Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

19 Mac 2010

Anak Kaki Judi, Ayah Bapak Judi

Dulu di Jb saya tangkap seorang lelaki lewat 20-an beli nombor ekor. Dia kerja kat kedai jual telefon bimbit di sebuah pasaraya. Masa ditangkap, ayah dia datang jamin. Masa tandatangan borang amanah jamin, ayah dia senyap tak kata apa-apa. Pada saya, ayah dia ni mungkin marah pada anak yang kena tangkap. Mungkin depan orang pejabat, bapa dia taknak bising. Lepas tu lelaki ni balik, kemudian dituduh di mahkamah dan bayar denda.

Selang beberapa bulan kemudian, ayah dia pula yang usia 60-an kena tangkap beli nombor ekor. Bila disuruh cari penjamin, anak dia yang kena tangkap dulu datang jamin. Macam biasa, anak tak kata apa-apa, cuma tandatangan saja. 

Rupanya bapak dengan anak sama saja. Dua dua tak boleh harap, harapkan pagar, pagar makan padi.

5 ulasan:

  1. hmm..salam...assalammualaikum...nak komen dengan ketidakpuashatian sy sbg org Islam tgk org Melayu especially org2 tua di Kluang ni yg sy rase dah cukup2 melampau..beli no ekor slamber je..dorang pg beli ni dalam time2 magrhib atau lepas2 tu la..tak paham..org tua yg ramai beli...yg minum arak pun same..mnum dlm rumah..pastu beli kat kedai cina..mase beli botol balut tu dgn suratkhabar..sy nak tegur sy org mude org pompuan..tp tak snggupla tgkk..mintakla pej agama buat rush gle punye2 kt kdai no n kdai arak...kluang ni la..agaknye kmarau sgt tu ..huhu

    BalasPadam
  2. assalammualaikum..ustaz,sy ingin mencadangkan jabatan agama islam membuat permohonan kepada kerajaan untuk menambah jawatan penguatkuasa untuk menangani salahlaku dikalangan org islam dan juga memantau hak halal selaras dengan sasaran negara sebagai pengeluar makanan halal..

    BalasPadam
  3. assalammualaikum..ustaz,sy ingin komen skit, sbb saya ade kenal 1 keluarge tgal di shah alam ni bapak, anak, menantu dan behsan pun main no ekor, kenapa kedai no ekor di padang jawa or tak kira di mane pon selalu la buat operasi tangkap orang islam yg beli no ekor, sebb dia akan syok beli klu dh selalu kene contoh kene RM140,000.00, selang bberaperi hari kene lagi, klu pejabat ugama tak pantau benda judi haram ni, sampai bile pon orang melayu mudah luper judi itu ada lah haram...sbb duit yg diarang kene akan bg makan ank ,isteri cucu makan. kite bolh tgk org lain buat slah skit dh dapat bala dari allah, tapi org yg main no ekor jarang dpt bala.

    BalasPadam
  4. terasa nak kongsi cerita lawak seram...

    satu hari di rumah mak mertua saya,.. saya terbaring di sofa meneman anak main PS3,.. di ruang laman rumah isteri saya dan ibu mertua sedang berbual dengan makcik jiran sebelah dan anak perempuan keduanya... tak laman kemudian, telefon bimbit anak jiran tu berbunyi...
    ayat yang jelas saya dengar.... " Alhamdulillah bang,... syukurlah... kepada Allah... rezeki anak-anak tu.." kata anak jiran tu.
    maknya pun bertanya siapa yang menelefon... jawabnya ringkas penuh tawadduk....
    "Abang Mamat (suaminya) telefon beritahu dia menang nombor RM 1200,..."..
    Ya Allah!,.. berdenting hati saya dalam dilema... nak ditampar atau nak ketawa sambil berguling depan laman tu...
    mungkin kerana saya seorang guru agama ,.. dia nak jadikan ayatnya lebih nampak keislaman.. kononnya.
    anak, bapak, menantu kaki nombor.. yang kesiannya.. makcik tadi yang saya lihat macam tertelan kapur barus lepas guna mandi mayat... ditalan mati suami ,.. diluah mati anak menantu... Ya Allah selamatkanlah jiwa dan hidup jiranku ini....

    BalasPadam
  5. Nak kongsi cerita pasal nombor ekor ni. Saya nampak orang2 kita beli nombor ekor haram ( 2 X haram) di beberapa bengkel motor, kedai runcit....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.