Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

11 Jun 2010

Kasi Geran Tanah, Dapat Sejuta Ringgit...PANAS !

Kira-kira sebulan lepas, seorang lelaki datang rumah saya. Hari itu hari Ahad, sebaik saya masuk ke laman rumah, dia pun masuk, mungkin dia tunggu saya balik rumah. Saya memang kenal dia sebelum ini, kira orang yang ada nama juga di Kluang ini.

Dia menawarkan pelaburan, satu darinya, kalau ada geran tanah, photostat dan kasi pada dia. Kemudian akan diadakan temuduga di Labuan, katanya oleh sebuah bank terkemuka di sana.  Dia meyakinkan saya, katanya Labuan sebagai pusat pelaburan bank pesisir. Janganlah sebut saja pesisir, dia faham ke, apa maksud bank pesisir tu. Duit tambang dan hotel kena keluar sendiri. Lepas tu, bank tersebut akan kasi duit sejuta selepas 3 bulan. Saya tanya, tanah itu diberikan kepadanya atau tidak. Katanya tidak, cuma ambil geran saja. Sungguh pelik, tapi dapat duit sejuta. Orang ini pun sudah masuk skim ini dengan memberikan geran tanahnya.

Di pejabat, saya nasihatkan staf saya supaya jangan terjebat dalam skim seperti ini sebab ramai orang di Kluang dah masuk. Seorang staf saya kata, ada seorang kawannya sudah membayar duit RM 10,000 kepada orang tertentu. Duit itu dibayar semasa temuduga di labuan tu. Orang ini rasa, 3 bulan lagi dapat duit sejuta. Saya lagilah tak percaya, kenapa kena bayar duit 10,000 pulak. Mulanya kata tak kena bayar apa-apa.

Hari ni saya terkejut bila baca akhbat Utusan Malaysia, 4 lelaki didakwa semalam di Batu Pahat, kes penipuan geran tanah di Kahang, Kluang. Tahniah diucapkan kepada polis Kluang kerana berjaya membenteras sendikit ini. Kalau dibiarkan lama, makin ramai orang yang terpedaya.

Satu lagi yang saya fikirkan, geran tanah yang diserahkan itu perlu mendapat pengesahan pejabat Tanah Kluang sebelum dibawa ke Labuan. Ada kemungkinan, sendikit ini boleh menukarkan hakmilik tanah ini secara penipuan terancang ? Tak mustahil.


3 ulasan:

  1. ustaz.. skang ni, org yg da di temuduga tu da dapat ke sejuta nye? haha

    BalasPadam
  2. ustaz 1juta leh k0ngsi x?
    sy nk beli kete ferrari duit x cukup....

    BalasPadam
  3. Tumpang tanya.Projek Dana ni betul2 ada ke? Sebab ada sesetengah orang mendakwa projek ni betul ada dan yang ditangkap tu hanyalah yang klon sahaja.Mohon penjelasan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.