Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Jun 2010

Jangan Cepat Menghukum Pelawak "Apek"

Pelakon komedi terkenal, Apek, yang ditahan  kerana mengambil dadah di sebuah rumah di Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam. Sebelum itu, suspek  direman selama lima hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Setakat hari ini, tiada satu pertuduhan atau pendakwan ke atas suspek.  Dalam kes ini, dia hanya ditahan reman. Kes ini pun belum dipastikan untuk dituduh ke mahkamah atau tidak. Peguam Negara atau Pendakwaraya belum pun mengumumkan untuk mendakwa atau tidak. Kalau dituduh di mahkamah pun, dia bebas melantik peguam dan melalui perbicaraan dahulu di mahkamah. Jadi, jangan cepat menghukum Apek, sebelum mahkamah memutuskan sama ada dia bersalah atau tidak

7 ulasan:

  1. saya setuju dgn entry ini...jgn terlalu mudah menghukum APEK atau mana-mana manusia lain...

    BalasPadam
  2. ajenye betul

    BalasPadam
  3. semoga tanda tanya kiter selama ini akan terjawab dengan kebenaran yg sebenar-benarnyerrr.......

    BalasPadam
  4. Dunia penuh fitnah. Jauhi yg dilarang dan laksanakan semua kewajipan yg disuruh Illahi. Yakin suci lagi bersih.

    BalasPadam
  5. Ya, saya sangat bersetuju dengan tajuk entry ini. Usahlah kita yang 'menghukum'. Serahkan kepada YA Tuan Majistret kita untuk menghukum beliau...err..maksudnya sama ada bersalah atau tidak berlandaskan fakta pertuduhan dan bukti-bukti yang dikemukakan.

    BalasPadam
  6. Bukan menghukum, seharusnya tiada angin masakan pokok bergoyang. Pelapor hanya inginkan kebenaran, bukan menganiaya. Mungkin sudah terlalu lama mereka melihat kemungkaran berlaku di depan mata. Sekadar sempadan untuk kita melihat orang yang menjadi perhatian menunjukkan contoh baik, agar tidak menjadi ikut2an pada generasi yang baru. Mudah2an...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.