Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 Februari 2010

JUTAWAN LABU-LABI

 Seorang lagi pengarah Syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini kerana tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta. Dia, yang mengaku tidak bersalah, didakwa melakukan tiga kesalahan itu di syarikat tersebut di 5M, Jalan Pandan Indah, di sini antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009.
Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa bersubahat dengan seorang lagi pengarah syarikat itu, untuk menipu dan memperdayakan 93 orang untuk membuat pelaburan dalam program "Island Red Cafe" di mana pelabur itu telah membayar sebanyak RM1,040,400 kepada syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965, dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  Bagi pertuduhan kedua dia didakwa sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) Akta Syarikat 1965, iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang berjumlah RM15,061,800 ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan memasuki program “Island Red Cafe” untuk tempoh lima tahun. Ong didakwa mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat tersebut melalui satu program yang dikenali sebagai “Program Island Red Cafe”, walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual beli saham. Jika sabit kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 363(5) akta yang sama, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

3 ulasan:

  1. Famous Kadi Kluang dalam akhbar Harian Metro 12 Februari 2010.

    Barangkali badi bercerita tentang jutawan di tempelan ini dan kemudian jutawan lain ditangkap berkhalwat??

    BalasPadam
  2. Mazidul, cerita ini mungkin kebetulan atau suratan. Nak jadi jutawan, jadilah macam Nabi Muhammad, Saidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf dan Siti Khadijah. Jangan jadi jutawan penipu, buat jenayah atau buat maksiat.

    BalasPadam
  3. Buat kerja macam Ustaz Khali, saya percaya ada cabaran unik.

    Kekadang mungkin terjolok sarang tebuan,ada pihak marah. Namun, selagi semua pekerjaan dilaksanakan mengikut perundangan, sepatutnya tiada masalah sangatlah kan?

    Orang baik, hati baik, selalu tindakan juga baik, InsyaAllah.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.