Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Mac 2010

LAGI-LAGI CERAI SMS

Jam 2.00 petang tadi seorang suami hantar sms pada isteri, bunyinya lebih kurang begini.

"Mulai saat ini, aku ceraikan kau". Sms dihantar  suami  pada isterinya. Dia percaya sms itu sampai pada isterinya. Bila ditanya kenapa, katanya isterinya ada lelaki lain. Bila ditanya, hendak rujuk atau tidak, lelaki kata tidak. Tak apalah, masa edah lama lagi. Hari ini kata tak, esok lusa belum tahu.

Jam 2.30 petang, lelaki terus datang pejabat Agama, mengadu pasal perkara ini.   Kejadian ini berlaku sekelip mata, berlaku 2.00 petang, 2.30 terus datang ke pejabat. Kepada pasangan suami isteri, jangan main-main dengan sms. Isteri pun ada peranan, jangan suka cabar mencabar suami sehingga suami boleh terhantar sms yang sebegitu.

1 ulasan:

  1. Sepatutnya suami bijak mengawal emosi, banyak sebab kenapa isteri minta cerai, klu isteri ada lelaki lain sama hal jugak dgn suami awal2 dah ada pompan lain

    BalasPadam

Dipersilakan komen.