Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

20 Ogos 2010

Kena Tangkap Kat Luar Kedai Nombor Ekor ?

"Ustaz, nak tanya sikit. Pakcik saya kena tangkap depan kedai nombor ekor. Kenapa kena tangkap, dia bukan beli dan bukan masuk kedai nombor pun ?". Kata orang tu dalam telefon.

"Yer ke kena tangkap kat luar, ke kat dalam ?". Kata saya.

"Pakcik saya kata, dia baru parking moto, lalu depan kaki lima kedai nombor tu. Tiba-tiba kena tangkap, tak tahu apa-apa". Kata orang tu.

"Tak adalah, penguatkuasa tak buat kerja macam tu, tak ada kerja penguatkuasa tangkap orang kat luar kedai. Ke dia masuk ke dalam. Pergilah tanya pakcik kamu balik semula". Kata saya.

"Ini ustaz, tadi pakcik saya suruh saya datang pejabat Agama suruh jamin. Berapa ribu jamin tu ?" Tanya orang tu.

"Bab jamin ni kamu tanya orang pejabatlah, saya tak tahu" Kata saya.

Inilah perbualan telefon saya dengan orang ni. Kata kena tangkap depan kedai judi konon, tak payahlah buat cerita tak betul. Lansung saya tak percaya, dah beratus-ratus siri operasi judi yang saya ikut dan ketuai, tak pernah pun tangkap orang kat luar. Ini kisah di sebuah daerah, bukan di Kluang. Orang ni telefon saya sebab dia masih simpam nombor telefon saya, nombor yang sama masa saya jadi penguatkuasa dulu. Tak lama lepas tu, saya telefon penguatkuasa daerah berkenaan tempat orang tu kena tangkap.

"Tadi ada tangkap kes judi ke ? Berapa orang kena tangkap ?" Tanya saya.

"Ada dua kes kat bandar, ada apa cerita tuan ?"Tanya penguatkuasa tu.

"Orang tu kena tangkap kat luar ke dalam kedai ?". Tanya saya.

"Dua-dua kena tangkap dalam kedai, masa penguatkuasa datang, dua-dua ada dalam kedai". Jelas penguatkuasa tu.

Memang sahlah apa yang saya sangka. Orang yang kena tangkap kes judi, macam-macam alasan. Tapi orang macam ni nak pegi mana. Saksi tangkapan kan ada, semua boleh jadi saksi di mahkamah nanti. Dia ingat, dah buat salah, saya boleh tolong merayu untuk dia ke ? Buat cerita yang bukan-bukan pulak tu. Dah buat salah tanggung sendirilah.... Bulan-bulan Ramadhan pergi masuk kedai nombor ekor apa hal. SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.