Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

15 Februari 2010

Buang Bayi, Bakar Bayi : Bagaimana Menanganinya ?

Bila berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu kes buang dan bakar bayi semalam, maka beberapa orang tertentu yang berpengaruh mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama membendung kejadian ini. Iaitu untuk membendung supaya kes buang dan bakar seperti ini tidak berulang lagi. Kes buang bayi ini bukan sikit, saya percaya banyak berlaku di setiap negeri, cuma saya tak tahu statistik yang tepat saja. Saya percaya, banyak juga kes buang bayi ini tidak diketahui kerana orang yang  melakukannya berjaya melakukannya dengan selamat.

Bagaimana nak bendung masalah buang bayi ? Pada saya, bukannya kita nak cegah buang bayi saja. Kalau cegah buang bayi saja, mungkin kita minta pihak berkuasa atau sukarelawan jaga tong sampah, selongkar tong sampah dan halang orang buang bayi dalam tong sampah. Kalau orang bakar tong sampah, lagi kita halang takut-takut ada bayi dalam tong tu. Pada saya, kalau nak jaga tong sampah, ini kerja kelakar macam kerja pengutip sampah.

Cegahlah Zina Pada Peringkat Awal

Pada saya, kita kena cegah zina itu diperingkat awal iaitu benteras ruang-ruang untuk orang ramai melakukan maksiat. Jangan tunggu sampai gadis kita dah 'kembung' tiada gunanya. Zina tak bermula dengan zina terus, tetapi ada permulaannya atau ringan-ringannya, kemudian barulah berat-beratnya. Permulaan itu apa ? Mula dengan berkenalan lelaki perempuan, kemudian keluar bersama, kemudian pegang-pegang, kemudian cium-cium, raba-raba, kemudian romen-romen, kemudian mulalah berani masuk hotel atau rumah, maka barulah zina berlaku. Zina tak akan terus jumpa terus zina.

Bahan lucah

Sekarang amat mudah memiliki VCD atau DVD lucah. Di Johor Bahru dan bandar lain seperti Kuala Lumpur, senang saja nak dapat. Malah kalau kita pergi ke pusat beli belah tertentu, kalau kita tak tahu pun akan jadi tahu, kerana kita ditawarkan oleh penjual. Tindakan demi tindakan oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak menjadi ketakutan kepada penjual ini. Sekarang, kedai jual telefon bimbit, bukan hanya jual telefon dan 'top up', tapi banyak juga yang jual video lucah. Dengan bayaran serendah RM 10, kita boleh dapat video lucah Melayu percuma yang boleh dimasukkan dalam telefon bimbit kita. Kalau telefon kita tak boleh masuk video, penjual akan tawarkan kita telefon yang boleh masuk video atau dia jual  memori card yang lebih besar. Sebuah kedai jual 100 klip video lucah dengan bayaran RM 50, penjual hanya perlu masa tak sampai 5 minit untuk masukkan video itu dalam telefon bimbit kita. Kalau beli telefon baru, penjual akan menawarkan video baik itu secara percuma saja. Saya tahu sebab saya sendiri, nak tahu cerita lanjut, dengarlah ceramah saya dalam blog saya. Ini bukan cerita rekaan, itu pengalaman kisah benar saya.

Apa kaitan bahan lucah ini dengan buang anak ? Lu fikirlah sendiri apa kaitannya. Bila sudah teransang melihat video ini, maka timbul keinginan. Lebih dahsyat lagi, kalau mereka sendiri yang berzina dan buat video sendiri, kemudian menjualnya ke kedai telefon dengan bayaran tertentu. Semua video tadi, bukannya video dari luar, tapi semuanya Melayu termasuk budak sekolah yang masih berpakaian sekolah, buat kerja tak senonoh ini.

Arak Ibu Segala Maksiat

Senangnya nak dapat arak, di kedai 24 jam pun ada jual, tak payah nak pegi kelab malam. Bila minum arak, disertai dengan pergaulan bebas, maka perzinaan mudah berlaku. Kalau pergi ke kelab malam (saya dah biasa sangat masuk kelab malam), minum arak pasti disertai pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Bermula di kelab malam itu mereka kenal dan bergaul bebas, kemudian disambung pula dengan masuk hotel berdua atau rumah sewa.

