Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

25 Julai 2010

Hati-hati Pelaburan Ikan Arowana

Sebuah akhbar harian hari ini, ada iklan besar tentang projek ikan arowana yang menjanjikan pendapatan lumayan. Di situ, menawarkan kepada sesiapa yang berminat dan berkemampuan mengeluarkan modal untuk join perniagaan baru ini. Ikan arowana ini dikatakan perniagaan yang lumayan, seekor ikan boleh mencecah sehingga RM 40,000 seekor, bayangkan kalau ada seribu ekor dalam kolam ternakan kita, boleh cecah RM 40 juga kalau gitu.

Sesiapa yang baca iklan ini pasti teruja dan yang mampu mungkin nak cuba masuk. Tapi pesan sayalah, jangan mudah tertipu dan diperdayakan. Betul, ikan arowana memang untung dan ada beberapa orang bukan Melayu yang jadi jutawan di negeri Johor ni, di Kluang pun ada. Tapi bagaimana dia niaga ? Yang sangat penting adalah ilmu. Dia tahu ilmu nak pelihara, biak dan yang paling penting untuk memasarkan ikan itu. Pasarannya ke luar negara. Ternak ikan ini bukan semudah bela ikan puyu tapi seribu macam petua dan ilmu kita kena ada. Ilmu dan petua apa ?

Orang kita tak tahu ilmu ni.. Jadi kalau iklan di akhbar kata syarikat tu nak beritahu ilmu ini kepada pelabur, saya percaya ini tipu belaka. Kalau syarikat tu tahu ilmu tu, pasti dia tak beritahu orang, dia saja yang akan buat sendiri. Yer le, lebih baik diam-diam ternak ikan arowana senyap-senyap dan jadi kaya dengan kerja macam tu. Bukan kerjanya cari pelabur dalam akhbar. Kalau cari-cari pelabur ni, dah banyak sejarah penipuan, mula-mula nampak macam tak tipu.

Dulu orang kita pernah terpedaya dengan perniagaan ikan keli, maka ramai yang melabur untuk ternak ikan ini. Pergi kursus bukan main nampak macam senang. Pernahkah kita terfikir, orang yang anjur kursus ni pun boleh jadi kaya dengan bayaran yang dikenakan peserta. Bila dah melabur sehingga menjangkau 20,000, dapatlah tong pvc, benih ikan dan alat-alat lain. Tapi bila bela ikan itu, tak besar-besar pun tapi makanan tetap banyak. Bila nak jual, bukan senang nak jual. Tengoklah kat pasar, berapa orang sangat yang beli ikan keli, ramai orang makan ikan laut.

Lagi satu, kalau jual pun harga kat pasar 5.00 sekilo, jadi penternak tolak kat pasar berapa ? Rasanya paling mahal pun RM 3.00. Kalau 3.00 sekilo, beli anak ikan, termasuk makanan dia pun dah lebih pada tu. Itu belum kira masa, tenaga dan upah orang jaga. Maka ramai yang mulanya bercita-cita jadi jutawan ikan keli, jadi muflis sebab tak dapat bayar pinjaman bank.

Kepada sesiapa yang berminat menceburi ikan arowana ni, pertama kena datang kursus dulu. Nanti orang kata, saya pandai-pandai cakap, saya pun kursus belum pergi. Dulu ada satu skim pelaburan alat penjimat kereta Stromberg yang beroperasi di Kuantan. Beberapa orang kawan saya datang kursus berbayar ini, katanya tak apa bayar mahal sikit, nanti boleh untung kemudian hari. Tapi yang bahayanya, pergi kursus ni, penganjur gunakan teknik terkini untuk mempengaruhi peserta.

 Antaranya gunakan taktik ala kem motivasi seperti video, muzik, dan kata-kata syahdu sehingga menangis menginsafi diri dan kemiskinan orang Melayu kononnya. Maka hampir 100 peratus yang pergi kursus Stromberg tu masuk melabur. Seorang kawan tu masuk 20,000 dan dijanjikan keuntungan sehingga 40,000 setahun.

