Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

22 April 2010

'Anak Yatim' Penipu ?

Kira-kira 2 bulan lepas datang seorang lelaki ke pejabat saya untuk mendapat surat sokongan untuk memungut derma kononnya untuk anak yatim. Lelaki ini mendakwa sebagai penyelia kepada anak yatim, datang dari sebuah negeri di utara semenanjung. Dari loghatnya, saya percayalah dia dari utara, umurnya lebih kurang saya atau muda dia lagi.

Katanya, dia nak pungut derma di seluruh masjid dan surau di Kluang dan pejabat kerajaan. Maka surat sokongan saya amat bermakna untuk menjayakan pungutan tersebut. Dia menunjukkan beberapa negeri dan daerah yang dia sudah pergi dengan menunjukkan surat sokongan yang dikeluarkan oleh kadi di sesuatu tempat. Katanya dia bukan bergerak seorang, tetapi beberapa orang ditugaskan ke daerah yang berlainan.

Derma ini, katanya adalah untuk membiayai tanah lebih 10 ekar di sebuah daerah di negeri utara tersebut. Kebetulan masa dia datang tu, saya baru singgah di daerah yang diceritakan untuk makan nasi kandar. Maka saya tahulah serba sedikit kawasan yang dinyatakan. Lelaki ini kata, mereka sudah membayar RM 200,000 dan memerlukan RM 800,000 lagi untuk membeli tanah anak yatim dan membuat bangunan di situ.

Saya tidak mudah percaya, malah mahu menyiasat dahulu, adakah benar apa yang dikatakan itu. Saya tanya, kenapa anak yatim perlu mewah sampai membeli hartanah sehingga sejuta harganya. Katanya untuk pelaburan jangka panjang. Saya nasihatkan dia, sepatutnya 200,000 sudah mencukupi dan tak perlu sampai sejuta. Sedangkan 200,000 itu sudah boleh mula buat bangunan. Gambar yang ditunjukkan, belum diri sedikit pun bangunan.

Kemudian saya minta apa dokumen yang menunjukkan apa yang dia cakap itu benar. Dia tunjukkan pelan, gambar dan lain-lain. Malangnya, geran tanah yang didakwa nilai sejuta itu tidak ada salinan. Dia kata ada dalam komputer riba dia yang dia bawa masa tu. Sebelum dia buka, saya kata saya tak mahu tengok yang dalam komputer, saya nak tengok yang dalam bentuk kertas. Terus dia terdiam. Bukan apa, kalau dalam komputer, mungkin boleh scan dan edit. Hairan juga, kenapa dokumen lain boleh ada, tapi geran tanah tak ada salinan dalam fail yang dia bawa.

Bila dah tak boleh jawab, dia minta izin balik dulu dan janji nak hantar kemudian. Saya minta dia fax dari pejabat dia di sana ke pejabat saya dan saya kasi no fax. Dia janji esok lusa dia nak fax dan telefon saya melalui telefon pejabat. Bukan apa, nak meyakinkan saya saja.

Dua bulan berlalu, tak ada pun sama ada fax, surat ke, atau dia datang semula ke kalau dia tu tak tipu. Maka saya syak dia tipu guna nama anak yatim. Nasib baiklah saya tak buat surat sokongan, kalau buat maka saya menyokong kerja penipu ini. Satu daerah tu dia kata dapat RM 16,000. Tapi betul ke 16,000 dia dapat. Manalah tahu dia dapat 50,000 tapi dia dakwa 16,000 ? Siapa yang tahu. Kalau betul dia dapat 16,000, dia buat apa dengan duit ni ? Kalau betul untuk anak yatim, takper. Entah-entah masuk poket sendiri dan hidup mewah.

Saya bukan nak sekat orang nak pungut derma, tapi saya perlu yakin 100 peratus dulu. Lagi pun orang ni dari negeri nun jauh di utara, entah yer entah tak. kalau yer betul, pergilah pungut kat negeri tu jer. Maaflah, saya tak cepat tertipu, walaupun yang datang tu penuh dengan kesedihan dan hendakkan simpati. Saya nak nasihatkan juga, kalau nak menipu janganlah jaja nama anak yatim atau agama Islam. Zaman sekarang, macam-macam menipu.

6 ulasan:

  1. Kat pasar mlm Air Itam setiap Ahad kdg ada org kutip derma siap letak bakul kat depannya..pastu bg resit..try Ustaz g riki2 sesekali...yg mintak sedekah pon pakai HP kemera..sekarang ni nk menderma pon mcm x bape ikhlas..baik masukkan kat tabung masjid je...

    BalasPadam
  2. Mimie... Nanti saya cerita kat Kadi Batu Pahat. Betullah, kalau nak derma kena berhati-hati, jangan mudah terpedaya.Nanti bimbang derma kita itu tak sampai ke matlamatnya.

    BalasPadam
  3. Salam tuan...saya rasa tuan boleh terus bongkar sindiket mcm ni..taklah masjid-masjid lain jadik mangsa..

    BalasPadam
  4. Zaaman sekarang ni mcm2 cara org nak dapatkan duit dengan cara mudah. kita susah payah cari duit, dia senang2 je tipu kita untuk dapatkan duit

    BalasPadam
  5. paling sedih skali, guna imej sebagi org islam. sebab semua org tau islam itu bersih lagi suci, sbb itu mereka sggp memanipulasi imej islam..

    BalasPadam
  6. Salam,
    Kes minta derma sebegini sangat kerap dan berlaku di mana-mana terutama depan bank. Saya pernah kena beberapa kali di kawasan bandar Baru Bangi, selangor;
    1. semasa sedang bersih rumah pada hari minggu, datang seorang lelaki berbaju melayu, seluar slack dan berkopiah. serahkan macam-macam surat untuk minta derma. Bila lihat, saya tengok untuk bila sekolah agama alamatnya di Kelantan. siap ada gambar bangunan tengah bina. Kebetulan saya akan balik kampung minggu depannya, jadi saya minta nombor telefon sekolah itu dan bercadang untuk pergi tengok bangunan berkenaan. Lelaki itu terus cabut dan tinggalkan saya yang terpinga-pinga. Tak sedarpun dia tu penipu masa tu. Dua hari selepas itu baru terfikir yang dia sebenarnya penipu.

    2. di depan bank kutip derma untuk masjid tertentu. masjid itu juga masjid di Kelantan dan berhampiran kampung saya. Adik tanya saya "bukan masjid tu dah siap ke?". Esoknya, nama masjid lain pula dilekatkan kat tong itu.

    3. anak-anak yatim mengutip derma pada waktu persekolahan, malahan hingga malam. waktu maghribpun masih kutip derma, bukannya ke surau untuk solat maghrib. Saya rasa berbelah bahagi nak beri derma ke tidak untuk pelajar sekolah agama yang kutip derma tetapi tak solat maghrib. Kalau pelajar perempuan, bolehlah kata musim cuti...

    Ustaz tak rasa aktiviti ini ada datang yang tersendiri? kenapa sangat berleluasa?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.