan pengantin warga Bangla itu ditangkap, begitu juga dengan tuan rumah yang menganjurkan majlis itu juga ditahan. Kemudian saya minta dia menunjukkan rumah imam yang menikahkannya yang tidak jauh dari situ. Imam nikah itu ditahan. Di dalam rumah itu, terdapat banyak surat nikah Bangla yang masih kosong, siap dicop tetapi nama penganti belum ada. Inilah dia sendikit nikah palsu, kononnya mereka nikah di Bangla tetapi sebenarnya nikah di negara kita. Kesemuanya ditahan dan didakwa di Mahkamah Syariah.

07 November 2009

KEJOHANAN PING PONG NEGERI

SABTU..
Saya sekarang berada di sebuah hotel di Batu Pahat, menyertai kejohanan ping pong peringkat negeri di Dewan Sekolah Cina Tanjong Labuh. Ramai star-star ping pong berada di Batu Pahat sekarang, kepada peminat ping pong jangan lepaskan peluang menonton perlawanan ini, sabtu dan ahad. Malam ini diadakan perasmian kejohonan oleh YB Dr Mohd Fuad bin Zarkashi, Timb Menteri Pelajaran, merangkap ahli parlimen Batu Pahat.

Tadi pasukan Kluang sudah berjaya mendapat ketiga, selepas tewas kepada juara bertahan, Kulaiajaya peringkat separuh akhir. Sekarang nampaknya rasa sakit badan, sakit pinggang, sakit bahu dan peha. Esok ada lagi perlawanan individu, tahun lepas masuk suku akhir individu, tahun ni belum tahu. Malam ni kena berehat kumpul tenaga untuk esok, kalah tak apa, janji beri tentangan sengit untuk hadapi 40 pemain yang semua hebat-hebat.




AHAD:
Pertandingan baru saja berakhir, saya  mampu ke pusingan ketiga sebelum tewas 1-3 kepada pemain handalan dari Kulai, Shaharudin.  Walaupun tewas, tapi kejohanan tahun ini cukup seronok buat saya kerana dalam pusingan kedua, saya berjaya menewaskan seorang pemain terkemuka  3-2. Ini merupakan  pertarungan yang saya rasa paling sengit dalam sejarah pertandingan yang saya sertai. Pemain ini mempunyai nama yang besar dalam ping pong Johor, menyebabkan saya turun bermain sepenuh hati dalam perlawanan kalah mati, saya tidak mahu pulang awal dan tidak mudah mengaku kalah. Saya percaya, faktor usia yang lebih muda menyebelahi saya dalam pertandingan yang genting ini. Kalau nak ikut pengalaman, maka dia lebih jauh berpengalaman.

Pemain ini menggunakan teknik pertahanan yang baik, serangan menggunakan spin dan smash dipulangkan dengan baik dengan lambungan tinggi. Bola yang dikembalikan dengan pelbagai gaya lantunan dan putaran yang merbahaya. Alhamdulillah, selepas ketinggalan 1-2, saya bangkit menyamakan kedudukan 2-2 seterusnya menang 3-2. Saya terpaksa berhempas pulas, menggunakan tenaga yang banyak, sebab itu stamina amat penting dalam pertandingan seperti ini. Balik ke rumah dalam keadaan keletihan, badan  sakit-sakit, terutama pinggang, peha, tumit, perut dan bahu. Biasalah orang bersukan.

06 November 2009

TERJUN TINGKAT 8


Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, satu hari saya dapat laporan ada wanita nak terjun dari tingkat 8, Pangsapuri Saujana, Johor Bahru. Keliru dengan aduan tersebut, apabila terima aduan itu saya minta orang itu buat aduan kepada polis kerana saya rasa, tiada kena mengena dengan tugas saya. Tapi yang telefon saya itu adalah anggota polis peronda dan meminta saya datang segera ke tempat kejadian.

Hari itu hari Ahad, lebih kurang jam 9 pagi, saya sedang minum teh tarik dan makan roti canai di kedai mamak. Aduan sebegini pada fikiran saya tidak perlu dilayan. Bagaimanapun anggota polis ini bersungguh-sunggh supaya saya datang malah menawarkan untuk kereta peronda datang untuk mengambil saya. Merasakan ada sesuatu yang sangat penting, akhirnya saya segera ke Pangsapuri Saujana seperti alamat yang diberikan. Dalam perjalanan, saya telah menghubungi 3 orang penguatkuasa lagi untuk memintanya terus ke lokasi.

Sampai saja di tempat kejadian, saya dikejutkan dengan suasana seperti seolah-olah ada pengembaraan filem. Ada ramai polis, bomba dan orang ramai berkumpul melihat satu aksi cemas, seorang wanita hendak terjun dari tingkat 8. Ada juga wartawan yang sudah siap sedia menunggu kedatangan penguatkuasa, gambar saya di ambil. Saya pada mulanya tertanya-tanya, apa yang boleh saya bantu dalam kes ini. Kemudian saya dimaklumkan, bahawa wanita itu telah menyerbu sebuah rumah di tingkat 8 sendirian.

