Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

14 Mei 2010

SUAMI GILA FACEBOOK: Lagi Luahan Isteri

"Saya seorang surirumahtangga walaupun begitu saya ... Saya seorang surirumahtangga walaupun begitu saya ada berniaga kecil kecilan. Jadi saya ada pendapatan dapatlah menyara saya dan anak anak(walaupun bersuami keperluan saya tak pernah diambil peduli walaupun sehelai tudung,mahupun sebarang ucapan terima kasih atas pengorbanan saya sbg isteri dan ibu).

Tetapi saya redha...Apa yang membuat saya merasa amat kecil hati suami boleh pula melayan perempuan lain iaitu rakan perempuan dalam my space dan faceebook dengan komen komen yang kita sbg seorang isteri amat berasa jauh hati spt ''awak sungguh cute''.

Wajarkah seorang suami mengabaikan isteri di rumah tetapi lebih menitikberatkan perhubungan di alam maya ini.....untuk apa? Memang itukah sikap SEGELINTIR suami? Kalau bentuk tubuh yang menjadi ukuran adalah fitrah setiap manusia akan tua...tidakkah kita sedar hakikat itu....Perasaan sayang saya pada suami telah mati."

2 ulasan:

  1. Kesian...
    Biasanya yang bergurau di alam siber ni jarang yg bersungguh. Sekadar taip ayat saja.

    Lumrah lelaki suka puji orang lain, tapi sayang bangat pada isteri kat rumah. kan?

    BalasPadam
  2. facebook pon dah jadi isu besar sekarang.. :(

    BalasPadam

Dipersilakan komen.