Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

27 Mac 2010

PELACUR CALL GIRL: HABUAN BANGLA

Tindakan Jabatan Imigresen yang mengambil tindakan tegas terhadap warga asing sangat-sangat dipuji. Di Kluang beberapa hari lepas, beberapa orang Bangla ditahan jabatan tersebut atas pelbagai kesalahan. Mungkin kesalahan tiada dokumen yang sah atau kesalahan lain. Di Kluang beberapa lokasi menjadi tumpuan Bangla ini seperti jalan Yap Tau Sah dan Taman Sri Kluang.

Baru-baru ini, saya mendapat aduan mengenai penglibatan Bangla di Kluang yang menjadi perantara kepada kegiatan pelacuran. Lelaki ini menggunakan nama "Ayim" (bukan nama sebenar) cukup popular di kalangan Bangla di Kluang. Maklumat yang saya terima, dia sudah tinggal berbelas tahun di Kluang ini dan menjadikan bandar ini sebagai kampung halaman sendiri. Menurut aduan, dia ada banyak kesalahan termasuk pemalsuan pasport dan dikira sebagai 'orang kuat' Bangla di Kluang ini.

Ayin sukar ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ kerana peranannya hanyalah sebagai orang tengah. Saya pernah sekali menelefon Ayin untuk memerangkapnya tetapi gagal. Mulanya dia layan saya, tapi kemudian dia bercakap bahasa Bangla dengan saya, bila saya tak faham, dia putuskan perbualan. Dia tidak percayakan orang baru dalam telefon kecuali Bangla sendiri. Jadi, strategi nak perangkap dia gagal.

Pelacur yang Ayin bekalkan ada ramai, katanya termasuk anak dara dan janda. Mengikut maklumat, kesemua wanita 'di bawah tangan' Ayin adalah Melayu dan Indonesia. Pelanggan ramai yang Bangla tapi ada juga orang Melayu, Cina dan India. Ayin mengenakan bayaran RM 60 ke atas kepada pelanggan. Ayin sekadar orang tengah, manakala bayaran dibayar terus kepada pelacur berkenaan. Sejauh mana peranan Ayin dalam kes ini ? Ini yang sukar dibuktikan. Sebab itu, kegiatan ini sudah beberapa tahun berjalan.

Pengadu Buat Aduan Lagi

Pengadu sekali lagi berjumpa saya baru-baru ini setelah beberapa bulan lepas dia membuat aduan. Malangnya saya masih gagal membongkar sendikit pelacuran ini atas beberapa sebab dan peraturan yang terbatas. Pengadu pada mulanya agak ghairah dan seolah-olah memaksa-maksa pihak JAIJ. Selepas saya jelaskan  undang-undang dan pengalaman saya sebelum ini sebagai penguatkuasa dan pendakwa syarie, maka dia faham. Bukan semudah itu untuk mengambil tindakan.

Operasi Hotel Lebih Kerap

Di Kluang ada banyak hotel, maka operasi kerap dilakukan. Kalau ada pun kes, dianggap kes khalwat bawah seksyen 27, bukannya kes pelacuran seperti laporan tadi. Ini perkara biasa, orang yang kena tangkap tidak akan mengaku mereka pelacur atau pelayan pelacur. Nama Ayin, lagilah tidak disebut. Ini bermakna JAIJ masih meneruskan tindakan terhadap aduan ini, bukan tak buat lansung. Saya percaya dalam banyak-banyak kes khalwat yang tertangkap di rumah atau hotel, pasti ada 'pelacur' yang dibekalkan Ayin ini.

Operasi Imigresen

Pengadu beritahu saya yang Imigresen telah menangkap beberapa orang Bangla 2-3 hari lepas di Kluang. Saya kata, baguslah kalau begitu. Imigresen ambil kesalahan yang lebih besar dan hukuman dia pun lebih besar sehingga menghantar balik ke negara asal. Cuma Ayin belum tertangkap lagi, dia memang licik tapi setakat mana dia boleh melarikan diri. Maklumat yang saya terima, dia juga pakar dalam cetak pasport palsu untuk bekal pada kawan Bangla dia. Tapi Imigresen dia tak boleh tipu, kalau orang biasa bolehlah dia tipu. Cuma Imigresen belum jumpa atau tangkap Bangla ni.

4 ulasan:

  1. Saya percaya anda bersungguh-sungguh membanteras kes pelacuran ini..tapi masih gagal..Sebenarnya saya tak faham mengapa boleh gagal. Byk cara boleh anda boleh lakukan. Sebagai pegawai dah lama dalam operasi mesti tahu cara-caranya.

    Cari informer....

    BalasPadam
  2. kena buang toksid,

    esok nak kerja.

    untung ada BANGLA ada masyuk juga

    BalasPadam
  3. Bukan masalah cara nak jejak orang ni, itu bukan masalah besar. Cuma dari segi undang-undang yang perlu dikaji dulu sebelum tindakan boleh diambil. Ada banyak benda yang tak boleh dinyatakan di sini....Kalau dibincang isu undang-undang secara terbuka nanti bimbang orang lain boleh terjebak dalam maksiat ni pulak.

    BalasPadam
  4. Bagi pendapat saya, pihak kerajaan sepatutnya memberi KUASA,HAK DAN PERALATAN YANG LENGKAP PADA PIHAK JAIJ AGAR dapat melakukan kerja dengan selamat..seperti pistol,gari dan kuasa AKTA..ini kita masih lemah...setakat denda..orang sekarng beduit..semua boleh bayar..cuba kenekan hukuman penjara besi atau gantung..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.