Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Januari 2010

RUMAH LELONG: PENGALAMAN SAYA SENDIRI (Episod 1)


Mei 2008 saya beli rumah lelong RM 45,000 di Bandar Baru Uda, JB. Rumah flat tingkat 4, rumah kos sederhana rendah di belakang Bank Islam, sebelah wisma Nanas, sebelah produa, berhampiran Mydin. Kali pertama rumah ini dilelong Febuari 2008 dengan harga 55,000 tapi orang tak ambil. Kali kedua sebulan selepas tu 50,000. Kemudian turun 45,000 saya pun berminat nak ambil.

Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku

Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.

Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri

Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu.  Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.

Tengok Sendiri Rumah Tu

Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.

Tanya Bank dulu

Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.

Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa  yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.

Buat Tinjauan Penyewa

Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.

Masuk Lelongan

Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.

Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf  ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.

BERSAMBUNG.....
Episod 2 : http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-sedih-bila-kalah-lelong.html

26 ulasan:

  1. salam..wah seronok baca pengalaman kamu...

    BalasPadam
  2. Hahaha.. kesian makcik tu. tp xpe tuan, janji ala ontonggg.. masyuk sudah.hahaha

    BalasPadam
  3. klu mcm 2 tuan beli je rumah akak sebelah 2..sama2 untung..bak kata pepatah rumahku syurgaku...hehe...

    BalasPadam
  4. buku kalau harga dalam rm20-40 saya tak consider mahal...compare dengan ilmu yang ada...lagi bernilai...ramai yang nak beli rumah lelong tapi tak ada ilmu...kenapalah tak melabur dalam diri sendiri dulu....

    Tuanbri-Perunding Hartanah Lelong

    BalasPadam
  5. betul tu..buku dalam lingkungan 20-40 ringgit boleh kata amat murah. Banyak juga buku hartanah yang lain berharga lebih rm70 tapi tetap berbaloi. Saya sendiri suka beli buku2 macam ni...

    BalasPadam
  6. apa tajuk buku2 tersebut???

    BalasPadam
  7. tahniah laaa ustaz bagus laa ...ligat buat harta walau pon rumah kos murah yang penting hati kita puas. tq banyak khasiat saya baca

    BalasPadam
  8. ustaz...saya pun lom ader umah yang beli dgn duit sendiri coz skang nie dok umah yg mak ayah bg..teringin beli umah mcm pengalaman ustaz...boleh tak kongsi camner nak dptkan ilmu tu...

    BalasPadam
  9. dah buat kira2 tadi RM 235 loan selama 15 tahun?

    BalasPadam
  10. Apo...saya tak kata pun RM 235 tu 15 tahun. Dalam 21 hingga 23 tahun, saya dah lupa. Sebenarnya, beli rumah ini kena buat loan yang paling lama yang kita layak. Tak apa, kita ada penyewa dan gaji bulanan, jangan terburu-buru nak habiskan cepat.

    Perkiraan untuk loan rumah ini lain, bukan macam kira loan kereta. Kalau pakai kalkulator pun belum tentu dapat kira.

    Cara paling mudah, pakai hphone nokia, jenis yang murah macam saya pakai pun boleh dapat.

    Ni Nak ajar :

    Tekan kat calculator, lepas tu option, lepas tu pilih loan calculator. (Bahasa Indon saya tak tahu nak ajar)

    Pada petak atas letak jumlah nak loan, bawah dia interes, kemudian loan period (months.

    Akhir sekali dia akan kasi jumlah ansuran bulanan kita. Mudah kan.....

    BalasPadam
  11. ustaz ,masa ustaz bd untuk rumahlelong tu takde ke sindiket datang ganggu atau minta duit ? saya pernah pergi untuk bid rumah lelong di shah alam, memang pada mulanya saya seorang je letak bank draf untuk rumah tu tapi kemudian ada seorang lagi masuk pulak . Rupamya dia orang sindiket , lepas dia tahu saya nak bid rumah tu , diasaknya saya mula-mula katanya penghuni tu ada problem, tapi saya buat tak dengar, kemudian dia kata kalau saya nak rumah tu bayarlah dia rmseribu dan dia tak kacau masa bidding, saya tolak dengan baik. ada 5 kali juga lah dia ulang alik tanyakan saya perkara tu sampai akhir sekali dia kata kalau saya taknak bayar dia, bayarlah harga rumah tu nanti dengan marah. Masa bidding rumah tersebut tu memang dia kacau lah tapi syukur, dengan beza rumah itu dari harga permulaan adalah rm10k, bidaan terakhir tu kat dia...nampaknya dia tanggung lah kan. Mungkin telah tertulis tiada rezeki saya, tapi saya marah betul sebab dia nak cari duit cara macam tu, kesian orang yang betul2 nak kan rumah . tak baik kan orang macam tu.

