Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 Mei 2010

Penipuan Saham Burung Layang-Layang, Semuanya Melayang

10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400,000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah. Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

"Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.
"Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965. Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

1 ulasan:

  1. salam.
    saya berpendapat untuk mengawal penipuan yang berleluasa ini adalah dengan.

    1. pihak kerajaan/ssm melantik individu sukarela untuk membuat laporan terhadap mana-mana aktiviti perniagaan yang mencurigakan. Ini kerana sebelum pihak tersebut memulakan aktiviti, mereka akan membuat promosi melalui pelbagai media komunikasi seperti brosur, pamplet, flyer dan sebagainya untuk meraih pelabur dengan janji kosong. Kumpulan sukarela yang dilantik itu dapat membuat laporan kepada pihak yg berwajib, individu yang mendapat mengesan perniagaan yg menipu ini bolehlah diberikan ganjaran yg sesuai utk kerja mereka itu.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.