Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Februari 2010

BOMOH TERLAMPAU : Episod 1

Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, saya dapat satu aduan kes bomoh yang meragukan. Jadi malam tu saya dan penguatkuasa bersama polis  pergi ke tempat berkenaan. Bomoh tu buat 'upacara'  seperti orang jual ubat di suatu tempat lapang di kawasan rumah penempatan sementara. Dia guna pembesar suara dan berceramah agama dulu sebelum mempromosikan perubatan dia tu. Antara yang dia ceramahkan adalah,

"sakit itu daripada Allah dan Allah jua yang mempunyai kuasa menyembuhkan sesuatu penyakit". Betul memang betullah apa yang dia cakap, cuma yang salahnya, dia gunakan hujah itu untuk menghalalkan perbomohannya. Sekitar jam 10.00 malam, makin ramai orang yang datang, lebih 30 orang, kebanyakannya penduduk di persekitaran.

Selepas dia ceramah, datanglah seorang demi seorang yang merasakan ada penyakit dan nak minta khidmat perubatan dari bomoh tu. Kebanyakan yang datang beratur jumpa bomoh tu adalah perempuan, saya hairan kenapa. Saya tengok, seorang perempuan tu mengadu sakit kepala, katanya dah ramai doktor yang dia jumpa tapi tak sembuh. Maka bomoh tu pegang dan urut dahi pesakit tu, kemudian mata bomoh tu pejam dan mulut dia seperti baca sesuatu. Saya yang ada kat tepi tu perhatikan saja. Lama juga dia rawat perempuan tu. Muka dan tangan perempuan tu habis dia sentuh, perempuan tu rela pulak tu.

Seorang perempuan tu mengadu sakit perut, maka bomoh tu suruh baring atas kain sejadah yang dihamparkan. Kemudian dia suruh perempuan tu buka tudung. Bomoh tu baca sesuatu, dengarnya dalam bahasa Arab. Dia lalukan tangan dia dari atas muka sampai ke kaki. Kemudian dia ambil air yang kononya dah dijampi dan sapu kat muka perempuan tu. Lamalah juga dia rawat perempuan tu, dalam 10 minit lebih. Orang ramai pun tengok saja 'kehebatan' bomoh tu.

Maka tibalah giliran saya untuk 'rawat' sakit saya. Kononnya saya ada sakit peha hingga ke pinggang kerana kemalangan. Dah ramai doktor yang rawat saya tapi tak berjaya. Sebeb tulah saya datang jumpa bomoh yang 'super hebat' ini.

3 ulasan:

  1. la boleh pulak ada sambungan haha

    BalasPadam
  2. Ni yang thrill ni main sambungan plak macam citer bersiri huhuh

    BalasPadam
  3. laaaaa...ada episod 2 lak ke...saya kdg2 'geram' pd mangsa2 bomoh ni...bkn geram kat bomoh2 tu...tp geram ramai yg terpedaya,tertipu dgn 'boh mau' ni...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.