Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

07 Februari 2010

GEMPAR ! Bilik Hotel Saya diserbu Pencegah Maksiat

Semalam (Sabtu) saya ke Temerloh selepas ceramah Kursus Kahwin di Batu Pahat yang selesai jam 5.30 petang. Tiba di Bahau, Negeri Sembilan jam dah menunjukkan 9.30 malam, rasa penat pulak dan mengantuk. Saya ambil keputusan untuk tidur di sebuah hotel budget di Bahau seorang diri. Lepas makan, dalam kul 11.00 terlelap, sambil baca buku, tak sempat tutup lampu.

Sedang tidur, saya terkejut dengan bunyi bising ada orang ramai-ramai dan ketuk pintu, membuatkan saya terjaga. Tengok jam dalam jam 1.12 pagi. Saya 'pasang telinga' dan dengar mereka ketuk pintu sambil kata
'Jabatan Agama'. Saya tahu itu Jabatan Agama dan saya percaya bilik saya akan diketuk sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, pintu bilik saya diketuk dan saya terus buka. Saya lihat ada ramai orang di luar. Dua orang lelaki memperkenalkan diri dan minta izin masuk. Saya benarkan 2 lelaki ini masuk, kemudian ada seorang wanita yang masih muda nak masuk juga. Saya kata, saya sorang saja, lelaki sajalah masuk. Bukan apa, malu pulak dengan wanita, tengok muka kita serabai je baru bangun tidur.

2 lelaki itu masuk ke bilik, kemudian periksa dalam bilik air, kemudian buka pintu almari. Bawah katil dia tak tengok pulak, sebab katil tu mana ada bawah. Lepas tu dia tanya saya,

"Encik dari mana ?"

"Saya dari Johor, ada hal sikit sini ". Saya jawab. Kemudian saya pula tanya dia.

"Ni dari pejabat Kadi mana ? Bahau ke ?". Tanya saya

'Tak. Kami dari penguatkuasa Jabatan Agama Islam Seremban". Dia jawab dan kemudian dia nak keluar.

'Minta maaf encik, mengganggu' .Dia kata.

"Ok tak per, biasa tu". Saya jawab. Kemudian dia terus keluar.

 Ini kali pertama

Ini kali pertama, bilik hotel saya diperiksa pencegah maksiat. Dah banyak kali tidur hotel mahal ke, murah ke, tak pernah ada orang periksa pun.  Bukan apa, kerja periksa hotel-hotel ni kat Johor kerja saya, kali ni bilik saya pula kena ketuk. Ini betul-betul rasa macam orang kena periksa. Yang periksa bilik tu pulak tak kenal saya. Kalau dia tanya  saya kerja mana, mungkin saya akan jawab ' kerja biasa jer'. Bukan apa, taknak ganggu kerja dia dan taknak panjangkan cerita.

Saya masih ingat tahun 2001 dulu, bos penguatkuasa Negeri Sembilan selalu minta idea  Johor untuk menambah jumlah kakitangan dia. Waktu itu penguatkuasa di Negeri Sembilan sedikit, berbanding Johor yang dah ramai. Alhamdulillah dah berjaya tambah kakitangan. Mereka inilah yang datang periksa bilik saya ni. Nampaknya mereka masih muda. Saya pulak tak jenguk kat luar, kalau jenguk mungkin ada yang kenal. Masa 2 orang masuk bilik tadi, saya tolak sikit pintu, supaya orang luar tak nampak dalam. Saya biasa jer, orang  sedang jalankan tugas kenalah beri kerjasama. Nasib baik takde bawak awek, hehehe.
SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

11 ulasan:

  1. salam...sya rsa kalau btoi tuan bwa awek...pastilah glmaour seantero mlaysia...hahaha...

    BalasPadam
  2. saya yg selalu merantau ni mmg selalu bilik kena ketuk jam 1 atau 2 pagi... tapi biasa hotel bajet je... hotel mahal tidak.

    BalasPadam
  3. Wahh.. suspens jugak tu kan? uishhh... kalu tak salah, apa nak risau, ye tak?

    BalasPadam
  4. sy pernah kena sebu mcm ustaz waktu tu sy ada masalah di rumah, jadi jalan mudah tidor kat hotel cuba cari ketenangan, tapi kena serbu, bengang juga rasanya. pikir2 tak ada ke cara lain nak cegak maksiat ni

    BalasPadam
  5. assalamualaikum, mengapa pencegah maksiat x msuk hotel mahal???

    BalasPadam
  6. Koronez.... Siapa kata hotel mewah tak kena serbu ?

    Masa saya kerja pencegah maksiat, sebut saja mana hotel mewah kat Johor ni,tak kira yang berbintang ke tak berbintang ker, semua saya pernah kena periksa dan tangkap. Negeri lain saya tak tahu.

    Masuk akhbar ada, tak masuk akhbar lagi banyak. Jangan rasa selamat kalau buat maksiat.

    BalasPadam
  7. klu yg jaga kaunter hotel tu x bagi kebenaran pncegah maksiat masuk ? boleh ke die didakwa ? klu die bukan islam, cinalah contohnya. boleh ke die didakwa bwh enakmen syarie ?

    BalasPadam
  8. kalau bawak pondan tido kat hotel ape pulak tindakan jabatan agama? kena tahan jugak ke?

    BalasPadam
  9. kalau pembuat maksiat tu non muslim? cina contohnya... jakim biar je ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jakim boleh didakwa kerana menceroboh secara paksa?

      Padam
  10. Klau y kawen siam mcm mane

    BalasPadam

Dipersilakan komen.