Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

06 Februari 2010

LANGGAN PELACUR, RASUAH BATERI KERETA

Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, kami buat rondaan sekitar tempat letak kereta Hospital Sultanah Aminah JB dalam jam 11.00 malam. Terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di kawasaan berkenaan dan nampak satu pasangan sedang berpelukan. Dari dalam Pajero, saya dapat lihat dengan jelas, seorang lelaki menindih seorang wanita di kerusi sebelah pemandu. Kedua-duanya berpakaian lengkap. Kami suluh dengan lampu,segera berhenti dan menghalang kereta berkenaan.

Satu pasangan segera bangun dalam keadaan tergesa-gesa dan keluar dari kereta.  Rupanya lelaki Cina berumur dalam 60-an dan pasangannya seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Kedua-dua mereka nampak tua. Seperti biasalah, kuasa yang ada pada JAIJ hanya pada orang Islam, bukan Islam di luar bidang kuasa. Tapi bila kami minta kad pengenalan, kedua-duanya menggigil dan mintak 'selesai'. Saya tengok saja aksi gelabah lelaki tua itu nak mintak 'selesai', nak selesai apa, entah, saya pun tak tahu. yang saya tahu, tak ada kes.

Tiba-tiba dia bukak bonek belakang kereta dan menunjukkan banyak bateri kereta, ada yang baru dan ada yang  lama. Dia kata, nak selesai kes ini dengan belanja bateri kereta seorang satu biji, waktu itu kami penguatkuasa semuanya ada 8 orang termasuk pemandu. Bila dikira ada 8 orang, dia kata bateri baru tak cukup. Jadi 5 orang akan dapat bateri baru, 3 orang akan dapat bateri kereta  lama. Kelakar juga, kalau nak kira nilai satu beteri buruk, agak-agaknya dalam RM 5 ke RM 10 saja, itu pun dia nak rasuah. Saya dah mula tergelak tengok gelagak apek tu. Rupanya, dia kerja niaga bateri kereta, patut le banyak bateri dalam kereta.

Saya terus mintak kad pengenalan walaupun dah tahu, kedua-duanya bukan Islam. Tapi dia masih takut, dia terus tawarkan kami supaya ambil bateri dan jangan apa-apakan dia. Dia takut kalau kena tangkap, kerana anggapan dia, dia boleh kena tangkap juga walaupun bukan Islam. Akhirnya kedua-duanya keluarkan kad pengenalan, betullah bukan Islam. Lelaki umur 60-an.

Bila ditanya siapa perempuan ni, perempuan tu terus mengaku dia kerja pelacur kat Jalan Dhobi JB. Tadi mulanya nampak cun dan seksi, bila dibawa ke bawah lampu tiang yang lebih terang, nampak sangat dia dah tua, kulit pun dah berkedut, umur dah 50-an. Tapi pakaian dia, mak oiiii, seksi giler dengan skirt pendiknya. Yang kelakarnya, bila tengok betis dia, ada berkudis. Entah ada sakit apa lah. Ada juga orang berkenan dengan wanita camni. 

Bila ditanya, dia mengenakan bayaran RM 30 ringgit sebagai pelacur tapi untuk ringan-ringan saja. Pelacur ni diambi sendiri dari Jalan Dhobi dan dibawa ke situ oleh apek tu.  Dalam hati saya, nasib baik bayar dengan duit, ingatkan bayar dengan bateri kereta jer pada pelacur ni. Dalam hati saya, kalau nak pilih pelacur pun, kenapalah pilih yang dah berkudis kat kaki camni, takde ke yang kaki licin sikit. Macam-macam le apek ni, membuatkan kami semua tergelak hari tu. Kedua-duanya diberi amaran sebelum dilepaskan. Saya warning dia juga, janganlah senang-senang nak tawarkan rasuah kepada penguatkuasa.

5 ulasan:

  1. hahaha kelakar. tapi kalau tak silap kalau di kl di bawah akta kesalahn kecil atau akta taman orang awam boleh tangkap mereka yg berkelakuan tak senonoh tu tok kadi.

    BalasPadam
  2. boleh di tangkap dengan cubaan memberi rasuah kepada penjawat awam

    BalasPadam
  3. Salam Sejahtera, kalau kat Utara ada pasangan yang beromen dalam kendeaan waktu malam, kat sini ada lebuhraya yang lengang. Kadang-kadang terserempak dengan kereta yang dipandu perlahan dalam keadaan ketepi dan ketengah, memang susah nak pastikan yang mereka tu beromen, tetapi boleh agak dengan tepat apa yang mereka buat. Apa pendapat tuan, bolehkah perkara ini dilaporkan kepada Pencegah Maksiat. Kekadang terfikir juga, kalau lapor mungkin susah nak buktikan sebab dalam kenderaan yang bergerak dan diwaktu malam pula tu. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. kahkahkah...cina pun pandai berasuah,,,ini kerja sapa yang ajar...tahniah jaij kerna tak termakan bateri...kahkahkah

    BalasPadam
  5. TaherKasa... Pada saya, aduan itu ada asasnya. Elok buat aduan untuk bantu penguatkuasa Jabatan Agama dapatkan maklumat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.