Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

Memuatkan ...

16 Ogos 2010

Kes Buang Bayi Meningkat 154 peratus, Salah Siapa ?

Hari ini, berita heboh pasal kes buang bayi yang meningkat mendadak sehingga 154 peratus. Statistik terbaru dikeluarkan oleh Bukit Aman menunjukkan terdapat 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari sehingga hari ini.


Pada pendapat saya, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah  dengan menutup ruang-ruang maksiat yang  berleluasa sekarang ini. Ini termasuklah program yang berbentuk hiburan melampau sehingga menggalakkan pergaulan bebas. Juga pengaruh media yang kurang memberi penekanan kepada aspek dakwah sebenar tetapi lebih mementingkan hiburan semata-mata.  Antaranya dengan program hiburan realiti TV yang berjaya menarik ramai penonton berbanding program keagamaan. Mungkin ada pihak media yang kurang bersetuju dengan saya, dengan alasan media mereka turut menyiarkan program berbentuk dakwah. Mereka kata, mereka turut berdakwah juga...
 
Bagaimanapun, sebenarnya Islam meminta kita menyeru kepada kebaikan dan dalam masa yang sama mencegah kemungkaran. Kita tak boleh membuat kebaikan tetapi keburukan kita galakkan juga. Kalau program keagamaan ada tetapi program maksiat ada juga, maka kecenderungan masyarakat akan lebih kepada maksiat ini. Kenapa kita memberi pilihan kepada masyarakat untuk pilih sendiri, program yang baik dengan tak baik ini ? Sepatutnya, kita tutuplah ruang-ruang ini termasuk pergaulan bebas, judi, arak dan sebagainya. Selagi ada perkara-perkara maksiat ini, kes buang bayi tak akan selesai, walaupun zaman anak cucu saya nanti.

Penyebaran video lucah secara terbuka melalui internet, telefon bimbit dan video juga boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai, tidak kira di bandar besar atau pekan kecil. Penguatkuasaan undang-undang untuk menyekat penyebaran bahan lucah ini perlu dikuatkuasa segera. Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi penekanan di sekolah-sekolah dan peringkat lain. Janganlah biarkan gejala ini berleluasa dan semakin parah pada masa akan datang.

Semua pihak hendaklah secara jujur dan ikhlas menangani masalah ini, sama-samalah kita bantu mengatasi masalah ini.

1 ulasan:

  1. Yang salah ialah yang tidak ingin menyelesaikan "dengan" Islam. Alternatif yang dikemukakan semuanya mengikut lojik. Lojik-lojikni mengikut sangkaan diri sahaja. Tiada pun ...kenyataan tegas di media... kita perlu kembali kepada ISLAM.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.