Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

03 Mei 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 5

Perniagaan Man terus maju walaupun orang tak berapa pandang dengan seorang penjual burger. Man suka baca buku 'jutawan senyap' kisah seorang yang ada kelulusan tinggi sehingga phd tapi lingkup dalam perniagaan. Jadi, pada Man, bukan semestinya belajar pandai-pandai untuk berjaya. Yang penting adalah usaha.  Bagaimanapun, Dr Rosly di dalam buku yang dia baca tu akhirnya boleh bangkit semula walaupun sudah jatuh muflis.

Man bukan beli satu buku yang ditulis oleh Dr Rusly, malah 3 buku yang Man selalu baca ulang-ulang. Dr Rusy dulu pernah berniaga daging burger, roti burger dan aksesori lain untuk buat burger. Kira glamour lah jadi tauke niaga burger. Tapi perniagaan besar ini akhirnya memufliskan dan melingkupkan Dr Rusly hingga rumahnya kena rampas bank depan anak-anak. Dr Rusly sebelum berniaga besar adalah seorang pegawai bank yang ada juga pernah rampas harta orang yang tak  bayar duit bank. Tapi bila harta benda Dr Rusly kena rampas dengan bank, barulah Dr Rusly menyalahkan pihak bank dan anggap orang yang rampas rumahnya sebagai zalim. Inilah kebesaran Allah Taala yang adil pada hambanya. Hidup ini adalah putaran roda, jadi jangan menghina seseorang yang susah, suatu hari nanti mungkin kita akan mengalaminya.

Dalam buku yang Man baca tu, kesimpulan yang dibuat oleh penulis adalah, berniaga dari kecil dahulu kemudian barulah jadi besar. Jangan terus jadi besar dan tinggi lepas tu kempis dan jatuh terterap. Atas semangat dan ransangan itulah, Man tinggalkan kampung dan hidup berhempas pulas di bandar JB. Di JB ini bukan semua orang boleh berjaya, ada yang berjaya setahun dua lepas tu hancur berkecai. Man tak mahu berhutang besar, cukuplah dia pinjam duit mak dia dalam 1,000 dulu.

 Man rasa besalah juga sebab Man kata duit seribu yang dipinjam dari emaknya itu ditemberangnya nak beli moto baru, tapi nak buat modal niaga jual burger. Man sedikit ada rasa bersalah tetapi sudah minta maaf pada ibunya dan pada Man dia telah menebus kesalahannya dengan memberi wang bulanan yang banyak kepada ibunya termasuk beli rantai emas.

Man ada kereta waja baru  yang dibeli cash, bukan hutang, dalam 69,000 waktu itu. Bukan niat Man nak beli tunai tapi orang bank pandang sinis bila Man kata kerja penjual burger. Bank pertama awal-awal dah tolak. Bank kedua nak suruh cari 'penjamin' yang kerja tetap, Man tak ada kawan. Lagipun Man tak mahu kawan nanti jadi bermusuhan kalau apa-apa hal berlaku kalau dia tak bayar bulan. bank ketiga pula kata boleh buat loan dan minta tempoh dalam 2 minggu.

Tapi jawapannya mendukacitakan. Itulah nasib Man sedangkan pendapatan Man lebih dari 12,000 sebulan. Ada juga kawan Man kata, boleh tipu pekerjaan, mengaku kerja kontraktor untuk dapat pinjaman bank. Tapi Man bukan manusia yang suka hidup menipu.

Man tak pernah beritahu sesiapa pun gaji dia 12,000 itu termasuk mak dan ayahnya. Bukan apa, nanti ibubapanya mcam tak percaya. Yang tahu gaji Man, sudah tentu pekerjanya seorang, itupun tak tahu sangat. Pekerja dia gaji RM 30 sehari, kemudian naik RM 50 sehari sebab dah mahir. Man tak dapat lari dari fitnah dalam berniaga ni.

Man baru beberapa tahun di taman itu tapi orang nampak pelanggan Man ramai. Ada orang kata burger man taruk dadah untuk kasi sedap, tapi Man tak kisah. Dan Man bersedia kalau polis narkotik datang buat pemeriksaan mengejut. Man seorang yang baik dan pandai menjaga hati pelanggan. Semua lapisan masyarakat dan pekerjaan ada termasuk pegawai kerajaan, kerja industri dan lain-lain, Man tak sombong.