Pusat Hiburan Penggalak Maksiat Terbesar

Sekarang ini, kelab malam, disco dan karaoke yang ada arak, muzik dan wanita GRO ini bersepah-sepah dan perniagaannya bagus gitu, ikut bahasa Indon. Sebabnya kerana orang kita yang  memberi sokongan. Pukul berapa kelab malam ini tutup ? Jam 12 atau 1 pagi ? Kalau anda ronda-ronda di bandar Johor Bahru (dan bandar lain), hampir tak ada kelab malam yang tutup jam 1 pagi, yang tutupnya hanya pintu luar. Yang dalam sedang hangat beroperasi. Jam 1 pagi, makin ramai orang mula datang. Maka banyak juga yang tutup bila tiba waktu subuh. Ini saya bukan buat cerita menipu, tak percaya, sila tengok sendiri. Malang sekali, pusat hiburan ini tidak diambil tindakan sewajarnya.

Ikhlaskah kita Membenteras Maksiat ?

Kesimpulan saya, bukanlah suatu yang tepat kalau kita nak bendung kes buang anak bila dah termengandung. Tetapi benteraslah dari awalnya dari sekecil-kecil punca hinggalah sebesar-besarnya. Hari ini kes berlaku kepada orang lain, jangan suatu hari nanti berlaku kepada keluarga kita sendiri.

4 ulasan:

  1. salahkah kalau saya cadangkan ikut cara mat salih diaorg ajar anak2 mustahaknya protection dlm melakukan hubungan jenis.sebab cara ini bagi saya tak melibatkan orglain ini adalah kehendak diri sendiri.so bila saja anak kita sudah akil baligh ibubapa tahu tanggungjawab menerangkan pada anak2 hal2 yg berkaitan dgn sex.

    BalasPadam
  2. http://rulza.blogspot.com/2011/06/bayi-baru-lahir-dicampak-dari-tingkat.html

    sedih..bila dah ada anak sendiri saya juga risau...yala mereka takkan bersama saya 24 jam suatu hari nanti.

    saya kira dari semua yang diatas perkara asas, bagaimana peranan mak ayah untuk elak anak dekati zina dititikberatkan, Dari segi pembentukan jati diri, kawalan anak2 dan sebagainya.

    contoh 1:
    mak saya, masa saya nak bawa bakal suami masa baru berkenalan dulu dia halang. kalau datang ke utara dok saja di hotel. tak boleh di rumah. Banyak sebab.

    Tapi ada mak ayah, kalau kekasih datang rumah ok je..yala dalam rumah..tapi rumah tulah juga jadi fitnah besar....Nauzubillah...

    contoh 2
    bila anak ramaja, kalau mampu, korbanlah masa untuk ambil dan hantar anak2 kemana2.. masa saya kecil(darjah 6) ayah saya benarkan saya naik teksi/bas..bila remaja 13-17..ayah hantar dan ambil walaupun nak pergi supermarket dan hanya benarkan keluar dengan kawan saya yang ayah percaya. Kalau lelaki No way. Arwah ayah pesan kalau dia jumpa ayah pukul separuh mati!!

    Selamatkanlah anak-anak kita dengan perkahwinan. Jika kita lihat anak mampu dr segi ilmu dan nafkah jangan halang. Bantu dia nikah dan mudahkan. Seperti ustaz kata pengaruh banyak. Alangkan orang alim pun boleh terjebak..dan ia bermula dr didikan paling agung dr mak dan ayah

    BalasPadam
  3. yg paling penting bekalkanlah iman yg mantap dlm jiwa anak2 insyaAllah mreka akan terhindar dr maksiat, jika akidah Islam kukuh di dlm jiwa maka ke mana saja ia pergi dia akan sedar bahawa Allah sentiasa melihat gerak-gerinya maka dia tak akan melakukan maksiat. apabila iman lemah maka anak2 ini akan mudah terjerumus ke kancah maksiat

    BalasPadam

Dipersilakan komen.