Orang ini pula, balik kursus datang jumpa saya, ajak saya join sama. Tapi saya awal-awal tolak, satu sen pun saya tak percaya lansung. Apa yang dia cerita tu tak meyakinkan saya. Dia meyakinkan saya dengan dia pakai kereta mahal, katanya hasil keuntungan pelaburan tu.  Tak macam saya, pakai kereta tua saja. Sekarang dia sudah lingkup, doktor yang pungut duit orang kat Kuantan tu dah kena dakwa mahkamah. Tapi orang macam tu mana heran, dia dah jutawan, berapa puluh juta duit dia dah ada. Tak kisahnya dia kena dakwa, dia orang dah rancang menipu dari awal lagi. Jadi yang terkorbannya adalah orang kita. Kawan saya ni, yang dulu kata dia jutawan sekarang dan merengkok, terbeban sangat kena bayar loan bank dan pinjaman kereta. Nak jual kereta sapa nak beli, maka pakai sajalah.

Yang beratnya dia bergaduh sama kawan-kawan. Dulu punyalah baik, tapi sebab kes ni, sudah tak bertegur sapa. Dulu janji kepada kawan-kawan, kalau masuk, boleh ikut jejak dia jadi jutawan, tapi semuanya hampehhhh......Orang ni pulak nak pulangkan duit, mana dia ada duit. Duit tu dulu dah diserahkan kepada syarikat kong kalikong tu, orang tu cuma dapat point kononnya untuk melayakkan dia cepat jadi super jutawan. Akhirnya semuanya runtuh. Alhamdulillah, saya tetap bahagia dengan hidup saya, di samping kereta tua saya dan keluarga saya walaupun orang tak pernah gelar saya jutawan. Dulu saya dituduh sebagai cepat memandang serong kepada sesuatu yang baru, saya tolak idea kemajuan kononnya. Sekarang, ke mana perginya kawan saya ini. Sms tidak, telefon dan jumpa lagilah  tidak.

Siapa yang masuk skim ni, saya dah agak. Kena keluar modal dalam RM 20,000 atau lebih. Syarikat tu akan berjanji menghantar peralatan seperti tong ikan, makanan, induk ikan dan lain-lain peralatan. Sebenarnya syarikat tu buat untung banyak. Modal semua tu boleh dapat dengan harga tak sampai 2,000 pun. Itu pun dah untung sangat. Lepas tu penternak akan hadapi masalah, bukan senang nak pelihara ikan ni. Mungkin ikan ni senang dapat penyakit, maklumlah ikan mahal, dah tentu gedik dan manja.


"Jadilah jutawan ikan arowana. Jangan berlengah lagi, sertailah sekarang....."

 Tak apalah, sapa nak masuk-masuklah, kalau dah tak percaya, macam mana saya nak masuk. Kalau nak masuk pun, saya tunggu dia orang untung dulu, nanti setahun dua lepas tu bolehlah saya masuk, saya tak ghairah sangat.  Cukuplah orang kita kena tipu pelaburan ikan keli, burung layang-layang, ketam nipah, lintah, cacing, rumpai laut, saham kambing, telur burung unta dan lain-lain lagi.  Hati-hati yer....

Kata Tun Dr Mahadhir, "Melayu Mudah Lupa ".

20 ulasan:

  1. Salam, ini entry terbaik tuan setakat ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam... saye baru je dpt satu call dr satu syarikat...katenye die wakil insudtri asas tani... ajak pegi kursus ternak ikan arowana ni...katenye name saye dah di senaraikan utk pergi bla bla bla... bleh bwk sorang lg teman utk pegi.....dan akan hanter sms la... tp die kate kos kursus percume kerajaan dah tanggung... mesti pastu kene bayar pape kan? tp pegi je la dah percume...haha tgk dlu nnti camane

    BalasPadam
  3. berhati-hati dengan skim ikan arowana ini.Saya sendiri ada membela sebagai hobi dirumah.sekadar suka-suka.sebab saya menasihatkan supaya berhati-hati, disebabkan ikan ini memang susah untuk dibiak.bukan boleh disuntik atau sebagainya.ia membiak secara semulajadi.Jadi, ikan yang hendak dijadikan induk tidak banyak kerana ia memerlukan saiz matang(dlm 20 inci keatas)untuk jadi matang,ia perlu mengambil masa 2 tahun.jadi....fikir-fikirkanlah...sebab saya tahu ada org yg mencari induk serata malaysia..mungkin duit telah diambil dpd pelabur, kolam dah ada, TAPI!! induk masih belum ada.jadi..macammana pulangan yg telah dijanjikan...pastikan memilih kolam yg betul-betul ada induk.....supaya tidak menyesal kemudian hari.ikan tak banyak....yang melaburnya ramai....

