Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

02 Mei 2010

Isteri Minta Cerai : Anak Pun Tak Puashati

"Saya nak cerita masalah keluarga saya..itupun kalau Ustaz sudi. Emak dan ayah saya dah bercerai  beberapa tahun lepas. Sebab setelah mak ayah saya bercerai baru saya diberitahu oleh mak saya beberapa bulan selepas perceraian tu...... Untuk pengetahuan, mak saya yang meminta cerai...dan dia sanggup buka pekong di dada sendiri bagi meminta cerai..saya nak tahu apa hukum dia berbuat demikian?

"Sebagai anak yang sulung,saya memang dah tahu sangat perangai mak saya..hinggakan menimbulkan perasaan benci ke atas mak saya. Saya tahu sebagai anak kena hormat ibu walau macam mana pun, tapi disebabkan perangai ibu yang lebih melebihkan orang luar dari anak sendiri. Sekarang pun kami adik beradik memang sudah membenci mak. Saya nak minta khidmat nasihat dari Ustaz..apa yang patut saya buat sebagai seorang anak..nak padamkan perasaan benci pun memang susah dah..."

Ulasan :

Saya terima satu email dari pembaca blog saya, saya fikir boleh dipaparkan di sini. Penulis adalah seorang wanita yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi. Saya paparkan masalah ini, untuk kita sama-sama membantu dan memberi pandangan. Semoga pandangan kita ini dapat membantu beliau dalam meringankan bebanan masalah yang sedang dihadapi.
SEMUA PEMBACA DIJEMPUT MEMBERI KOMEN.

6 ulasan:

  1. kita tidak wajib menyanyangi sesiapa pun malahan ibu atau bapa kita, tetapi wajib bagi kita menunaikan tanggung jawab seorang anak kepada ibu atau bapa... antaranya ialah mendoakan mereka dan menjaga pakaian dan makanan mereka.

    wallahualam

    BalasPadam
  2. Salam hormat ..

    Susah juga nak komen sebab tak tahu cerita yg sejelasnyer. Tapi, secara rengkasnyer siapa pun emak kita, salah aper pun yg dilakukan oleh emak sbg anak yg berpelajaran tinggi (sbgmn yg diakui anak masih menuntut diinstitut pengajian tinggi) gunakan akal secara berhemah, secara bijaksana dgn iman, ilmu dan amal, banyak2 berdoa pd Allah swt minta diberi hidayah pd diri sendiri dan juga kpd ibu dan adik beradik seluruhnya. Jgn membenci ibu selagi ada peluang/ada hayat carilah kebaikan siibu. Jgn sampai menyesal. Berusaha jadi insan solleh dan sollehah hasilnyer biar Allah swt yg tentukan utk kita semua.

    Saya pernah bertemu kisah sebenar yg pilu. 7 beradik perempuan yg tidak bersekolah krn tiada kasih sayang ibu bapa, tidak bersekolah, tidak cukup makan, tidak cukup belanja dan pakaian, sekolah setakat darjah 2-3 shj. Ayah tak peduli si emak wat donno anak2 terbiar. Mrk membesar sbg remaja yg berusaha mencari duit poket sendiri utk sesuap nasi, berkahwin dan beranak. Semua nyer takpernah membenci ibu/bapa. Walau tidak diajar solat dan mengaji mrk semua berusaha sendiri. AKhirnya ada yg berjaya di universiti, hidup semakin mewah dan bahagia dgn anak2 dan suami. Berkat terus berdoa dan alfatihah utk kedua ibubapa yg telah menjadi arwah. Tuhan bagi secebis akal fikirlah secara positif bukan membinasakan dgn kebencian dan amarah. Maaf, permisi.

    BalasPadam
  3. assalammualaikom...

    pandangan saya sebagai seorang yang agak jahil ni... saya rasa ibu tetap ibu dan kita tak layak untuk membencinya malah kita wajib berusaha untuk ubah sikapnya... nasihatilah dia agar berubah...cuba walaupun kita lebih sengsara selepas menegur... seburuk manapun ibu kita, tak mungkin kita dapat bertukar ibu... saya cadangkan adik dan adik beradik yang lain dapatkan nasihat dari pakar atau guru agama yang ada berdekatan...gunalah apa cara sekalipun kecuali yang bertentengan dengan islam...janagan biar ibu kita terus hanyut dik kesian dia...akalnya senipis rambut dik...Alhamdulilah kepada yang ada ibu yang sempurna...mungkin kita dilahirkan dari rahimnya unuk membetulkannya dik dia tetap ibu...berusahalah nasihatilah dia InsyaAllah dia akan berubah...sabar dik...

    BalasPadam
  4. assalammualaikum..
    bagi saya membenci ibu sendiri yakkan menyelesaikan masalah. namun saya x menyalahkan pengirim e-mel krn ini adalah sifat semulajadi manusia. bak kata org, kalau dah kena kat batang hidung sendiri barulah kita tau. yang seeloknya, banyakkan solat sunat (selain solat fardhu) minta petunjuk dari Allah swt. Banyakkan doa minta kita diberipetunjuk utk mengambil tindakan yg betul, minta supaya ibu diberi hidayah dan berubah. dalam sejarah Islam pun ada sahabat yg ibubapanya kafir tapi dia masih menyayangi ibubapa selagi mrk ni tidak terang2 memerangi Allah swt. Dampingi para ustaz dan alim ulama utk mendapat bimbingan.
    A kl ctizin: kita wajib menyayangi Allah dan Rasullullah saw.
    Wassalam.

    BalasPadam
  5. memang ada hal2 sebegini..kita boleh menasihat tapi yang menanggung lebih tahu ...
    cumanya ibu tetap ibu walau apa yang terjadi..
    berlapang dada dengan segala dugaan dan bersangka baik...
    bak kat Datuk Fadzillah Kamsah:
    sebelum tidur maafkan semua orang sekeliling kita...
    semoga kita lebih tenang dan tidak menyimpan dendam....

    BalasPadam
  6. Manusia berbeza. Ada yang mudah marah. Ada yang susah nak marah. Ada yang marahnya lama. Ada yang marahnya sekejap. Ada orang yang tahap marahnya rendah. Ada orang yang tahap marahnya tinggi.

    Apa yang boleh saya kata, kenali tahap kita. Cari orang yang berada dalam tahap yang sama atau seakan-akan dengan kita. cari orang yang telah berjaya melaluinya. Belajar dari mereka. Semoga orang tersebut dapat membantu.

    Orang macam saya hanya boleh tambah-tambah cerita.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.