Hidup Man penuh bermakna bila dapat berkenalan dengan Yanti, gadis yang cantik manis itu. Man tak menyesal berniaga burger malah bersyukur kerana dia dipertemukan dengan Yanti di gerai burger itu. man rasa, kalau dia tak berniaga burger di situ, tidaklah dia dapat kenal dengan gadis kecil molek itu. Yanti banyak beri galakan pada Man supaya bekerja dan berusaha untuk maju dalam perniagaan Man.

Kehadiran Yanti dalam hidup Man semakin meningkatkan motivasi dalam hidup Man. Hampir setiap hari Yanti datang ke burgernya atau sekurang-kurang melambai tangan dari dalam kereta sebab susah nak cari tempat letak kereta. Kalau Yanti ada tugas luar, setiap hari masuk sms bertimbun dengan kata-kata nasihat dan sudah pastinya ada ayat-ayat cinta.

Yanti sudah meningkat usia kepada 26 tahun, manakala Man 28. Man rasa sudah sampai seru untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Yanti. Selama ini, ibu bapa yanti dan abang-abangnya tidak tahu perhubungannya dengan Man di JB. Ayah Yanti seorang yang berada, berasal dari Utara dan sudah menetap lama di Kuala Lumpur.

Yanti anak bongsu dari 7 orang adik beradik. Semua adik beradik yanti sudah kahwin dan semuanya kahwin dengan orang yang berada juga.  Abang dan kakak Yanti semuanya belajar tinggi hingga ke universiti malah beberapa orang juga belajar hingga ke luar negara. Semuanya kerja hebat-hebat dalam swasta, perniagaan dan pegawai kerajaan kebanyakannya di Kuala Lumpur.

Untuk membuka mulut kepada keluarga Yanti, bukannya mudah. Dulu masa nak masuk universiti pun, abang-abangnya banyak masuk campur. Abangnya menghalang Yanti ke luar negara walaupun ada biasiswa. Sebab itu Yanti belajar di dalam negara saja. Ini membuatkan Yanti tawar hati kepada abang-abangnya. Kenapa abang-abangnya boleh belajar ke luar negara tapi tidak Yanti ? Yanti masih ingat perkara itu walaupun dah masuk 5-6 tahun yang lepas.

Suatu hari, ayah dan mak Yanti bersama beberapa anak sedara dan sepupu datang ke JB. Mereka tidur di hotel dan menjenguk rumah Yanti sekejap-sekejap. Yanti gembira dengan kehadiran mak ayahnya di JB tapi ada sesuatu yang Yanti cukup sukar hendak dijawab.

"Yanti. Abah datang ni kalau boleh nak pindahkan kamu ke Kuala Lumpur atau Selangor. dekat sikit dengan mak dan abah". Ayah Yanti kata. Yanti tergamam seolah-olah ada sesuatu yang berat untuk diperkatakan.

"Kalau boleh, buat masa ini biar dulu abah. Lagipun masih baru kerja, belum confirm lagi. kalau tukar-tukar nanti mungkin ada masalah lain pula.". Kata Yanti yang cuba menyembunyikan sesuatu.

Selepas mak ayahnya pulang, Yanti cukup cemas, tapi nasib baiklah ayahnya boleh percaya cakap Yanti. Yanti bimbang sebab ayahnya ada ramai kawan yang boleh dia minta tolong untuk bertukar. Itu bukan masalah pada bapanya. Yanti tidak mahu tinggalkan Man walaupun pada mulanya Yanti berahsia dengan Man.

Tapi akhirnya Yanti terpaksa luahkan pada Man dalam smsnya. Mulanya Yanti kata dia demam, tapi Yanti gagal menyimpan rahsia tersebut. Lebih mencemaskan Yanti, bila abangnya dan kakak iparnya pula menelefon, mengatakan di sana ada kosong. Bila-bila masa saja boleh pindah meninggalkan JB. Bagaimana kesudahannya.....

1 ulasan:

Dipersilakan komen.