Di dalam rumah itu ada suaminya bersama perempuan lain, bagaimanapun suaminya di dalam rumah itu tidak membuka pintu. Jadi, dia seperti kebingungan dan mahu penguatkuasa segera menangkap suaminya dengan wanita itu atas kes khalwat. Sekiranya penguatkuasa tidak mengambil tindakan, dia mengancam untuk terjun dari tingkat 8 ke bawah. Itu rupanya cerita sebenarnya.....

Oklah, saya ketuk rumah itu, sebelum itu saya menenangkan wanita itu dan memintanya jauh dari situ supaya tidak mengganggu tugas saya. Bila diketuk, pintu tetap tidak dibuka. Kemudian, saya gunakan kuasa untuk memecah pintu dengan menggunakan alat tertentu. Separuh jalan untuk memecah pintu, pintu telah dibuka dari dalam. Kami masuk rumah dan mememui satu pasangan yang bukan suami isteri kemudian ditangkap serta mengarahkan mereka berdua ikut ke balai polis. Keadaan di luar rumah tenang, isterinya yang buat kecoh tadi sudah tiada, tak tahu pergi ke mana.

Apabila kami dan pasangan yang ditangkap  itu dibawa ke bawah menaiki lif, tiba-tiba isterinya dan beberapa lelaki yang dipercayai adik beradik isterinya telah cuba untuk menumbuk dan memukul suaminya. Kami penguatkuasa cuba meleraikan sehingga leher saya hinggap satu penumbuk. Pasangan yang ditangkap itu segera dibawa ke dalam van penguatkuasa. Waktu saya hendak menutup pintu van dan melindungi lelaki tadi, tiba-tiba satu bungkah kunci dibaling oleh isterinya itu dan terkena kepala saya sebelah kanan di atas telinga.

Rasanya tentu sakit sekali, tetapi kena tahan saja dan buat-buat tak sakit. Maklumlah sedang berlakon dalam sebuah filem, saya sebagai hero waktu itu... hehehe... Maklumlah waktu itu, kami penguatkuasa JAIJ jadi perhatian orang ramai yang berkerumun dan tidak ketinggalan juga beberapa wartawan yang dari tadi tak henti-henti ambil gambar.

Kemudian terus ke Balai Polis Sentral Johor Bahru. Di sana baru saya tahu, wanita itu berniaga di sebuah kedai makan di Johor Bahru yang kekadang saya makan di situ, suaminya bekerja kerajaan, main kayu tiga. Lelaki datang ke rumah wanita anak dara di pangsapuri itu tapi kantoi dengan bini.

KERAJAAN TARIK BALIK ARAHAN KERETA 15 TAHUN KENA MASUK PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA

Dalam blog saya ini juga melahirkan rasa tidak puashati sekiranya kerajaan menguatkuasakan peraturan seperti ini yang sudah pasti menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Alhamdulillah, kerajaan bertindak mengumumkan  pembatalkan peraturan ini.




FORUM PERDANA MASJID TAMAN KASEH











Sebentar tadi, saya baru balik dari Forum Perdana di Masjid Taman Kaseh, Kluang. Lepas forum makan sup ayam dan kopi o pekat, balik rumah mata tak mengantuk. Forum malam ni saya sebagai pengerusi forum, panelnya Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim al-Hafiz, Kadi Segamat dan Ustaz Sulaiman Maidin, Kadi Ledang. Alhamdulillah, ramai yang hadir, walaupun di luar masjid hujan lebat.



05 November 2009

SEMINAR PENGUATKUASAAN

Siang tadi, pejabat Agama Kluang menganjurkan satu Seminar Penguatkuasaan Jenayah Syariah di dewan Masjid Jamek Kluang, bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan perlaksanaan undang-undang ini. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Ibupejabat. Majlis yang saya rasmikan ini, disertai beberapa  jabatan kerajaan seperti polis, tentera, penjara, RELA, Pengetua Sekolah, Penghulu, Ketua Kampung dan beberapa pemimpin masyarakat. Kehadiran peserta cukup memberansangkan.

Ceramah dan pembentangan kertas kerja disampaikan oleh Ustaz Mohd Noh bin Kadri, Ketua Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor berkaitan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Manakala saya menyampaikan ceramah kedua berkaitan " prosedur Jenayah Syariah Johor".  Peserta juga diberi kesempatan untuk bertanya soalan kepada penceramah. Di antara soalan yang hangat adalah berkaitan mengajar tanpa tauliah yang hebat diperkatakan sekarang. Dengan penjelasan yang diberikan oleh penceramah,  kekeliruan telah berjaya dijelaskan.

Alhamdulillah, berdasarkan komen dan ulasan peserta menyatakan, program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Contohnya komen dari seorang pengetua sekolah, menyarankan Pejabat Agama Kluang supaya memberikan taklimat ini kepada pengetua dan guru-guru lain untuk memberi pendedahan kepada mereka.