Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 Mac 2010

Anak Kurang Ajar

Antara tanda-tanda hampirnya hari kiamat adalah anak tak hormat pada ibu bapa. Termasuklah bapa dijadikan kuli oleh anaknya sendiri. Petang tadi saya ke sebuah warung di Kluang, ada jual goreng pisang dan lain-lain. Gerai tu di tepi jalan, bukannya yang jenis mahal sangat, mungkin juga ceroboh tanah kerajaan, entahlah.

Sambil minum, saya memerhati dan mendengar seorang pemuda bersikap tidak sepatutnya kepada seorang lelaki tua. Pemuda itu panggil lelaki itu 'abah' menunjukkan itu bapanya.

"Abah ni jangan lah hantar air lewat, orang dah tunggu !". Kata pemuda tu pada bapanya.

Saya nampak pemuda tu memang kurang ajar, tak sepatutnya dia cakap begitu pada bapanya. Lepas tu saya dengar lagi.

"Abah ni cepatlah angkat gelas, orang dah duduk tu !". Cakap pemuda tu dengan tinggi suaranya. Maka bapanya tu tergesa-gesalah pergi angkat gelas.

Bila dah selesai makan, kawan saya bayar. Bapa dia ada lambat sikit masa mengira, kemudian bapanya kena tengking anaknya.

"Abah ni cepatlah ambil duit tu, semua tiga ringgit setengah jer". Kata pemuda tu. Bapanya ambil duit dan pulang duit baki. Kemudian pemuda tu kata lagi.

" Abah ni kalau nak buat slow-slow macam ni lebih baik duduk rumah saja. Esok tak payah datang kedai !". Kata lelaki tu.

Dalam kereta, kawan saya kata tak patut seorang anak memperlakukan bapanya sebegitu. Lebih lagi di khalayak ramai. Saya tanya, betul ke bapa dia ? Kawan saya kata yer, sebab dia panggil gelaran 'abah'. Yer memang pasti itu bapanya. Umur pemuda tu dalam 30-an, masih muda cergas, tengok gaya macam dah kahwin. Bapanya antara 60-70 tahun, pergerakan agak perlahan sikit.

Begitulah nasib seorang bapa yang membesarkan anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Bila anak dah besar, anak senang-senang tengking bapa. Itu saya minum di situ dalam 30 minit, bukan lama. Agak-agak dalam sehari, berapa kali anak dia tengking bapa dia ?

Ayah dia bukan orang berada, dah pasti bukan bekerja tetap dahulu, mungkin tiada pencen. Jadi dia menumpang kasih di warung anak lelakinya untuk cari sedikit pendapatan untuk belanja hidup. Tapi anak dia pula yang bersikap kurang ajar. Saya lihat bapanya taat saja dan buat tak tahu saja bila anak dia tengking begitu. Bapanya terpaksalah sabar, nak ke mana lagi. Nak kerja tempat lain atau kedai orang, bapanya bukannya sihat sangat.

7 ulasan:

  1. Pengajaran buat kita semua. Di dunia lagi Allah bayar cash! Nauzubillahi minzalik.
    "Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa"

    BalasPadam
  2. satu je cara ustaz nak ajar budak tue...boikot trus kedai dier...bukan nak sekat rezeki dier tapi klau tak halal dan tak berkat baik kiter selamatkan dier dari banyak dosa...BOIKOT...BOIKOT...BOIKOT...

    BalasPadam
  3. sokong fazmila, boikot je. Biar dia sedar hidup kita ni kena ada keredhaan ibu bapa.

    BalasPadam
  4. orang2 melayu zaman sekarang memang terlampau kurang ajar,dari yang muda sampailah yang tua bangka kadang2.kesian betul bila orang melayu sendiri yang 'kononnya' beragama islam ini langsung tak tahu apa itu maksud saling menghormati sesama manusia.memang perit rasa hati bila terkena situasi macam ni dengan sesama bangsa sendiri.

    BalasPadam
  5. akhirul zaman.namun sesiapapun punya pilihan dalam bertindak dgn cara apa sekalipun kerana dikurniakan aqal namun gagal dimanfaatkan secara yang dianjur Rasullullah zaman la ni.semua sebuk dengan nak kaya cepat ,tension nak kaya cepat nilah antaranya yang jadi.yang letihnya ramai orang melayu mengaku Islam terbabit hal mcm ni.

    BalasPadam
  6. bukan ke yg mendidik anak tu ialah ibu bapanya sendiri.. bila tiada kesedaran ank tersebut dimarah ditengking dikatanya mana la kau blaja sume ni... tpi bile anak tu berjaya heboh memgatakn tulah ank yg dbesarkannya.. tpi ank tu salah.. siapa yg mmbesarkn ank itu pula..

    BalasPadam
  7. yep betol.... mungkin bapa ada kesilapan masa silam & kesilapan mendidik anak...

    apa nak heran salahkan anaknya pulak????
    inilah org melayu, budaya selalu nak salahkan org lain...

    kalau di BOIKOT lagi la tak de rezeki masuk... jalan paling bagus, cuba la ustaz siasat dulu knp pemuda itu ber"attitude" begitu??? saya pasti setelah diselidiki dr bapanya tentu bapanya mengakui itulah kesan balasan atas perbuatan lampaunya...

    come on la....matang lah berfikir....
    anak yg menghantar ibubapa ke rumah org2 tua, sebenarnya jika diselidiki, ibubapa tersebut gagal menjalankan ttgjwb sewajarnya pd anak2 sewaktu anak2 tersebut kecil hingga dewasa....

    apa yg ditanam, itulah yg dituai...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.