    BalasPadam
  4. pandangan sy.. udah2 la join ngn benda2 cmni..
    skali dh labur.. kite langsung tiada kawalan pd pelaburan kite.. untung sabut timbul, kalu batu maka tenggelam lah... mintak dijauhkan.. amin..

    BalasPadam
  5. sangat setuju dengan pendapat ustaz...

    BalasPadam
  6. Kita ada akal yg dianugerahkan oleh yg Maha Esa. Kenapa tidak fikir panjang, selalu ikut telunjuk orang.
    Lebih baik korang beli emas/perak berketul2, pastu simpan bawah katil 2,3 tahun, bila harga da naik dua kali ganda, bleh jual slow2.. Untung jugak tu. Tak payah nak ternak, bela bagi makan bagai, maintenance tinggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya bisnes sendiri ikan arowana lagi bagus jika dibandingkan dengan pelaburan yg ditawartakan, maksudnya beli anak ikan dengan bilangan banyak ada baiknya, lain la kalau pelaburan emas/jongkong emas memang lumayan berbanding pelaburan ikan, apa yang penting masing-masing ada minat tersendiri, emas ke, perak ke, gangsa ke tak kira, janji apa yang penting kita mampu bagi pendapat bagi mereka sokongan.

      Padam
  7. rujuk pej perikanan tahulah dia

    BalasPadam
  8. tolonglah bangsaku bangsa melayu...janganlah tertipu lagi oleh bangsamu sendiri...sy pernah merasai keperitan ditipu oleh skim skim pelaburan sebegini dan kini hanya menanggung hutang bank yang berjumlah rm80,000...bukan sedikit tuan-tuan..merana seumur hidup..antara yang pernah menipu saya ialah en husmawi dari DVN Group Ampang kononnya ternak cacing,en irwan dari kulim kononnya tanam serai dan en zain masri dari negeri sembilan kononnya tanam serai jugak tapi semua bohong belaka..sy bersumpah demi ALLAH dan rasul asatu sen pun sy takkan halal dunia akhirat mereka yang tipu dan makan duit sy termasuk anak bini mereka..semoga ALLAH berikan balasan setimpal untuk mereka...amin...

    BalasPadam
  9. saya tak faham, knp yg selalu kena tipu tu org yg sama & berkali2 kena tipu seolah2 tak serik???

    saya juga tak faham, knp org yg nak cepat kaya tu sanggup berhutang dgn pinjam bank bepuluh ribu ringgit sdgkan untuk berhutang bagi pembiayaan pendidikan amak2 belajar di IPTA/IPTS tak ramai yg sanggup?????..

    BalasPadam
  10. saya ada seokor ikan kelisa merah, umur 4 tahun saya nak jual ikan nie,
    sebab saya dah malas nak jaga,
    sesiapa berminat sila hubungi saya 0166585716 kamal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang berapa inci?

      Padam
  11. saya search untuk mencari tips membela ikan arowana...dan terjumpa blog ini...thanks atas informasi...masa saya ke maidin nusajaya..ada jugak org nak approach saya mengenai ikan kelisa ini..tapi saya , sy minat nak bela jer..nak invest..tak pasti....tp bila fikir balik..jika nak buat investment baik labor di ASB atau unit trust atau insurance atau beli rumah atau beli tanah..itu dah nampak kepastiannyer..baru2 nak yg sy dengar pasal emas yg dimana beli pakai online dan emas tak nampak.....tp bagi pendapat saya kalau nak melabor....biarlah nampak di mata...kalau betol2 nak main saham...boleh g BSKL...tp yang kesian yg byk kena tipu org melayu...

    BalasPadam
  12. pn rozie,tlk pang 5 garang.11 Oktober 2012 8:47 PG

    Saya setuju dgn pendpt ustaz, klau nk jadi kaya, kena lah usha brsgguh2 di smping kita byk kan brdoa pada allah supaya di beri kan jln yg mudah. Tapi jgn tggl solat yg 5 wktu. Klau kita suka mndekat kan diri pada allah..insyaallah kita akan di hindari dari segala penipuan. Senang cerita, klau kita kejar dunia, dunia semakin jauh tapi sblk nya bila kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita blk. Eh eh mcm ustazah plak ye..itu lah pesan ikhlas saya.. wasalam.