    BalasPadam
  12. Kalau berada dalam situasi macam tu, pertama kena rilek dan fikirkan apa yang ditawarkan pada kita. Mungkin ada baiknya juga apa yang dia cakap tu atau ada juga yang tak baik. Jadi, sendiri fikirlah.

    Kalau kita baca buku pasal lelong (yg saya baca), kita jangan lanyan orang macam tu. Kita kena rilek dan duduk diam serta tumpukan pada rumah yang kita nak masuk tu.

    BalasPadam
  13. Pernahlah pergi kat Mahkamah nak beli rumah lelong.Tp yelah ulat bidding tu mmg ada kan..minta kita duit supaya org lain tak payah bid..easy money.Tapi tak dapatpun beli rumah tu..rumah tu terjual dgn harga rm1.8J..even budget mcm tulah tp saya rasa chinese boleh je beli more 2j..sedih jugalah tp nak buat mcmmana..in other way ok juga tak perlulah nak berhutang2 bertahun2..hutang sampai mati..hehe

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum, tuan sya ada sikit pertanyaan.Smlm saya ada menyertai satu lelongan di kl. Sebelum lelong bermula cuma ada 3 pembida yg berdaftar. Si A, Si B, dan Si C, . Mereka pun saje bertanya berapa budge masing2 utk dptkan rumah tu. Si A kata dia takde limit kerana dia nak sgt rumah tu. Si B cuma berani naik 2k aje. Si C cuma berani naik 10k. Jadi Si A berkata dia sanggup bayar sedikit gantirugi atas masa,band draf dan penat si B dan Si C. Tujuan si A untuk mengelakkan daripada pembelian
    melebihi budget. Contoh si A lwn Si C harga naik sampai 12k dan si C pun ckp pandan muka kau (dlm hati) dan akhirnya si A dpt harga yg tinggi, Si B dpt tengok dan Si C dapat padan muka ko...., dan akhir nye utk mengelak daripada masing2 kerugian maka si B dan Si C pun setuju untuk memberi laluan kepada si A yg betul2 mengharap. Dan si A memberikan sedikit gantirugi. Apa pendapat tuan....

    BalasPadam
  15. Kalau ini terjadi, kita kena hadapi dengan profesional. Bagi orang yang baru menyertai lelong ini kenalah berhati-hati dan jangan terpedaya.

    Tujuan kita masuk lelong, pertama nak rumah. Kedua, kalau kita tak dapat rumah, kita fikirkan juga bahawa kita tak mahu rugi.

    Tawaran orang ini kena buat pertimbangan juga. Kira baiklah tu sebab ada orang yang hendak berunding. Sebenarnya bukan senang nak mengumpul kesemua yang masuk lelong, kekadang ada seorang dua buat kepala sendiri.

    Mungkin juga kita boleh menyerah dan akur dengan kehendak orang ini. Iaitu, kita fikir juga, kalau kita lawan juga dah tentu kita kalah. Sebab kita kalah antaranya kira kurang wang atau sedar dengan kemampuan pinjaman kita kalau kita dapat dengan harga tinggi.

    Lagi satu, kita kena fikir juga, betulkah seperti yang orang ini kata, atau tipu saja. Tidak mustahil yang dia saja buat cerita saja yang dia boleh naikkan sehingga puluhan lagi. Dalam hal ini, kita kena fikir logik akal.

    Kalau kita rasa orang ini sengaja buat cerita tak masuk akal, elok lawan saja, kalah pun kalahlah. Kalah berlawan kadang-kadang lagi puashati dari kalau menyerah awal.

    BalasPadam
  16. Salam ustaz...td sy br balik dr melihat rumah lelong...kt ksempatan tu sy bertanya jirn sebelah rumah,sekali dy cakap rumah tu mempunyai sejarah dimana ada org bunuh diri....sy mcm xpercaya,tp wife sy muka dy dah lain masa jiran tsebut bcerita...tpi,dalam hati sy,sy ttp inginkan rumah tu sbb harga yg dtwarkan adalah juh lebh murah dr harga pasaran...apa pendapat ustaz???

    BalasPadam
  17. Pasal rumah berhantu tu...Sila baca tulisan saya, Rumah Lelong Episod 8. Mudah-mudahan membantu.

    BalasPadam
  18. Salam...dr cerita tuan, sebaik sj tuan berjya bid rmh tersebut tuan terus pecahkan lock pintu rmh t'sbt...tp rmh flat tu x der tunggakkan maintanc,cukai pintu ,indah water,air, api yg ke? Sy dh berjaya bid 1 apartment tp byk sngt kos yg terpksa sy tanggung sperti sy nyatakn td...kira2 blk dkt rm10K juga..Tp ikt prolacmation of sale itu semua akn dibyr blk oleh bank pelelong kpd pembeli..hmpr 4 bln sdh berlalu sy msh blum dpt lagi refund duet tersebut..dan lps bank pelelong dapt bayarn pnuh dr pinjaman sy baru sy berani pecah lock rmh tersbt..Ini x salahkan?Satu soalan lg, dlm rmh tu msh ada brg2 yg tertinggal dan kelihatannya owner lama rmh tu mcm TERPAKSA tinggalkan rmh tu, so brg2 jd hak sy la kan?

    harap tuan dpt beri pandangan tuan.
    terima kasih.

