Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

10 Januari 2010

Terlibat Nikah Sendikit, Sukar Daftar Anak Sekolah


Beberapa minggu lepas, datang satu pasangan mengadu telah terlanjur benikah menggunakan sendikit kira-kira 8 tahun lepas. Sekarang sudah mempunyai 3 orang anak. Masalahnya sekarang, pihak sekolah menolak pendaftaran anaknya untuk masuk darjah satu sekolah berkenaan. Pasangan ini minta bantuan saya untuk menyelesaikan masalah ini.

Masalahnya ialah, pengantin perempuan sebenarnya warga asing tetapi telah dapat kad pengenalan palsu yang dibeli dari orang tengah dengan bayaran tertentu. Dia bernikah menggunakan kad pengenalan itu seolah-olah dia orang Malaysia. Dia sedar bahawa dia dapat kad pengenalan itu secara 'beli' tetapi orang tengah itu kata kad pengenalannya betul. Beberapa tahun kemudian, kad pengenalannya telah ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu berurusan dengan kerajaan. Anak pertamanya sepatutnya masuk darjah satu tahun 2010 ini.

Masalah ini rumit untuk diselesaikan. Sehingga hari ini, masalah orang ini saya rasa masih belum selesai kerana melibatkan banyak perkara. Jadi, kepada orang ramai, janganlah terlibat di dalam sendikit pernikahan seperti ini. Macam-macam masalah boleh timbul nanti.

2 ulasan:

  1. salam,

    bukan org biasa je terjerat dfn sindiket nikah palsu ni..ahli politik, artis, celebrities pun terkena gara2 nak kahwin secara mudah n cepat.

    jemputlah dtg ke blog saya pula.

    TQ.

    BalasPadam
  2. bukan sebab cepat dan mudah...tapi sebab tak mendapat restu keluarga dan pasti isteri pertama...hukhukhuk

    BalasPadam

Dipersilakan komen.