Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

30 Ogos 2010

Bekas Suami Jeles, Bekas Isteri Nak Kawin Lain

Perempuan berusia awal 30-an, bekerja kerani, membesarkan dua orang anak berusia 2 tahun dan 5 tahun. Lelaki 30-an juga, bekerja swasta, gaji dalam 2,000 lebih. Suami menceraikan isteri hampir setahun kerana tiada persefahaman.

"Ustaz, saya nak kawin lagi tak lama lagi, tapi bekas suami saya ugut nak hentikan bayaran nafkah anak. Macam mana ustaz ?" Tanya perempuan tu melalui telefon.

"Nafkah dia bayar melalui apa ? Ada ke perintah mahkamah ke, dia kena bayar nafkah tu ?" Tanya saya.

"Yer, bayar melalui perintah mahkamah. Selama ni suami masuk ke akaun bank saya 400 sebulan untuk dua orang anak tu". Kata wanita tu.

"Kalau begitu tak apalah, tak kisahlah puan nak kawin lain. Kalau dia tak bayar nafkah anak, dia sudah kira menghina mahkamah.". Kata saya.

"Tapi puan, kenapa pula dia nak hentikan nafkah anak ? Patutnya tak kisahlah puan kawin lain, itu nafkah anak, bukan duit puan. Yang dia nak hentikan nafkah tu kenapa ?". Tanya saya lagi.

"Itulah ustaz, dia jeles saya nak kawin lain. Dia kata kalau boleh saya jangan kawin lain, suruh besarkan anak saja. Entahlah ustaz, tak faham saya dengan bekas suami tu. Dulu ceraikan saya, bila dah cerai, kenapa dia nak kongkong saya lagi". Kata wanita tu.

"Sekarang suami dah kawin lagi ke ?". Tanya saya.

"Tak. Dia tak kawin lagi, saya jer nak kawin lagi". Kata wanita tu.

"Dia ada hasrat nak nikah semula dengan puan ker ?" Tanya saya.

"Ada juga dia sms ajak nikah semula, tapi saya tak layan. Cukuplah ustaz, saya taknak kat dia". Kata wanita tu.

"Laaa, kenapalah jadi begitu. Dah cerai, edah pun dah tamat dan tak rujuk masa edah, bekas suami tak ada hak untuk halang isteri kawin lagi. Saya nasihatkan puan, kalau nak kawin dengan lelaki lain, kawinlah. Janganlah layan sangat bekas suami tu. Kalau puan dah temu jodoh yang puan rasa sesuai, puan kawin sajalah. Kalau betul dia hentikan bayar nafkah anak, saya cadangkan puan mengadu semua ke mahkamah selepas ini. Itu sudah kira ingkar perintah mahkamah. " Kata saya.

Wanita ini nampaknya lega dan berterima kasih dengan penjelasan saya. Pada mulanya, wanita ini memperkenalkan diri sebagai peserta satu seminar yang diadakan di Dewan Masjid Kluang pada 19 Ogos lepas. Tajuk ceramah saya selama sejam setengah itu adalah "Hak-hak suami dan isteri". Dia kata, masa seminar tersebut dia  nak tanya soalan tu, tapi masa tidak cukup.

1 ulasan:

  1. Kenape ande sesetengoh orang mempermudohkan bab kawin cerai ni gamoknye.Kerane tak belajo atau kerane tak tau atau dah jadi trend.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.