Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

20 Mei 2010

Al-Arqam : Kembalilah Ke Pangkal Jalan

Anda melihat Al-Arqam atau lebih tepat, peribadi Abuya bagaimana ? Bila saya buka persoalan ini, pasti membuka ruang kepada perdebatan dan perbahasan. Ada yang menyokong dan tak lari juga ada yang menentang saya....

Walaupun saya akan kehilangan sebahagian pembaca blog saya, tapi yakinlah bahawa saya lebih risau kalau orang Islam sendiri kehilangan akidahnya. Yakinlah, bahawa kerosakan yang paling besar telah dilakukan oleh Al-Arqam adalah dari sudut akidah. Kalau akidah rosak, maka keseluruhan Islam seseorang itu boleh rosak. Tidak kiralah kalau kita rajin beribadat, pakaian yang berlambangkan Islam, perniagaan Islam, cara hidup Islam sudah tidak dikira di sisi Islam lagi kalau akidah kita rosak.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah  Arqam.

Al-Arqam telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, waktu itu saya masih menuntut di UKM. Sebagai pelajar universiti, saya juga keliru pada waktu itu sama ada tindakan kerajaan waktu itu adakah patut atau tidak. Beberapa orang ahli Arqam yang terdiri dari pelajar UKM dengan hebat menyebarkan risalah untuk menangkis dakwaan kerajaan ke atas Arqam dan Ashari Muhamad. Pejajar yang menyokong Arqam ini turut menyewa gerai-gerai menjual produk mereka waktu ada apa-apa sambutan seperti Pesta Konvo dan Hari Terbuka. Sambil itu, mereka menyebarkan risalah dan memberi penerangan lisan kepada pengunjung gerai mereka.

 Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Kepada pengikut-pengikut bekas Arqam, kembalilah ke pangkal jalan selepas kematian pemimpin utama mereka Ashari Muhamad. Berita dalam akhbar utama hari ini sangat mengejutkan dan mengelirukan masyarakat. Seperti biasa, mereka menggunakan nasyid, sajak dan drama pentas untuk menerangkan ajaran mereka. Antaranya, seperti dalam akhbar berkenaan, Abuya tidak mati seperti kematian orang lain. Janganlah buat dakwaan mengelirukan seperti ini. Pengikut mereka kenalah terima hakikat, bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati, Nabi Muhammad pun wafat meninggalkan kita.

4 ulasan:

  1. salam.saya orang melayu..agama x sebagus orang Arqam ni tapi saya pasti yang dah mati ttp mati , x leh hdp balik..apatah lagi Abuya @ Aboya tu..tapi cakap apa pun x guna sebab pengikut Arqam ni dah totok sangat..saya rasa mereka tidak akan mampu di pulihkan lagi dah

    BalasPadam
  2. Nauzubillah. semakin takut melihat dunia hari ini. yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan. Betul tu Ustaz, pengikutnya kena percaya pada mata hati bahawa setiap manusia akan pergi mengadap-Nya suatu hari nanti.

    p/s: Ustaz, bila nak sambung ceritera kisah Mat Burger ni? lama nor nunggunye.hehehehe

    BalasPadam
  3. mental la dia orang nie sume...rimau kat zoo dh bg makan blom?campak je dalam kandang..!!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. dalam bab ekonomi al-arqam saya puji sangat2. Tapi dalam bab aqidah saya bersependapat dgn tuan kadi. Saya bukan seorang yg begitu warak atau penuh ilmu agama didada. yang layak untuk mengatakan orang lain tidak betul. Namun bagi saya akidah al-arqam jauh tersasar. wallahualam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.