Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Julai 2010

Benda Misteri Dalam Kamera Saya ?

Sekitar tahun 2002 dulu  waktu saya jadi penguatkuasa, saya ke sebuah daerah menyiasat satu kes perbomohan. Kesnya, bermula dari seorang tua yang hilang secara tiba-tiba di kampung itu dan tidak diketahui ke mana lelaki tua itu pergi. Tiada kesan sama ada kemalangan atau melarikan diri. Menurut cerita, lelaki itu seperti biasa pergi ke kebun, kemudian terus hilang. Kebunnya bukanlah hutan besar sangat, cuma kebun kelapa sawit yang masih kecil. Kehilangannya dianggap misteri oleh orang kampung di sana.

Saya dapat laporan yang berlaku kes perbomohan yang tidak sepatutnya di tempat yang dikatakan lelaki itu hilang. Macam-macam cerita saya dengar dari mulut orang situ. Antaranya, kata lelaki tu kena sorok 'orang halus'. Maka orang di situ menggunakan khidmat bomoh dalam kes ini.

Pagi itu, saya ke tempat itu bertiga untuk melihat kesan-kesan peninggalan bomoh itu. Antaranya ada buah-buah, kain dan sebagainya. Saya ambil gambar di beberapa tempat tersebut. Tapi, bila gambar itu dicuci di kedai (masa tu gambar pakai cuci), ada benda lain yang saya rasa tidak wujud masa saya ambil gambar tadi. Apakah benda ini ? Ada seperti asap putih, kemudian ada seperti kepak atau kaki.

Lepas teliti gambar itu, saya sekali lagi pada sebelah petang ke lokasi berkenaan. Saya lihat barang-barang sedia ada masih tidak terusik dan tiada objek dalam gambar itu. Saya berdiri di tempat yang sama dan ambil gambar lagi sekali di situ. Esoknya, gambar yang dicuci itu, tiada benda lain pulak. Persoalannya, yang gambar pertama itu gambar apa ?

Saya tanya beberapa orang jurugambar yang berpengalaman dengan menunjukkan gambar itu. Mereka kata, benda seperti asap putih itu memang ada masa saya ambil gambar tu dan bukan kerana masuk angin atau terlindung sesuatu.

Pada saya, ini semua berlaku dengan kebesaran dan kekuasaan Allah Taala. Saya yang ambil gambar sendiri, masa ambil gambar, saya tak nampak pun ada objek lain berbentuk asap itu.
(Gambar di atas tu gambar hiasan saja, bukan gambar tu)

6 ulasan:

  1. Salam ustaz,

    Kasi tunjuk la sama itu gmbr, kasi happening sikit.. :D

    BalasPadam
  2. Assalam ustaz, boleh komen tak pasal sekolah untuk pelajar2 mengandung yang nak ditubuhkn kat melaka tu

    BalasPadam
  3. Apasal semuanya nak dihantar ke Melaka?
    Dulu kisah JE Nipah heboh dekat Melaka.
    Kisah kepala babi pun muncul dekat pantai Melaka.
    Kesihan aku melihatkan negeri bersejarah mcm tuuu.

    BalasPadam
  4. salam..ustaz tunjuk la gmbar yg d kta kn msteri br org nmpak kbsaran allah taala...

    BalasPadam
  5. salam...ustaz sy asa ada baiknya blog ini d truskn krna zman n msa dpan ank2 mda segan nk mmbaca so diorg leh mmdpt info n brita dr blog ini...sy skong n slmt mju jya..salam 1mlaysia

    BalasPadam
  6. menarik baca blog tuan...semoga teruskan sharing info mcm nie..real story

    BalasPadam

Dipersilakan komen.