Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

12 Ogos 2010

Bapa Menangis dan Merayu Supaya Nikahkan Anaknya

"Kenapa kamu duduk serumah macam suami isteri ? Sehingga sudah lahir anak perempuan umur 5 bulan ? Kenapa dari dulu tak fikir nak kawin ?....Kamu tak pernah terfikir, betapa hancur dan sedihnya perasaan seorang mak dan ayah bila anaknya jadi begini...".
Kata saya di depan satu pasangan yang datang bersama bapa perempuan.

Lelaki ini berusia 27 tahun, manakala perempuan baru 17 tahun. Sudah ada seorang anak berusia 5 bulan dan duduk serumah di Kluang ini seperti suami isteri, walaupun tanpa nikah. Anak perempuan berusia 5 bulan itu berbintikan 'Abdullah'. Akhirnya dia dicekup penguatkuasa di rumah mereka hasil maklumat awam.

Selepas semua keluar, bapa perempuan masuk semula ke bilik saya untuk bercakap sesuatu.

"Tuan Kadi....Saya tak boleh nak cerita betapa sedih dan marahnya seorang bapa..." Kata bapa perempuan itu, kemudian dia sebak dan menangis di depan saya.

"Tuan Kadi...Saya mohon dinikahkan anak saya ini cepat. Saya tak mahu dia duduk dalam keadaan seperti ini selepas ini....". Kata ayahnya.

Semuanya sudah berlaku, terlajak sampan boleh undur. Tapi terlajak hubungan sumbang, rosaklah masa depan anak remaja ini. Saya setuju nikahkan, semoga membina rumahtangga yang bahagia selepas ini. Walaupun boleh nikah, pendakwaan di mahkamah tetap berjalan, terserah kepada mahkamah untuk mengadili kes ini.

4 ulasan:

  1. sedihnya..kecian bapak dia...

    BalasPadam
  2. MasyaAllah..bahaya..harap dia akan sedar...

    p/s : jemput singgah ke blog ..

    BalasPadam
  3. walaupun saya belum kawain & ada anak tapi saya dapat rasa sedikit apa yg si bapa rasa. semoga zuriat saya soleh & solehah. amin...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.