Nak Jadi Rakan FB Saya Taip "Kadi Kluang" atau klik bawah ni..

Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

18 Ogos 2010

Dah Nyaris Betul Nak Kena Serang Lebah

Beberapa hari lepas, saya memandu kereta seorang diri dalam perjalanan ke satu tempat, menyampaikan ceramah. Dalam perjalanan dalam jam 9.00 pagi, terasa sakit perut dan singgah di sebuah masjid dalam daerah Kluang. Masuklah ke tandas di sebelah hujung, menunaikan hajat.

Tak lama kemudian, terdengar seakan bunyi lalat besar, mula-mula perlahan tapi lama kelamaan, bunyinya semakin kuat. Saya sangka di situ banyak lalat besar tapi tak nampak pun lalat. Sedang duduk tu, tiba-tiba di bahu kanan saya dihinggapi seekor lebah  seperti  mahu berusaha menggigit baju saya.

Saya terkejut dan memandang ke atas. Bila dilihat, rupanya ada satu sarang lebah besar bersama ratusan lebah di atas kepala saya, dalam tandas tersebut. Saya terkejut dan dalam keadaan cemas, terus keluar dari tandas itu. Sarang itu kelihatan sudah lama dan seperti sudah ada madu. Teringat masa kecil-kecil di Pahang, pernah ada pengalaman ambil madu lebah tualang, tahu jugalah pasal madu lebah ni. Teringat juga masa itu ada orang diserang lebah dan cara menyelamatkan diri adalah dengan terjun ke dalam sungai atau paya.

Perkara seperti ini amat dikesali. Esoknya, saya menceritakan kepada penggerak masjid kawasan berkenaan yang bertanggungjawab mengawasi masjid dan surau di DUN berkenaan. Bila dipanjangkan kepada pihak jawatankuasa masjid, mereka menyatakan sudah mengetahui mengenai sarang lebah ini tapi membiarkannya. Pihak masjid akan memusnahkan sarang itu segera. Beliau meminta maaf kepada saya. Saya maafkan, tak baiklah kalau saya tak maafkan permintaan maaf seseorang.

Persoalannya, kenapalah pihak masjid membiarkan perkara ini kerana boleh membahayakan nyawa dan keselamatan orang ramai. Lebah adalah serangga merbahaya dan berbisa yang biasanya menyerang secara berkumpulan. Ada beberapa kes serangan lebah hutan, menyerang mangsa sehingga masuk ke lubang hidung dan telinga sehingga menyebabkan kematian. Lebah yang saya temui ini bukan lebah hutan tapi lebah yang kecil sedikit tetapi juga berbisa dan merbahaya. Lebah ini biasa bertindakbalas jika sarang dan madunya terganggu.

 Janganlah, sehingga ada berlaku perkara yang tidak diingini, barulah pihak jawatankuasa masjid mahu bertindak. Kalau sudah tahu ada sarang lebah, halau atau musnahkan segera. Kalau belum sempat memusnahkannya, buatlah tanda  atau kunci tandas tersebut supaya orang lain tidak masuk.

(Gambar di atas adalah gambar sebenar yang saya sempat ambil)

3 ulasan:

  1. salam
    depa biarkan...tunggu sampai boleh amik madunya kut...:)

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,
    Mungkin mereka sangka ia takkan seserius itu pada awalnya.. :)

    BalasPadam
  3. Salam ustaz..

    mmg diaorg tunggu nk ambik hasil madunye kot.. Nasib baik ustaz selamat.. alhamdulillah..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.