Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

29 Jun 2010

Bagaimana Nak Tahu Lelaki Tu Dah Kawin Ke Belum ?

Baru-baru ni, ada satu kes penipuan, lelaki umur 50 tahun lebih mengaku bujang, tapi dah ada isteri. Lelaki ni kenal dengan perempuan tu, janda umur awal 30-an, katanya anak dua. Bila berkenalan dalam 4 bulan, mereka pun bernikah. Lelaki ni bawak kereta hebat juga, mulanya perempuan tu kata kereta nilai RM 100,000. Kerja pulak, mengaku kerja pengurus di sebuah syarikat. Nikah suka sama suka, janda kawin dengan bujang le katakan.

Dua minggu lepas kawin, ada seorang perempuan datang ke rumah perempuan tu, mengaku isteri lelaki tu. Terkejut beruk ler perempuan tu, rupanya dia tu dimadukan. Lelaki tu rupanya dah ada anak 6 dan ada 2 orang cucu. Kereta yang dia pakai tu bukan harga 100,000 tapi sekitar 20,000 jer. Kereta lama tapi convert edisi baru. Lelaki tu bukan pengurus seperti disangka, tapi buruh biasa jer.

Maka perempuan ni datang mengadu di pejabat Kadi. Ok lah, dah mengadu kita ambil tindakanlah. Tindakan apa ? Itu kena serah pada kitalah apa nak buat, janganlah nak mendesak kami pulak, nasihat saya pada dia. Bukan apa, bila dah buat laporan, kenalah ikut prosedur kita dan jangan  nak lebih-lebih, bimbang nanti boleh ganggu proses siasatan dan pendakwaan. Saya cakap atas pengalaman saya lama di Bahagian Penguatkuasa dan jadi Pendakwa Syarie, kekadang pengadu ni nak kita ikut kehendak dia, kita nak ikut kehendak undang-undang.

"Boleh ke tuan keluarkan satu surat menyatakan saya tak tahu lelaki tu dah kawin ?" Kata perempuan tu.

"Kenapa pulak nak keluar surat tu ?". Kata saya.

"Yer le tuan, saya nikah, saya tak tahu dia dah ada isteri, saya ingat dia bujang" Kata perempuan tu.

"Ok lah. Kalau begitu, kenapa pulak saya perlu keluar surat ? Keluarlah surat sendiri.". Kata saya.

Dia pun terdiam, mungkin dia faham sendiri, kenapa pulak saya yang perlu keluar surat pulak. Lepas tu saya tanya, kenapa percaya lelaki tu masih bujang, kan dah umur 50 tahun lebih.

"Macam ni tuan. Dia ni, setiap kali kalau saya telefon atau sms, dia jawab, tak kira bila, siang ke malam. Kalau dia dah kawin, tentu kekadang payah nak jawab telefon atau sms". Kata dia.

Oh gitu rupanya dia percaya lelaki ni bujang.  Setakat telefon dan sms selalu dijawab dah dikira bujang. Kalau gitu, kepada sesiapa yang nak menyamar bujang....kalau perempuan sms dan telefon, kena jawab bila-bila masa saja. Barulah perempuan tu percaya.

18 ulasan:

  1. Tergelak membacanya, ada juga org cam ni.

    Tuan... Macam mana pulak nak tahu perempuan tu dah kawin ke belum ? hehehe
    ... Mira

    BalasPadam
  2. @Tanpa Nama: tanya la empunya diri :) hehe..

    BalasPadam
  3. Nak Tahu Perempuan dah kawin ke belum ? Pilih Jawapan paling tepat.

    A. Belum kawin saiz L, dah kawin XL

    B. Belum kawin nampak malu-malu, dah kawin tak pemalu

    C. Belum kawin tengok selalu sms, dah kawin jarang sms

    D. Belum kawin nampak kereta kemas, dah kawin nampak botol susu dalam kereta

    E. Belum kawin panggil lelaki abang, dah kawin panggil lelaki encik

    BalasPadam
    Balasan
    1. -x semestinya saiz L blm kahwin, saiz XL dah kawin, bergantung pada diri individu tersebut.
      -perempuan zaman sekarang, yang belum berkahwin lebih TAK malu nya dari yang dah berkahwin.

      Padam
  4. pendeknya akal sang perempuan 2 ye...
    urm....

    BalasPadam
  5. salam
    Alahai perempuan...kalau lelaki dah umur 50 tu tak kan ler bujang lagi....nampak kereta mewah aje terus setuju kawin yea...hehehhe pendek betul akal yea...

    BalasPadam
  6. salam ustaz..

    juz nk ckp "wakena babe" huhuhuhu..

    p/s - x kena batang idung sndr, boleh la komen mcm2.. :D

    BalasPadam
  7. itu lah kelebihan lelaki ust tidak blh dibezakan dah kawin ke belum krn lelaki kn blh kawin lebih dari satu hehehehe.....

    BalasPadam
  8. Ramai juga lelaki yang umur 50 memang betul2 bujang...camana nak tau...

    BalasPadam
  9. bagi seorang lelaki yg ingin ada cawangan baru tidak dapat lari dari konsep 3T ( Teringgin Tapi Takut )

    BalasPadam
  10. kelakar...
    ini kisah benar ke?

    BalasPadam
  11. ok lah tu dari tak kawin... kan nak kawin sangat.. hehehe

    BalasPadam
  12. waktu nak nikah bukan ke lelaki kna tunjuk surat dr imam kawasan dia bgtau dia ni bujang atau dah kahwin... ke kahwin kat seberang... hai macam2... kna siasat betul2 tp selalunya bila hati dah sayang semua tu amik ringan.. kalau terdetik rasa pelik pun... cepat2 je sedapkan hati sendiri... mana tak tertipu...dah kahwin... terimala seadanya...

    BalasPadam
  13. zaman sekarang banyak lelaki yang "KAHWIN DAH, NIKAH BELUM"..perempuan pun sama, "STATUS ANAK DARA TAPI SEBENARNYA DAH JANDA"..sy dulu pun x dpt tangkap istilah2 ni, skrg baru faham..sbb 2 nak cari calon suami atau isteri kena selidik perhati betul2..biasanya org2 tua kita akan kenal org2 lelaki dan perempuan mcm ni terutama melalui tubuh fizikal mereka selain daripada percakapan,gaya masing2.

    BalasPadam
  14. selain statistik perceraian, statistik pelajar ppuan yg kehilangan dara waktu zaman persekolahan menengah pun meningkat....

    tu yg tersenyum, bila membaca & tengok gambar artis2 yg digelar "anak dara" kahwin ....

    BalasPadam
  15. zaman sekarang pun rasanye pmpuan yg dah kawen lebih menggatal drp anak dara. tapi kalo kna tipu x dapek den nk nolong ae. x suma pmpuan sais L jadik XL bila da kawen. saiz ambo menten M ape. Dulu xL la gak. dpt anak trus jadik L dn M kekadang jadik L balik. XL noway.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.