    BalasPadam
  19. Rugi kalau tunggu lama sangat. Kalau empat bulan, kalau sewa 500, 4 bulan dah 2 ribu kita tak dapat. Kalau tak jadi masalah, pecah saja pintu tu seberapa segera, petang tu kalau boleh. Lagi pun rumah tu kita dan tak ada siapa nak bising. Kalau tanya peguam, mestilah dia jawab ikut cara undang-undang. Ikut law, kita kena tunggu semua setle baru boleh masuk rumah, tapi takkan kita nak menunggu jer. Kalau ada pengawal keselamatan tegur, kita, kita tunjukkanlah surat kita menang lelong tu. Cuma jangan pecah kunci waktu orang tidur sudahlah, nanti kena marah.

    Tunggakan tu, kita bayar pakai duit kita dulu, lepas tu dapat semula melalui peguam kita.Jadi sebelum masuk lelelong, kita kena ada kira-kira mengenai kos tambahan, jangan duit ada cukup-cukup jer. 4 bulan tu kira belum lama, saya dulu kalau tak silap dalam 6 bulan baru dapat semula. Tapi kalau nak cepat, hubungi peguam, mana tau dia boleh buat cepat.

    Mengenai barang tu, rasa saya, kalau yg boleh guna tu, guna jer lah. (perabut contohnya) Nanti kalau ada tuan rumah lama datang, bolehlah kita kasi kat dia kalau kita kesian kat dia. Tapi kalau dah lama sangat dia tak datang, anggaplah dia hadiahkan kat kita, hehehe.
    (maaf, saya jawab ni tak ikut undang-undang, tapi ikut pengalaman)

    BalasPadam
  20. skg bidang hartanah lelong especialy kawasan johor mendapat sambutan hangat....masih boleh mendapat harga yg terbaik...tpi tuelah...sedih kdg terlalu byk songel...smpikn bangsa luar telah kuasai...wlupun ramai dikalangan kita golongan mampu....

    BalasPadam
  21. assalam ustaz...saya nk bertnya rumah ustaz di bbu ni available untuk disewa tak utk bulan 12 ni?

    BalasPadam
  22. Miss jij.. Nak rumah sewa kat uda, sila emal atau fb saya.

    BalasPadam
  23. Takutnya baca pasal ulat2 ni.. paling takut kalau org approach kte. Kalau org offer duet dkt kita, yg ni sy tak takut sebab boleh lawan dgn adil masa dkt dlm tu.

    Cuma kalau dia nak kte byr dia, klu tak byr nnt dia kacau pulak.. adoii

    Sebenarnya saya nak pergi bidding ni esok. Nervous!

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum/Selamat Sejahtera semua....forum yang berguna untuk kita mendapat sedikit ilmu mengenai lelongan rumah.Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan bertanyakan sedikit pandangan pada mana yang arif..

    -Semalam pengalaman pertama saya menyertai lelongan di mahkamah.Apa yang menjadi kemusykilan,rumah yang bermula pada harga sekitar 120k,di tetapkan minumum bid 10k(di umum oleh panel auction mahkamah).betul ke?kenapa amaun bid sebesar tu?saya pernah tgk contoh rumah 360k up bid sekitar 2k je..

    -Syukur saya berjaya memenangi lelongan rumah tersebut,akan tetapi saya tidak sign di mahkamah.Apabila berbincang balik untuk sign,pihak auction ckp dokumen saya ada masalah.So selang beberapa jam jumpe balik,die bg 4 memorandum yang mana saya kene sign dlu.sebab die xsempat nak dapatkan sign lawyer.rasa mcm berbelit2 plak die ni x ikut prosedur.

    -So nak tau la pendapat ade ke mekanisme utk kite tiaw pihak yang mcmni?boleh valid ke kat mahkamah?pastu boleh ke batalkan memorandum tu balik,biar die buat action semula..kerana saya dh mula belajar sikit cara game mereka di sekitar tempat lelongan dan semasa lelongan.Cara mereka smua ini agak "kurang manis dan buat kite rasa nak loya tekak& ade gak hajat nk bg sup kaki...hihihi...sebab byk yg jenis mengenceng je:)"...Jika siapa ada saluran yang sudi membantu sila inform ye..TQVM

    BalasPadam
  25. alhamdulillah, baca pengalaman ustaz memberi motivasi kepada saya.

    terima kasih banyak ustaz. semoga sentiasa dalam rahmat ilahi.

    BalasPadam
  26. pengalaman saya beli rumah lelong...
    harga rezab Rm135k
    bid menang Rm 149k
    installment Rm 713
    sewa Rm 620.........................

    kalau kes macam ni masih kira untung ka??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.