    BalasPadam
  13. terima kasih atas maklumat yg diberi, sya juga salah seorang drpd pelabur ikan ini, terus terang sya katakan menyesal kerana menceburi industri ini kerana ternyata banyak perkara yang terselindung disebalik proses anak ikan seperti anak ikan dikatakan mati, cacat dll tetapi tidak dimaklumkan, sebagai cth ikan induk saya dpt 37 ekor anak ikan, tetapi selang 2 bulan semuanya mati dan sya hanya mendapat maklumat melalui sms shj, adakah ianya benar mati atau dikatakan mati dan sykt ambil kesemuanya buat untung. harapan sya sbgai org yang dah menceburi industri ini, jika ada yg baru nak berjinakx2 hentikan lah hasrat itu kerana ianya tidak pulang modal, apatah lagi dulu dijanjikan pulangan 1 ekor anak ikan harganya dlm seribu tetapi kini hanya rm 100 sahaja dan sya yakin ianya tidak akan naik lagi harganya.

    BalasPadam
  14. Itu semua disegi aspek duit atau untung rugi. tapi kita tak pernah tanya disegi halal haram secara dasarnya iaitu soal akidah. Saya nak tanya juga pendapat ustaz2 yg arif sebab saya tak tak arif. Umum semua tahu orang yg beli ikan arowana ini ialah kerana percaya kepada tuah tatau 'ong' yg dibawa oleh ikan ini.Kepercayaan ini bagi umat Islam adalah jelas syirik yg besar.mcm mana pula kedudukan kita sebagai penjual ikan arowana ini yg menyediakan produk untuk dijadikan kepercayaan ini. Mintak pandangan ustaz2. Bukan apa, cuma takut jadi subahat jer. yang soal tipu dan untung rugi tu satu hal, kena pulak yg lagi besar ni bab2 syirik, naya kite...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..sy syefrizul anwar dr kuantan..dlm brp2 bln yg lepas ada skim plaburan pternakan arowana ini dlm suratkhabar..sy amat tertarik sbb modal khursus srendah rm 5 ribu shj.disebabkan gaji yg sedikit tetapi jadual outstation yg banyak sy mbuat kputusan utk bhenti kerja kerana mmikirkan isteri dan anak2 yg slalu dtggalkan.Pada mulanya sy ingin utk mcuba bisnes ini ttapi tbaca artikel ustaz mohd khalil ini sy mmikirkan ianya sgt2 logik dan bimbang utk mceburi bidang ini.Sy ingin mminta pendapat kalian semua supaya sy dpt mencari bisnes yg sesuai utk sy ceburi.Bt pgetahuan semua sy br sahaja memulakan pniagaan kecil2 antaranya menjual nasi lemak dan air jambu.Mtk tunjuk ajar drp kalian yg telah bjaya dlm bisnes masing2.

    BalasPadam
  16. semalam saya telah di hubungi oleh sebuah syarikat untuk menghadiri taklimat transformasi ekonomi rakyat..melalui search nama syarikat yg di beri,tahu lah saya ianya pelaburan arowana..tq atas maklumat yg di berikan di sini

    BalasPadam
  17. Salam Ustaz Khalil, saya adalah mangsa penipuan pelaburan cacing Husmawi Hussain, ada x cara kita untuk dapatkan modal pelaburan tu, sebab kita ada surat perjanjian...Pihak berkuasa boleh bantu x rasanya.... Kecewa betullah...x sempat merasa lagi...Ya Allah tolonglah kami yang teraniaya ni...

    BalasPadam
  18. yea jgn percaya pelaburan arowana... semuanya menipu. syarikat yang bertapak di bukit merah menternak ikan arowana adalah menipu belaka. hanya wayang bagi mempengaruhi para pelabur. padahal tiada langsung ikan dalam kolam-kolam mereka. hanya propaganda semata-mata untuk mengutip duit pelabur-pelabur ikan arowana. Ingat , jgn sesekali join pelaburan arowana!!! menyesal tiada guna.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.